Pagi itu Amin bangun namun tiada kelibat Asyraf kelihatan.
"Asssssh!" Panggil Amin
Tiada siapa menjawab
"Asyraf!" Jerit Amin lagi.
Jantungnya berdegup kencang. Dia keluar dari bilik namun tidak kelihatan kelibat Asyraf. Amin bingung saat dia bersama Asyraf itu hanya sekadar mimpinya sahaja atau memang dia bersama dengan Asyraf dua hari lepas. Perutnya berkeroncong lantas dia mencari kunci keretanya namun dia tidak jumpa. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi enjin kereta. Amin membuka pintu dan mendapati Asyraf sedang memandu untuk memarkir kereta di halaman rumahnya. Setelah selesai Asyraf turun dari kereta lantas menyapa Amin.
"Morning sayang!"
"Ash pergi mana pagi-pagi ni?" Soal Amin
"I beli sarapan tadi" Jawab Asyraf sambil menunjukkan plastik berisi dua bungkus nasi lemak.
Asyraf mendekati Amin lantas menghulurkan plastik berisi nasi lemak. Amin mengambil lantas membawanya ke dapur. Amin membancuh dua cawan kopi lalu kembali ke ruang tamu dengan dulang berisi nasi lemak dan dua cawan kopi. Amin dan Asyraf bersila lalu menikmati sarapan yang dibeli Asyraf.
"Sedap betul la Ash beli kat mana?" Soal Amin
"Entah la Ash nampak ada gerai tepi jalan Ash cuma beli je" Jawab Asyraf
"Hari ni Ash tak payah tolong Am la!" Kata Amin
"Kenapa? Am still marah dengan Ash pasal semalam ke?" Soal Asyraf
"Bukan, cuma Am tak nak Ash rasa kekok je tak tau nak buat apa" Terang Amin
"Tapi nanti Am penat macam semalam. Ash tak nak tengok Am macam semalam" Bantah Asyraf
Amin mendiamkan diri. Setelah beberapa ketika Amin bersuara.
"Am dan biasa macam ni. Hari ni Am nak try cari tempat lagi besar jadi boleh Ash selesa nak tolong Am" Pujuk Amin.
"Ok la kalau macam tu. Tapi Ash nak mintak tolong boleh?" Pinta Asyraf
"Mintak tolong apa tu?" Soal Amin
"Ash nak pergi pekan. Am tolong hantarkan boleh?" Kata Asyraf
"Ok boleh. Ash bersiap cepat nanti Am lambat nak pergi spa" Kata Amin.
Setelah bersiap Amin menghantar Asyraf ke pekan Semporna lalu terus kembali ke Tampi-Tampi resort untuk membuka spa. Namun dari waktu buka sampai waktu makan tengah hari tiada pelanggan datang ke spanya. Ketika makan tengah hari di Warung Abang Joe dia disapa oleh Haqiem.
"Eh Amin! Seorang ke?"
"Seorang je, Ash pergi pekan. Kau datang dengan Hilman ke?" Balas Amin
"Tak, dia keluar kata ada hal sikit" Jawab Haiqem
"Oh, habis buat apa je?" Soal Amin
"Tak tau la. Badan pun lenguh-lenguh ni" Pancing Haqiem
"Kalau macam tu datang la spa aku! Takde costumer ni" Ajak Amin
"Dekat mana?" Soal Haqiem.
"Lepas ni ikut aku" Kata Amin
Setelah Amin selesai makan Haqiem mengikut Amin ke spanya.
Sementara itu Asyraf membeli beberapa barang untuk memasak dan perabot untuk diletakkan di rumah Amin. Asyraf menghadapi kesukaran untuk mencari teksi. Tiba-tiba dia disapa oleh seseorang.
"You buat apa kat sini?" Tegur Hilman
"Eh, Hilman, I tengah cari teksi ni susah betul la" Rungut Asyraf
"Amin tak jemput ke?" Soal Hilman
"I tak nak kacau dia bizi dekat spa tu" Jawab Asyraf
"Kalau macam tu I hantar you balik tapi you kena teman I jumpa client kejap" Tawar Hilman
"Ok la at least ada transport nak balik" Jawab Asyraf.
"You dah lunch?" Soal Hilman
"Belum. I pun tengah lapar ni" Keluh Asyraf
"Macam tu jom ikut I pergi makan!" Ajak Hilman
Hilman membawa Asyraf menuju ke kafe Anjung D'Samudra. Di kafe tersebut seorang lelaki yang tinggi lampai melambai ke arah Hilman. Hilman membawa Asyraf ke meja lelaki tersebut.
"Perkenalkan ini client I" Kata Hilman kepada Asyraf
"Saya Qhairul panggil Kai je" Kata Qhairul sambil menghulurkan tangan
"I Asyraf Islam!" Jawab Asyraf sambil menjabat tangan Qhairul.
Asyraf dah Himan mengambil tempat duduk
"You ni bukan ..." Belum sempat menghabiskan kata-kata Hilman memberi isyarat untuk diam.
"I faham benda dah jadi pun" Keluh Aysraf
"Maksud saya, you kan founder minyak dengan baju melayu kan?" Qhairul cuba menukar topik
"Ye tu dulu tapi I dah jual bisnes I" Jawab Asyraf lemah
"Oh, maaf Saya tak tahu pasal tu" Kata Qhairul kesal
"Dah la kita order makan dulu" Kata Hilman untuk mengelak suasana bertambah kekok
YOU ARE READING
Amin Untuk Asyraf 2: Cinta Semporna
Fiksi PenggemarAmin dan Asyraf hidup bahagia di Semporna namun kehadiran orang ketiga hampir merosakkan hubungan mereka.