Aku pelik. Kenapa mama Dario tak guna black card sendiri. Kenapa perlu....mencuri?
"You know what, mama curi my son punya card!"
Dengan wajah yang bahagia, mama Dario mempamerkan sekeping card berwarna hitam di hadapan muka aku. Aku tak tahu apa reaksi yang aku patut bagi.
'Wah, hebatnya mama mencuri tanpa Dario tahu!'
atau
'Mama..... mencuri atau mengambil tanpa kebenaran itukan tak baik.'
Tapi, dua-dua ayat tu aku tak pakai. Kesudahannya aku hanya tersenyum dan menggalakkan lagi mama Dario berbelanja dengan lebih boros. Apa nak heran, bukan duit aku. Cuma yang dirisaukan, aku takut Dario dapat notification yang mengatakan ada orang sudah mencerobohi bank akaun dia sahaja. Silap-silap dia tuduh aku pula yang mencurinya. Dario bukan boleh pakai. Semuanya nak tunding jari pada aku.
"Sweetheart, sesuai tak baju ni dengan mama?"
Aku yang duduk di bahagian ruang menunggu memalingkan wajah ke arah mama Dario. Semua yang dibeli oleh mama Dario, semuanya daripada jenama yang mahal dan terkemuka. Aku pun jadi rambang mata melihatnya. Mahu turut serta beli, tapi, aku masih tidak ada mood nak berjoli bersama.
Inilah kerja aku daripada tadi. Jadi tukang bagi pendapat yang tidak dibayar gaji. Dah penat semua sendi tulang aku ni. Macam nak patah pun ada sebab kene heret ke sana ke sini.
Antara baju butterfly sleeve denga baju yang tak ada lengan terus. Mestilah aku akan suruh dia pilih yang lebih tertutup. Yang lagi satu tu tali dia dah macam helaian spaghetti aku tengok.
"I think, butterfly sleeve tu lagi sesuai dengan mama."
Penat-penat pun... semua cadangan aku bagi, semuanya aku layan dengan ikhlas. Paham sangat bila dah berduit ini mana tahu nak tengok harga. Semuanya kalau boleh nak borong. Lagi-lagi kalau pembeli itu jantinanya ialah perempuan. Leo awal-awal lagi dah tarik diri daripada mengekori kami masuk ke dalam kedai. Pilihan yang sangat bijak.
Rasanya dah sehari suntuk aku teman mama Dario. Ada saja benda yang tak kena pada matanya. Itu labuh la. Itu membuatkan dia nampak gemok la. Warna tidak matching dengan warna kulit la. Mahu saja aku jerit yang mama Dario tu lawa. Pakai apa-apa pun memang nampak lawa. Kalau diberi plastik sampah suruh dia pakai pun, semua orang akan puji dia lawa. Dia tak tahu ke diri dia itu lawa nak mati. Sampai lelaki yang lalu bersebelahan pun terteleng-teleng nak pandang dia. Ada itu, anak bini ada sebelah pun jadi hilang ingatan.
Aku jadi pelik kenapa ayah Dario boleh larikan diri. Dah dapat bini hot macam model pun tak mahu melekat ke?
"Kenapa mama? Tak jadi beli ke? Bukan main lagi tadi belek-belek macam nak beli. Tak baik tahu bagi harapan kat seller."
Aku bertanya sebaik sahaja melihat mama Dario meletakkan kembali baju-baju yang sudah dipegang olehnya dan meluru ke arah aku dengan muka yang monyok seperti tidak berpuas hati. Punggung dia hempas di sofa bersebelahan dengan aku. Kemudian, tangan dan kaki disilangkan.
"Service sini teruk. Mama tak suka lah kalau macam ini. Mama holds a VVIP Card kot. So, sepatutnya service kene terbaik la. Ini tidak mama yang kena pegang sendiri baju-baju yang mama pilih tanpa ada orang escort mama. I hate that! Dah, jomlah kita keluar saja lah. Pergi kedai lain."
"Hmmm..okay."
Aku turut je apa yang dia suruh walaupun dalam hati dah menangis. Tak sudah lagi ke shopping nya. Ini gaya kalah aku yang juga merupakan kaki shopping.
Bila keluar daripada kedai Leo adalah orang pertama yang kami nampak. Dia nampak segak bila berdiri di tepi kedai berjenama dengan tangan di dalam poket. Typical bad boy gayanya.
YOU ARE READING
MAFIA SERIES : DIA DARIO
Romance"He is a fierce protection of her. He would rather fall or wounded himself than see his loved ones suffer. HE IS DARIO." ...