Setelah beberapa kali operasi spa terganggu Amin dan Asyraf membuka semula operasi Spa AA. Mereka bersiap dengan segala kemungkinan diganggu oleh Qhairul, Hilman mahupun Haqiem. Namun hari demi hari kelibat Qahirul, Hilman mahupun Haqiem tidak kelihatan. Setelah dirisik mereka mendapati ketiga-tiganya sudah meninggalkan Semporna. Namun mereka tetap bersiap siaga dengan segala kemungkinan.
Setelah dua minggu operasi mula berjalan lancar. Suatu hari ketika sedang menuju ke Restoran Warisan mereka tersempak dengan sosok tubuh yang mereka kenali
"Aqib!" Tegur Asyraf
Aqib dan Adam menoleh kepada Asyraf
"Asyraf!" Teriak Aqib
"Amin pun kat sini?" Tegur Adam pula
Asyraf dan Aqib berpelukan sementara Amin dan Adam berjabat tangan.
"Dah lama tak jumpa you!" Kata Asyraf kepada Aqib
"Macam-macam dah jadi dekat I sejak bisnes kita jatuh" Kata Aqib menangis
Asyraf mengelap air mata Aqib.
"Nasib baik ada Adam. Kalau tak I dah merempat tak tentu hala" Tambah Aqib.
Asyraf berasa sedih melihat nasib yang menimpa kawan merangkap bekas agen jualannnya itu. Asyraf memandang kepada Adam
"Thanks Adam sebab jaga Aqib. I silap tak ambik tahu pasal Aqib" Kata Asyraf.
Amin menepuk bahu Adam
"Aku bangga kenal orang macam kau sanggup tolong orang susah" Kata Amin kepada Adam.
"Adam ingat lagi waktu Adam merempat tak ada siapa-siapa pandang cuma Am je yang tolong Adam. Adam tak nak Aqib kena nasib yang sama" Jawab Adam
Amin memeluk Adam bangga.
"Aqib you kerja dengan I nak?" Tawar Asyraf
"Tak apa, I dengan Adam ada buat bisnes urut dekat KL" Aqib menolak tawaran tersebut.
"Kalau macam tu kau berdua call je kita orang kalau apa-apa masalah. Kita orang akan tolong" Tawar Adam pula.
"You berdua dah makan?" Soal Asyraf
"Belum, I tak jumpa restoran kat sini" Jawab Aqib
"Kalau macam tu follow aku, aku belanja" Tawar Amin.
Adam dan Aqib mengekori Amin dan Asyraf menuju ke Restoran Warisan. Sebaik sahaja mengambil tempat duduk Aqib bersuara.
"Bestnya makan sambil tengok laut"
"Ya memang best, nikmat dapat rasa angin laut, dengar bunyi ombak" Kata Asyraf
"Kau berdua stay berapa lama kat sini?" Sampuk Amin
"Dalam dua minggu. Nak rest tenangkan fikiran" Jawab Adam.
"Kau orang stay mana?" Soal Amin lagi
"Dekat Seafest Hotel" Jawab Adam
"Owh dekat town" Sampuk Asyraf
"You all bukak bisnes urut dah berapa lama?" Soal Asyraf
"Baru sebulan. Tengah struggle lagi" Jawab Aqib
"Actually ni bisnes Aqib, Adam support je" Sampuk Adam
"You nak tak kembangkan bisnes instead buat urut, buat servis macam spa?" Tawar Asyraf
"Nak tapi I takde modal!" Jawab Aqib
"Modal tu kemudian yang penting skill tu dulu" Sampuk Amin.
"Macam mana tu?" Aqib jadi keliru
"Esok kau berdua ikut aku kat spa. Aku ajar A sampai Z" Kata Amin
"Adam pun?" Soal Adam
"Ya sebab kau boleh back up Aqib bila perlu" Jawab Amin
Adam dan Aqib mengangguk tanda setuju.
"Esok aku jemput kau orang kat Seafest hotel" Kata Amin lagi
Selesai makan Amin membawa mereka ke Tanjung Parapat. Sambil menikmati keindahan laut Amin berjalan bersama Aqib manakala Asyraf berjalan bersama Adam.
"Macam mana kau boleh kenal Adam" Soal Amin kepada Aqib
"Actually I kena halau dari rumah sebab tak bayar sewa. I tumpang kat rumah kawan tapi seminggu je. Tapi kebetulan kawan I ada trip oversea dia mintak Adam tolong jagakan rumah dia. Bila dah habis seminggu Adam offer tinggal dengan dia" Terang Aqib panjang lebar
Sementara itu Asyraf ingin mengenali Adam lebih dekat
"Apa yang buatkan you tolong Aqib?" Soal Asyraf
"Adam tengok dia menangis kat The Curve . Bila Adam dapat tahu dia kena halau dari rumah, Adam kesian sebab Adam pernah rasa apa yang dia rasa" Terang Adam
YOU ARE READING
Amin Untuk Asyraf 2: Cinta Semporna
FanfictionAmin dan Asyraf hidup bahagia di Semporna namun kehadiran orang ketiga hampir merosakkan hubungan mereka.