Bab 35

126 1 0
                                    

Ketika bersarapan di kafe Rasa Sayang bersama Amin dan Asyraf, Hazwan menerima panggilan video dari Adam.

"Haz, bila nak balik sini?" Soal Adam

"Haz dengan Dani kat sini seminggu. Seronok jumpa kawan lama" Kata Hazwan

"Siapa tu?" Sampuk Asyraf

"Kawan kat semenanjung" Kata Danish lalu memberi isyarat supaya tidak mengganggu.

Selesai bersarapan Amin berkata

"Aku dengan Ash dah decide ikut kau orang balik semenanjung seminggu"

Shaz berasa terkejut manakala Hazwan dan Danish berasa gembira dengan keputusan Amin.

"Serius kau orang nak ikut kota orang balik semenanjung?" Soal Shaz

"Kalau Am cakap maksud dia dah confirm la tu" Kata Asyraf

"Tapi kita orang tak duduk KL dah, baru pindah Melaka" Kata Danish

"Ok la tu, Melaka pun penting buat Ash dengan Am. Kereta Mini Cooper Haz pun berjasa jugak" Kata Asyraf lagi.

Hazwan sudah hampir terlupa yang dia pernah meminjamkan Amin dan Asyraf kereta Mini Cooper nya untuk ke Melaka sewaktu di Port Dickson suatu masa dahulu.

Hari berganti hari sudah tiba masanya Shaz, Hazwan dan Danish pulang ke semenanjung. Amin dan Asyraf sudah bersiap sedia di lapangan terbang Tawau. Asyraf sibuk membuat panggilan video dengan Aqib.

"Kau plan nak pergi mana Am?" Soal Shaz sebelum penerbangan berlepas.

"Aku nak bawak Ash pergi kat tempat kita orang pernah dating kat KL, kat Melaka. Banyak kenangan kita orang kat sana" Jawab Amin

Di dalam kapal terbang mereka duduk berasingan. Amin bersebelahan Asyraf di bahagian sayap, manakala Sha, Hazwan dan Danish di kerusi paling belakang.  Sebaik tiba di KLIA Amin dan Asyraf berasa sangat rindu dengan suasana semenanjung. Shaz meminta diri untuk balik ke rumahnya manakala Amin dan Asyraf mengikut Danish dan Hazwan ke Melaka. Adam sudah menunggu di balai ketibaan.

"Eh, Adam kau buat apa kat sini?" Tegur Amin

"Aku jemput kau orang bawak pergi ke Melaka!" Jawab Adam

"Kau macam mana, Ok?" Soal Amin lagi.

"Aku Ok, je tak terkesan sangat bila company HP collapse. Lagipun ilmu yang Am bagi berguna Adam boleh tolong Aqib buat bisnes urut dia" Jawab Adam

Setelah meletakkan bagasi Adam memandu kereta menuju ke Melaka. Perjalanan sejam sedikit melelahkan namun demi kawan dia sanggup buat apa sahaja. Tiba di Melaka mereka di sambut oleh Aqib yang sedang menyorong seseorang. Sebaik Asyraf turun kereta dia menjerit.

"Aqib, Fiq, buat apa kat sini?"

Aqib dan Asyraf berpelukan.

"I tunggu you la. Excited bila Adam cakap you ikut sekali balik" Jawab Aqib

Fekri yang berkerusi roda menggengam tangan Asyraf dan Amin

"Asyraf, Amin, I minta maaf kat you berdua" Kata Fekri

"Kenapa, you buat salah apa?" Soal Amin

Fekri tertunduk

"I mintak maaf sebab I ada niat nak pisahkan you berdua walaupun I ada banyak chance nak satukan you berdua" Keluh Fekri

Asyraf melutut lantas memeluk Fekri

"You dah jaga I dengan baik. Kalau you tak stop I dari bunuh diri confirm I dengan Amin takkan bersama sampai bila-bila" Pujuk Asyraf

"Ya betul. Sebab tu I terhutang budi dengan you!" Sampuk Amin

"Hutang budi ke body?" Seloroh Fekri

Semua yang ada di situ tertawa besar.

Setelah makan tengah hari Amin dan Asyraf keluar berjalan-jalan di sekitar bandar Melaka. Mereka menaiki River cruise.

"Ash ingat tak first date kita tahun lepas kat Melaka?" Soal Amin

"Ash ingat Am perangai macam budak-budak kat Mamee Jonker House" Jawab Asyraf

"Alah Ash tu tidur time river cruise membazir je" Perli Amin

"Hahaha! Tak sangka dah lebih setahun kita tak datang sini. Dulu kita first date kat sini. Sekarang balik semenanjung pun first date kat sini" Luah Asyraf

Amin hanya mendiamkan diri. Asyraf jadi pelik lalu menoleh ke sisinya dia mendapati Amin tertidur. Asyraf meletakkan kepala Amin di bahunya lalu membelai rambut Amin.

"Ash cintakan Am!" bisik Asyraf

"Am jugak!" kedengaran Amin berbicara sambil mata terpejam.

Amin Untuk Asyraf 2: Cinta SempornaWhere stories live. Discover now