Bab 33

94 4 0
                                    

Hari itu genap setahun Amin dan Asyraf bertemu di Semporna. Mereka kini bahagia tanpa kehadiran Qhairul, Hilman mahupun Haqiem. Mereka sudah tidak peduli dengan nasib ketiga-tiga lelaki yang mengganggu hidup mereka.

Pagi itu Amin membawa Asyraf ke Bukit Tengkorak.

"Buat apa kat sini? Kita tutup spa ke hari ni?" Soal Asyraf

"Tak, cuma nak ambik udara segar" Jawab Amin

Asyraf kebingungan. Sebaik tiba di tempat pertemuan mereka Asyraf mula sedar bahawa hari itu ulang tahun pertama pertemuannya dengan Amin di Semporna.

"Am ingat lagi bila Ash tegur Am waktu tu. Am ingat Am tengah mimpi" Kata Amin

"Ash pun tak sangka dapat jumpa Am. Ash dah give up dah time tu" Jawab Asyraf

"Lepas tu Am bawak Ash balik rumah Am. Tapi baru dua hari Hilman muncul" Keluh Amin

Asyraf memeluk Amin dari belakang

"Hari hari Am mimpi Ash tinggalkan Am ikut Hilman. Am takut sangat waktu tu" Sambung Amin lagi

"Ash janji takkan tinggalkan Am lagi" Pujuk Asyraf

"Malam Am kena game dengan Haqiem, Hati Am sakit bila Ash tinggalkan Am betul betul dan cakap Am pelacur" Luah Amin lagi

Asyraf menitiskan air mata

"Ash mintak maaf dengan Am, Ash marah sangat waktu tu tak boleh kawal emosi" Asyraf memohon maaf

"Benda dah jadi, dah tak boleh undur balik" Keluh Amin

"Am! Am marah Ash lagi ke?" Kata Asyraf terkejut

Amin menoleh menatap mata Asyraf sayu

"Tak, cuma Am tak nak kenang benda ni lagi" Kata Amin

Mereka berpelukan. Setelah itu mereka kembali ke rumah untuk bersiap ke spa. Amin mengambil sesuatu dari kotak simpanan peribadi dan menyimpan di dalam kocek. Sementara itu Asyraf senyap-senyap membuka bagasinya dan mengeluarkan satu bungkusan yang masih tidak terusik dan berhabuk.

Hari itu mereka menguruskan spa seperti biasa. Tiada apa apa perkara luar biasa berlaku sepanjang hari.Ketika hendak berkemas menutup spa tiba-tiba mereka menerima kehadiran tetamu.

"Shaz!" Jerit Asyraf melihat kelibat yang berada di pintu.

Mendengar jeritan Asyraf, Amin yang menghampiri Asyraf.

"Eh, Shaz! Jemput masuk" Pelawa Amin.

Mereka berpelukan sesama sendiri.

"Dah lama tak jumpa kau" Kata Amin

"Tu la kau yang lupa kawan. Nampaknya kau dah happy sekarang" Kata Shaz.

"Kenapa you tak call dulu?" Soal Asyraf

"Ah, call tak dapat nak call macam mana?" Jawab Shaz berseloroh

Asyraf tersipu-sipu malu.

"Kenapa kau tiba-tiba datang?" Tanya Amin.

"Shaz nak datang sini ada sebab" Kata Shaz lalu dia menuju ke pintu memberi isyarat seseorang.

Shaz kembali dengan dua orang yang mereka kenali.

"Haz, Dani kau buat apa sini?" Herdik Amin

Amin masih tak boleh memaafkan Hazwan dan Danish

"Amin, jangan macam tu! Kesian kat dia orang" Rayu Shaz

"Kenapa mesti kesian? Lepas apa yang dia orang dah buat kat aku" Amin masih tak berpuas hati

Hazwan dan Danish hanya mendiamkan diri diherdik sebegitu.

"Am, bertenang! Bagi chance kat Shaz untuk explain" Pujuk Asyraf

Amin mula bertenang. Amin membawa mereka ke sebuah gerai yang masih belum tutup lagi. Sesudah memesan minuman Shaz bersuara.

"Amin, Asyraf, aku nak kau berdua maafkan Haz dengan Dani. Kesian dia orang!" Rayu Shaz.

"Sejak video dia orang viral. Aku tengok dia orang sengsara" Sambung Shaz

Setelah mengetahui hal sebenar akhirnya Amin, Asyraf, Danish dan Hazwan berpelukan sebagai tanda perdamaian.

Amin Untuk Asyraf 2: Cinta SempornaWhere stories live. Discover now