Bab 5

61 11 4
                                    


Kenapa dengan Dario tu...Aku bukan tanya kasar-kasar pun. Aku siap bagi senyuman mesra lagi. Okay, fine. Aku mengaku yang aku ada niat jahat mungkin dalam 5 percent nak sakitkan hati dia sebab itulah aku bercakap dalam nada yang agak kuat...tapi, tak perlu lah dia nak kene hempas-hempas pintu macam tu.

Hempas pintu dah satu hal. Jelingan maut dia tu...Uish. Sekali aku cucuk mata dia guna sudu garfu baru dia tahu perasaan mereka yang tak ada mata.

Disebabkan rasa tidak puas hati aku terhadap kejadian yang berlaku tadi, makanan yang terhidang dihadapan aku menjadi mangsa kerakusan api kemarahan aku.

"Stop messing with your food, Xaliana. Don't vent your anger on the food. Makanan itu tak bersalah apa-apa pun pada Xaliana."

Dengan lembut mommy menegur perangai aku yang mencucuk-cucuk makanan yang tidak ada dosa. Aku tersentak seketika bila menyedari bahawa makanan daripada pinggan aku banyak yang terpelanting keluar daripada yang ada dalam pinggan.

"I'm sorry. Xaliana tak sengaja, mommy. Xaliana cuma.....geram dengan Dario. Kadang-kadang tu Xaliana tak buat salah pun kene marah. Sedih la kalau macam ni....asik kene marah je."

Dengan mulut yang dicebikkan sedepa seakan seekor itik, aku mengadu pada mommy. Bukan mommy tak dengar bunyi pintu yang kene hempas. Aku rasa seluruh penghuni dalam rumah ni pun turut dengar. Kalaulah ada jiran di sebelah dengan jiran sekal dapat dengar hempasan pintu. Aku yang berada dekat ketika pintu dihempas tadi pun rasa nak gugur jantung. Masakan yang lain pekak tak dengar. Melihatkan aku yang lagi bersedih, mommy hanya mampu tersenyum.

"Hmm...kalau pada pendapat mommy lah...Xaliana yang salah sebenarnya."

Seketika kemudian mommy tergelak kecil sambil mengelengkan kepalanya. Aku dah dapat agak mesti dalam kepala mommy sedang memikirkan mengenai perihal tadi.

"What makes it my fault? I didn't do anything to make him so angry!"

"You did...my lovely baby. You were screaming at him. Even though I was in the kitchen, I could hear your voice. It was quite loud."

Erk...aku tak mampu nak balas apa-apa dah selepas itu. Bukan aku tak tahu salah aku yang satu itu. Mungkin dalam situasi aku...aku patutnya bersyukur sekurang-kurangnya Dario marah dia tak buat apa-apa. Cuma pintu rumah menjadi mangsa. Manalah tahu kot-kot dia tak bersabar tadi, agak-agaknya muka aku yang dia hempas ke dinding.

Setelah mengutip semula makanan yang berterabur keluar daripada pinggan, kami berdua sambung makan dengan tenang. Kali ini, hanya kami berdua sahaja yang makan berasingan di ruang dapur. Semua lelaki-lelaki dirumah ini semua makan di ruangan makan utama.

Jangan tanya kenapa. Sebab utama dia ialah aku tak rasa selamat bila makan dengan mereka semua tanpa ada Dario ataupun Leo. Macam mana kalau tengah-tengah makan tu, diaorang serang aku...siapa yang nak selamatkan aku? Dario dah keluar entah ke mana dan Leo pula hilang tak ada khabar berita.

"Mommy....erm....Xaliana nak tanya...waktu mommy datang sini... mommy ada perasan tak sorang lelaki yang lebih kurang sama tinggi dengan. Muka dia pula boleh tahan sama handsome dengan Dario Cuma wajah dia lebih ke arah kebaratan ....Kalau dari segi perwatakkan..... dia lebih lembut,"

Bila tiba-tiba teringat yang mommy hampir dibunuh oleh Leo, aku menarik balik kata-kata aku.

"Dia mungkin agak ganas tapi okaylah...better daripada Dario...Hah! Lagi satu dia... muka dia lebih kurang sama macam mo-"

Nak tanya soalan pun meleret ayatnya.

"Xaliana....eat first, sayang. Sambil makan tak baik bercakap."

MAFIA SERIES : DIA DARIOWhere stories live. Discover now