🚭BAB - 2

7.7K 365 33
                                    

DENGUSAN yang kuat terlepas dari bibir Rafael. Kepala jejaka itu menggeleng kecil.

Terik matahari yang berdiri tegak di atas kepala seakan-akan menghangatkan lagi baran yang sedang bergelora di dalam tubuhnya.

Raihana yang turut berdiri setia di sisi kereta mula melangkah menghampiri abangnya itu.

Berkerut wajah gadis itu. Tangan kecilnya menepuk lembut bahu kekar Rafael.

"Apa?" Tanya jejaka itu dengan mendatar. Jelas nada suaranya begitu bengang dan marah.

"Lambat lagi ke, angah? Apa yang rosak?"

"Lambat lagi. Kena bawak pergi bengkel."

Raihana mengembungkan kedua pipinya.

"Angah tak boleh baiki ke?"

Soalan yang terpacul dari mulut gadis itu segera mengalihkan pandangan Rafael terhadap wajah merah Raihana yang berona kerana terik matahari.

"Kau fikir aku ni pomen ke?"

Bebola mata diguling ke atas. "Cakap bukan main pandai sangat. Repair kereta pun tak reti."

Sinis Raihana pedas. Sudahlah depan-depan pula tu.

"Kau ni, ey! Aku sekeh kang apa tak dapat. Kalau kau reti sangat, ha repairlah!" Marah Rafael. Bengang pula diperli depan-depan begitu. Ingat dia tak ada hati dan perasaan ke? Sentap tahu tak? Haish.

Raihana tertawa kecil. Wajahnya yang berbahang panas dikibas dengan tangan.

"Alah, tu pun nak sentap. Betullah adik cakap. Pakai kereta bukan main mewah tapi rosak jugak. Lepastu angah bukannya reti baiki pun. Kalau tahu baik naik grab je tadi."

Rafael menjeling tajam. Setajam mata pedang.

"Kau nampak ni? Nak makan penumbuk aku? Kalau tak nak, tutup mulut tu. Memekak je tahu."

Satu sengihan yang lebar diukir oleh Raihana tanpa bersalah. Penumbuk Rafael yang dihala pada hadapan wajahnya diturunkan dengan perlahan-lahan.

Wuuuu. Ada orang marahlah.

"Asyik nak marah je angah ni. Tak bestlah keluar dengan angah. Baik keluar dengan achik je. Relax je achik. Rasa macam keluar dengan boyfriend. Tak marah-marah. Apa adik nak semua achik beli. Tak macam angah. Nak beli popcorn dalam wayang pun tak kasi."

Tanpa bersalah, ayat itu dituturkan kepada Rafael.

Apa lagi, makin berasaplah kedua telinga Rafael.

"Fine! Ini last eh kau keluar dengan aku!" Bahu Raihana ditolak kasar ke belakang. Mujur gadis itu tidak terjatuh jika dia gagal mengimbangkan badan.

"Angah ni! Ish!" Rengus Raihana geram. Main tolak-tolak pulak! Ingat tak sakit ke?

Rafael mencebik bibir. Meniru gaya Raihana.

"Duduk diam-diam. Aku nak call member aku." Ujar Rafael seraya menghidupkan skrin telefonnya.

"Kenapa tak call achik je? Tak pun Daddy ke?" Tanya Raihana tanpa henti.

Gerakan jari Rafael terhenti. Dahi ditepuk perlahan dengan tapak tangan.

Lalu, bersama wajah yang berpura-pura tersenyum, dia menoleh menatap Raihana.

"Adik ku sayang, adik dah lupa ke angah outstation? Dan kalau kita call Daddy, kau rasa Daddy nak datang ke? Sekarang ni kan waktu Mummy dan Daddy bermesra-mesraan. Kau lupa ke gila?!" Meleret suara Rafael di celah giginya. Geram pula dengan adik bongsunya itu. Kalau bukan sebab Rayden, sudah lama dia campak budak tu dekat laut. Biar kena makan dengan shark doo doo doo doo!

𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐁𝐚𝐲𝐮 𝐙𝐢𝐤𝐫𝐢 Where stories live. Discover now