🚭BAB - 7

7.8K 296 30
                                    

TERIK mentari yang memanah di atas kepala semakin menghangatkan Raihana yang sudah sedia hangat dengan kehadiran Zikri di hadapannya ini.

Mata bulat itu mengecil mencerlung garang ke arah Zikri yang sedang elok bersandar pada sisi Ducati hitam milik jejaka itu.

"Awak buat apa datang sini? Tak ada kerja ke?" Marah Raihana dengan gigi yang diketap. Panas hati melihat riak selamba jejaka yang merangkap sahabat kepada abangnya itu.

Harap muka je hensem, tapi perangai menyakitkan hati!

Kening lebat Zikri naik sebelah. Tangan berpeluk tubuh. Mata pula nakal menilik tubuh kecil yang tersarung dengan pakaian seragam biru itu.

Comel pulak pengawas sekolah ni marah marah dekat dia.

Terbakar hati Raihana apabila Zikri langsung tidak ada rasa hendak menjawab pertanyaannya. Malah, boleh pula mata itu galak menganalisa susuk tubuhnya.

"Pandang pandang apa?! Nampak ni?!"

Penumbuk diangkat. Tepat di hadapan Zikri.

Zikri tercengang sesaat sebelum tawanya terburai.

Kening Raihana bertakuk rapat. Mamat ni! Kalau aku tumbuk betul betul kang apa pun tak dapat!

"Awak ni dah kenapa?! Gila?!"

Tawa Zikri masih lagi tersisa. Perut ditekan. Alahai, budak pendek ni! Ada hati nak tumbuk aku. Tak padan dengan kecik. Tak sedar diri betul.

Dengan lirikan yang nakal, Zikri merendahkan ketinggiannya. Membongkok merapati Raihana dan gadis remaja itu juga langsung berundur setapak ke belakang. Jantung mula membuat senaman. Wajah mereka yang sangat dekat itu menimbulkan keresahan Raihana.

"Daripada kau bagi penumbuk, apa kata kalau kau usap pipi aku? Barulah sweet, kitten." Usik Zikri seraya meniup lembut belahan bibir merah jambu yang terbuka itu.

Spontan Raihana menjauh. Menolak dada tegap Zikri dengan kuat. Kesan tiupan lembut itu dikesat kasar. Geli!

"Jangan kurang ajar dengan saya, Zikri!" Jerkahan garang itu berdesing melintasi telinga Zikri.

"Aku tak kurang ajar dengan kau. Lagipun, tak akan aku nak kurang ajar dengan perempuan secantik kau ni? Rugilah aku."

"Gilalah awak ni!" Sejurus itu, langkah terus dibawa menjauh. Tidak betah untuk melayan lagi. Lebih baik dia angkat kaki sebelum kakinya mendarat pada wajah tampan itu. Namun, Zikri masih ligat mengusik. Tenang sahaja mengekori Raihana sambil bersiul nakal.

Mula mula tak dilayan, tapi bila lelaki itu membuat bunyi kucing, makin hangatlah hati Raihana.

"Meow~meow~fuyooo ada anak kucing tengah marahlah...meow..." Usikan itu nakal kedengaran.

Mendadak Raihana memasakkan kaki sebelum berpaling ke arah belakang. Jari telunjuk diangkat tinggi tepat di hadapan hidung Zikri. Memberi amaran dengan wajah yang merah padam.

Marah, malu dan geram!

"Hishhh! Boleh tak jangan kacau saya lagi? Rimaslah! Lagi satu, saya ni bukan kucing! Tak payah nak meow meow dekat saya!"

Zikri menjilat bibir yang kering. Sengaja, dia menyengetkan kepala dan mengerling ke arah belakang gadis remaja itu. Atau lebih tepat, menyasarkan punggung Raihana.

"Sorry la kitten, hmm? Punggung kau tu ha, geram aku tengok. Kiri, kanan, kiri, kanan. Macam punggung kucing kalau tengah berjalan. Apa orang panggil? Ha! Catwalk! Grrrrr, meow!"

Anak mata hitam Raihana mengembang besar. Sisi baju sekolahnya digenggam kasar.

"LELAKI GILA!!! SAYA BAGITAHU ABANG SAYA!!!" Jerit Raihana sekuat yang mungkin. Mujur sahaja kedudukan mereka sekarang ini sedikit terpencil dan tersorok dari pandangan pelajar yang lain.

𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐁𝐚𝐲𝐮 𝐙𝐢𝐤𝐫𝐢 Where stories live. Discover now