Bab 1

301 5 0
                                    

Setelah bertemu kembali setelah sekian lama Amin dan Asyraf turun dari Bukit Tengkorak, Semporna. Dalam perjalanan turun Amin bersuara

"Ash datang sini tinggal dekat mana?" Soal Amin

"Ash tinggal dekat D'Semporna Homestay. belum jumpa rumah sewa lagi" Kata Asyraf

"Kalau macam tu Ash tinggal dengan Am je la" Amin membuat tawaran

"Am tinggal kat mana?" Soal Asyraf.

"Ikut je Am, tak payah banyak tanya" Kata Amin memaksa

Amin menarik tangan Asyraf menuju ke sebuah Proton Saga bewarna merah.

"Am beli ke kereta ni?" Soal Asyraf.

"Tak, Am sewa. Belum ada duit nak beli kereta. Rumah pun Am sewa" Jawab Amin lalu membuka pintu untuk Asyraf. 

Asyraf masuk ke dalam kereta tanpa banyak soal. Setelah itu Amin masuk ke tempat pemandu lantas menghidupkan enjin. Cuaca yang panas membuatkan Asyraf berasa bahang. Asyraf mengipaskan dirinya dengan mengibas-ngibas baju yang kebasahan oleh peluh.

"Sorry aircond rosak" Kata Amin sambil membuka tingkap.

 Amin mula memandu ke arah Kampung Bubul Lama.  Angin yang masuk melalui tingkap kereta menyegarkan tubuh Asyraf. Setelah enam minit Amin menghentikan kereta di sebuah rumah teres yang pagarnya tidak bertutup.

"Wah berani Am tak tutup pagar!" Komen Asyraf.

"Takpe, sini selamat. Tak payah risau" Jawab Amin

Mereka turun dari kereta dan Amin pun membuka pintu

"Jom masuk!" Ajak Amin

Dalam rumah keadaannya sederhana hanya ada tilam dan almari kain. Di dapur hanya ada dapur kecil untuk memasak dengan peti sejuk.

"Tak bosan ke?" Soal Asyraf.

"Tak, kat sini hari hari tengok laut rasa tenang je" Jawab Amin

"Wifi pun takde ye?" Soal Asyraf bimbang.

Amin tersenyum melihat gelagat Asyraf.

"Takde sayang, guna mobile data je" Jawab Amin bersahaja

Asyraf bimbang kerana sambungan internet Maxis yang lemah. Bahkan langsung tak dapat sambungan internet.

"Kat sini line Celcom je yang ok. Nanti Am bawak Ash pergi beli sim card Celcom" Pujuk Amin lalu masuk ke dalam bilik.

Tak lama kemudian Amin keluar dengan sehelai tuala baru. 

"Nah, pakai tuala ni pergi mandi, pakai baju Am dulu. Lepas ni kita lunch lepas tu baru pergi ambik barang Ash kat homestay" Arah Amin.

Asyraf akur dengan arahan Amin lalu dia mecapai tuala dari tangan Amin dan bergegas ke bilik mandi. Asyraf terkejut apabila bilik mandi langsung tidak boleh dikunci. Dia pun menanggalkan pakaiannya dan menyangkut pakaiannya dan tuala di paku yang terpacak di dinding bilik mandi. Ketika Astraf sedang khusyuk mandi Amin masuk ke dalam bilik air sambil berbogel. Dia memeluk Asyraf dari belakang. Asyraf terkejut tapi tidak melawan. Asyraf menolehkan wajahnya ke belakang memandang Amin.

"Am ni terkejut Ash" Kata Asyraf

Amin hanya tersenyum memadang Asyraf

"Am rindu dengan Ash. Am sayang Ash" Luah Amin lalu merapatkan dahinya ke dahi Asyraf.

Asyraf memalingkan tubuhnya menghadap Amin.

"Ash sayang Am, Ash mintak maaf dengan apa yang Ash buat kat Am!"  Asyraf meminta maaf

Amin mengucup bibir Asyraf. Asyraf cuba mengelak.

"Kenapa Ash?" Soal Amin

"Ash rasa tak layak untuk Am" Asyraf berterus terang.

"Kenapa pulak?" Amin jadi bingung.

"Ash dah main dengan Fiq waktu kat Genting Highland hari tu" Asyraf terpaksa jujur.

Amin berasa terkejut tapi memikirkan dia juga sudah melakukan hubungan seks dengan Fekri, Amin menerima Asyraf seadanya.

"Am boleh terima Ash. Am sayangkan Ash" Pujuk Amin.

"Tapi Ash ni jijik curang dengan Am" Bantah Asyraf

Amin tersenyum mendengar kata-kata Asyraf

"Kalau setakat Fiq tu, Am pun dah main dengan dia dah" Amin berterus terang.

"Apa, Am main dengan Fiq? Bila?" Soal Asyraf tersentak.

"Next day lepas last kita jumpa dekat Little Bourke hari tu" Jawab Amin

"Kalau Ash jijik, Am pun jijik jugak. Kita sama-sama curang" Sambung Amin

Asyraf tertunduk memahami bahawa dia masih mempunyai kesempatan untuk bersama Amin. Amin ,mengambil gayung lalu menjiruskan air ke tubuh Asyraf sehingga tubuh Asyraf basah. Asyraf merampas gayung dari Amin dan mencedok air lalu menyiram di tubuh Amin. Kedengaran suara mereka bergelak ketawa bergurau senda di bilik mandi.

Amin Untuk Asyraf 2: Cinta SempornaWhere stories live. Discover now