Cuti minggu itu Asyraf membawa Amin ke Pulau Timba-Timba untuk bercuti. Asyraf mahu Amin melapangkan pemikiran kekasihnya itu. Ketika berjalan di atas jambatan sambil menyaksikan lautan sejernih kristal Asyraf bersuara
"Ash nampak Am macam tak suka je?" Luah Asyraf
Amin berhenti lalu memandang wajah Asyraf
"Mana ada!" Amin cuba berdalih
"Am minggu ni senyap je tak cakap sangat dengan Ash. Apa yang Am fikir actually?" Asyraf masih tak berpuas hati.
"Tak ada apa-apa" Amin masih tak menyembunyikan isi hatinya.
Amin masih terasa hati apabila Asyraf tidak mengendahkan perasaan bersalahnya kerana curang terhadap Asyraf.
"Jom mandi!" Ajak Amin cuba mengubah topik.
"Takpe la Ash tak rasa nak mandi. Am pergi la mandi!" Kata Asyraf lalu meninggalkan Amin seorang diri
Amin cuba mengejar Asyraf namun Asyraf berjalan laju hingga Amin kehilangan jejaknya. Dalam usaha mencari Asyraf, Amin bertembung dengan Haqiem.
"Eh Am, buat apa kat sini?" Soal Haqiem.
"Am bercuti dengan Ash. Ada nampak Ash tak?" Kata Amin
"Tak nampak pulak. Aku pun tengah cari Hilman jugak ni!" Jawab Haqiem
"Hilman ada dekat sini?" Soal Amin terkejut
Sementara itu Asyraf berasa bodoh kerana merajuk dan meninggalkan Amin seorang diri. Dia berpatah balik dan mendapati Amin bersama dengan Haqiem. Haqiem yang menyedari kehadiran Asyraf segera memeluk dan mencium Amin. Amin terpaku dengan tidakan Haqiem tidak berbuat apa-apa untuk melawan Haqiem
Asyraf menitiskan air mata melihat Amin bersama Haqiem lalu beredar menuju ke jeti untuk kembali ke tanah besar. Ketika berada di atas bot dia tersempak dengan Hilman.
"Eh sejak bila you ada kat sini?" Soal Asyraf sambil mengesat air mata. Asyraf terlupa akan perbuatan Hilman terhadap dirinya kerana terlalu sakit hati dengan perbuatan Amin.
"I baru sampai semalam dengan Haqiem. I bawak dia kat pulau ni untuk cuci mata. Bila I ajak balik dia tak nak pulak. Lantak la dia" Rungut Hilman
"Habis you duduk mana sekarang?" Soal Asyraf
"I sewa rumah asing dengan Haqiem. Tengah cari housemate. Haqiem kata dia nak duduk sendiri" Jawab Hilman.
Asyraf mendapat satu idea.
"Kalau I tinggal dengan you sementara boleh?" Pinta Asyraf
"Boleh! Tapi you dengan Amin kenapa? Gaduh ke?" Soal Hilman
Asyraf hanya menganggukkan kepala.
Sementara itu Amin teringat yang dia sepatutnya mencari Asyraf. Puas dia menghubungi Asyraf namun tidak berjawab. Hari sudah semakin petang Amin namun Asyraf tidak ditemui.
"Mana Ash ni? Hari dah petang dah!" Rungut Amin
Haqiem yang dari tadi mengekori Amin memberi cadangan.
"I rasa dia dah balik kat mainland la. Kalau dia still kat pulau kecik ni dah lama Am jumpa dia" Pujuk Haqiem
Amin akhirnya akur dengan cadangan Haqiem kembali ke tanah besar dengan harapan Asyraf sudah pulang. Amin dan Haqiem tiba di rumah Amin. Mereka mendapati Asyraf belum pulang.
"Asyraf mana ni?" Rintih Amin
"Mustahil dia tak balik lagi. Mana ada orang stay kat pulau kecik tu" Komen Haqiem.
Amin menyesali perbuatannya mengabaikan Asyraf. Kerana terasa hati dengan Asyraf dia mengabaikan orang yang sangat disayanginya. Amin keluar untuk mencari Asyraf.
"Am nak pergi cari Ash!" Kata Amin.
"Sebelum gerak minum kopi dulu" Tawar Haqiem.
"Tapi Ash!" Belum sempat Amin menghabiskan kata-kata Haqiem menyampuk.
"Nanti kita cari dia sama-sama"
Amin hanya akur lalu duduk di meja makan. Haqiem ke dapur dan membancuh kopi yang dibawanya dan menghidangkan roti yang dia beli semasa di jeti.
Selepas makan roti dan minum kopi yang diberi Haqiem, mata Amin mula berpinar. Dia cuba berjalan ke bilik namun tubuhnya jadi lemah lalu tumbang. Haqiem sempat menyambut Amin lalu memapahnya menuju ke bilik. Haqiem menanggalkan pakaian Amin supaya dia tidak kepanasan.
YOU ARE READING
Amin Untuk Asyraf 2: Cinta Semporna
FanfictionAmin dan Asyraf hidup bahagia di Semporna namun kehadiran orang ketiga hampir merosakkan hubungan mereka.