Bab 28

101 2 0
                                    

Pagi itu Amin dan Asyraf sudah menunggu di lobi Seafest Hotel. Setelah beberapa lama baru nampak kelibat Adam dan Aqib

"Sorry, Aqib ni siap lambat sikit" Adam memohon maaf

"Sorry, I siap lambat sikit. Bangun lambat" Aqib memberi alasan

"You buat projek ke apa malam tadi" Tegur Asyraf sinis

Aqib tertunduk malu

"Dah jom nanti kita lambat. Nak sarapan lagi!" Ajak Amin

Mereka segera menuju ke kereta Amin. Amin memandu ke Rasa Sayang Cafe. Setelah mengambil tempat duduk dan memesan makanan tiba-tiba Adam terlihat kelibat Qhairul yang baru tiba

"Eh, tu bukan geng Amsyar ke?" Kata Adam kepada Aqib

"Ye la dia la. Baju tu yang dia selalu pakai tu" Kata Aqib merujuk kepada Kameja T jenama Leon yang dipakai Qhairul.

"Kau berdua cakap pasal siapa tu?" Soal Amin sambil menoleh ke arah yang dipandang Adam dan Aqib.

Sebaik melihat kelibat Qhairul Amin segera bangkit menuju ke arah Qhairul. Melihat Amin meluru ke arahnya Qhairul berjalan pantas meninggalkan kafe tersebut. Amin kembali ke meja dalam keadaan hampa kerana Qhairul berjaya melarikan diri.

"Dapat tak Am?" Soal Asyraf

"Tak, dia dah lari" Jawab Amin kecewa.

" You kenal ke lelaki tu?" Soal Aqib

"Kenal, Dia ada hutang dekat Am dengan Ash. Tak settle lagi" Jawab Amin

"Oh, patut la. Geng orang jahat macam tu la" Sampuk Adam.

"Siapa geng orang jahat?" Soal Asyraf.

"Laki tadi yang Am kejar" Kata Adam

"Macam mana kau tahu dia geng orang jahat?" Amin jadi penasaran

"Kita orang ada nampak dia dekat area geng kongsi gelap" Kata Adam

"Patut la perangai macam setan" kata Asyraf.

Selesai makan mereka bertolak ke spa AA. Sebaik tiba Asyraf dengan riang memperkenalkan spa hasil kerjasama dia dengan Amin.

"Ni la spa I dengan Am!" kata Asyraf

"Wah bestnya tempat ni!" Kata Aqib teruja

"Hari ni aku nak ajar buat body scrub. Ash nanti jadi model" Kata Amin

Asyraf menganggukkan kepala. Asyraf menanggalkan pakaiannya lalu memakai tuala. Amin mengambil scrub badan lalu menghulurkan kepada Adam dan Aqib.

"Adam kau handle  bahagian kaki, Aqib kau handle bahagian kepala" Arah Amin

Pada mulanya Adam dan Aqib teragak-agak.

"Sapu je kat badan lepas tu urut-urut sikit. Tak susah pun" Tegur Amin

Setelah itu baru mereka yakin untuk buat skrub badan.

"Lepas ni I nak ajar four hands masssage. Kali ni Am jadi model" Kata Asyraf sebaik sahaja proses skrub badan terhadap dirinya selesai

Amin menganggukan kepala dan segera mencapai tuala dan menanggalkan pakaiannya. Dia menuju ke bilik mandi untuk membersihkan badan dan kembali memakai tualan di bawah paras pinggang hingga kelihatan lurah pelvis.

'Lawa body dia' kata Aqib dalam hati sambil menelan alr liur.

"Macam tadi Adam akan handle bahagian kaki dan Aqib handle bahagian kepala" Kata Asyraf sambil menghulurkan minyak urut beraroma lavender.

Asyraf mengajar kaedah urut kepada Adam yang tidak biasa melakukan urut manakala Aqib pula tidak menghadapi sebarang masalah. Selesai proses urutan jam sudah menunjukkan pukul 2 petang.

"Tak terasa masa berjalan" Komen Adam

"Betul la, tak perasan pun" Kata Aqib

Amin yang baru selesai memakai pakaian menyampuk

"Jom pergi lunch. Kita tutup dulu spa"

"Tak nak gilir-gilir ke?" Soal Asyraf.

"Hari ni first day untuk Adam dengan Aqib. Jadi kita kita rehat sekali"  Jawab Amin

Amin membawa mereka ke Warung Abang Joe. Sebaik tiba di sana kelihatan Hilman dan Haqiem sedang makan.

"Semua tunggu dulu aku ada benda nak settle" Kata Amin

Amin berjalan menghampiri Hilman dan Haqiem. Sementara tu Aqib bertanya kepada Asyraf

"Am kenal ke mamat tu?"

"Mesti la kenal" Jawab Asyraf

"Adam, ni geng Amsyar jugak kan?" Aqib cuba mendapatkan kepastian dari Adam

"Ya dia orang la yang kita nampak" Jawab Adam.

"Siapa Amsyar?" Sampuk Asyraf

"Amsyar tu ketua kongsi gelap" Jawab Aqib

Amin Untuk Asyraf 2: Cinta SempornaWhere stories live. Discover now