Setelah beberapa hari mereka membuka SPA AA di tempat baru Amin dan Asyraf mendapati pelanggan tidak ramai kerana kurang promosi.
"Orang takde ni! Kita kena buat something" Ujar Asyraf
"Normal la tu. Lagipun Am pun dah whatsapp semua costumer yang Am dah pindah tempat. Adat la berniaga tempat baru" Pujuk Am
"Ash ingat nak promote kat Tiktok buat live baru viral" Kata Asyraf
"Boleh je, tapi untuk orang alert tempat kita ni lambat sikit la" Kata Amin cuba memahamkan Asyraf.
Asyraf memulakan video siaran langsung di Tiktok. Setelah sejam bersiaran Asyraf kecewa hanya ada dua orang sahaja yang menonton videonya iaitu Fekri dan Zacrul. Tiba-tiba mereka disapa oleh suara yang mereka kenal.
"Am, Ash kat sini rupanya!" Tegur Zacrul dengan nada gembira
Asyraf dan Amin tergamam melihat Fekri dan Zacrul berada di depan mereka.
"Zac, Fiq! You berdua buat apa kat sini?" Sola Asyraf gembira
Mereka berempat berpelukan.
"I dengan Fiq datang sini nak bercuti tenangkan fikiran" Ujar Zacrul
"Fiq dengan Zac apa khabar?" Soal Amin
"Kita orang baik-baik je" Jawab Fekri
"Costumer takde, jom kita mengopi!" Ajak Amin
Selesai Amin menutup spa mereka berempat menuju ke Bayu Cafe. Selesai memesan kopi Fekri bersuara
"You berdua dah get back? Tahniah!" Ucap Fekri
"Welcome, kalau bukan sebab you, I dengan Ash takkan dapat jumpa balik" Balas Amin
"Takde apa-apa la. I memang suka tolong orang" Kata Fekri
"Haz dengan Dani macam mana?" Soal Asyraf kepada Fekri.
Fekri tergamam mendengar soalan tersebut. Dia berusaha merahsiakan keberadaan Hazwan dan Danish dari Zacrul
"You kenal Haz dengan Dani?" Soal Zacrul terkejut
Amin dan Asyraf terkejut melihat reaksi Zacrul. Fekri tak boleh menipu kerana Asyraf tahu Hazwan dan Danish tinggal dengannya.
"Actually I tahu pasal video dengan ganti rugi tu sebab Haz dengan Dani mintak tolong dengan I. Haz dengan Dani duduk dengan I sekejap tapi lepas I balik dari Cambodia I dah tak jumpa dia orang dah" Fekri cuba menipu
"Kenapa you tak bagitahu you kenal dia orang?" Bentak Zacrul
"I pun serabut masa tu dengan banyak masalah lagi!" Jawab Fekri gugup
Zarul terdiam.
"Takpe la, benda dah lepas jangan dikenang" Kata Asyraf
"Tak payah fikir pasal budak berdua tu. Lepas apa yang diaorang buat kat aku dengan Ash, aku takkan maafkan dia orang" Sampuk Amin
"Tapi Zac nak ada benda nak settle dengan dia orang" Jawab Zacrul
"Hal budak berdua tu tinggal kat KL. Aku tak nak dengar nama budak berdua tu lagi!" Bentak Amin.
Setelahitu Zacrul tidak bertanyakan tentang Hazwan dan Danish.
Selesai minum kopi mereka berpisah dalam dua kumpulan. Amin bersama Zacrul dan Fekri bersama Asyraf.
Sambil berjalan-jalan melihat laut Zacrul bersuara
"Am, Zac fikir nak return balik company HP kat Am" Ujar Zacrul
"Kenapa?" Soal Amin terkejut
"Lepas you takde Zac rugi besar. Plan Zac semua hancur. Maybe sebab Zac bersalah dekat Am lepas apa yang jadi kat PD hari tu" Luah Zacrul.
Amin berhenti lalu merenung Zacrul.
"Am kalau boleh tak nak ada kaitan dengan company tu. Company tu dah tak wujud bagi Am" Balas Amin.
"Tapi Zac nak buat apa dengan company dan semua produk HP?" Soal Zacrul
"Terpulanglan Zac nak buat apa pun" Kata Amin dingin.
Sementara itu Fekri dan Asyraf memandang Amin dan Zacrul dari jauh. Hembusan bayu laut sungguh menyegarkan.
"Fiq, lepas malam tu apa you buat kat Haz dengan Dani" Soal Asyraf
Fekri bimbang rahsianya bocor meneruskan penipuannya.
"I cuma mintak dia orang uruskan rumah I bila I takde je. Dalam seminggu dengan dia orang I ada je bawak dia orang keluar jalan-jalan. Tapi tu la lepas I balik dari Cambodia dia orang dah takde" Fekri berdalih
"I ingat you serius nak jadikan dia orang hamba seks!" Kata Asyraf
Fekri hanya mendiamkan diri untuk mengelakkan diri dari membocorkan rahsia keberadaan Hazwan dan Danish.
YOU ARE READING
Amin Untuk Asyraf 2: Cinta Semporna
FanficAmin dan Asyraf hidup bahagia di Semporna namun kehadiran orang ketiga hampir merosakkan hubungan mereka.