DARI jauh, Fathi sudah dapat meneka susuk tubuh sang kekasih hati yang sedang duduk termenung di kerusi batu.
Bersama senyuman yang nakal, Raihana dihampiri dengan langkah yang perlahan dan senyap. Kehadiran Fathi masih tidak disedari.
Perlahan-lahan...
"Sayang!"
Bahu Raihana tersentak ke atas. Terus kepala ditoleh ke belakang. Melihat Fathi yang sedang ketawa lucu serta-merta berubah air muka Raihana.
Bahu Fathi dipukul geram. Air matanya mengalir deras.
Gelak tawa Fathi mati serta-merta. "Eh, sayang! Kenapa ni?" Kalut tangannya menggenggam pergelangan tangan Raihana. Menepis serangan demi serangan dari gadis itu.
"Tak kelakar awak tahu tak?!" Nada Raihana tinggi memuncak. Menggigil seluruh tubuhnya. Jantung pula berdetak laju mengepam darah ke seluruh tubuh.
Fathi tergamam dengan amarah luar biasa Raihana. Pertama kali gadis ini melenting sedemikian rupa.
Selama ini jika dia mengusik, pasti akan dibalas dengan gelak tawa dari Raihana. Namun, kali ini berbeza. Sepertinya emosi gadis itu sedang terganggu.
"Raihana sayang...kenapa ni? Hmm?"
Lengan kekasihnya itu ditarik lembut. Dibawa Raihana agar duduk di atas kerusi semula. Sambil itu, Fathi juga turut mengambil tempatnya di kanan Raihana.
"Awak ada sesuatu yang nak share dengan saya ke?" Tanya Fathi lagi. Prihatin dan digasak dengan kebimbangan. Jarang sekali Raihana hendak bertindak seperti tadi melainkan ada sesuatu yang mengganggu emosi gadisnya itu.
Namun, soalan Fathi itu tidak dibalas. Hanya esakan kecil sahaja yang kedengaran.
Fathi tarik senyuman yang nipis. Tidak mahu memaksa. Sebungkus coklat Cadbury dibawa keluar dari poket bahagian atas kemejanya. Lalu, dihulur di hadapan wajah Raihana.
Raihana tersebek. Meskipun tangisannya sudah reda, namun air mata masih tidak segan mengalir.
"Janganlah menangis lagi. Nanti cair coklat ni tau sebab tunggu awak nak berhenti menangis." Seloroh Fathi sehingga terbit bunga senyuman di wajah Raihana.
"Nak tak ni? Kalau tak nak, saya jelah makan."
"Nak..." Akhirnya suara lembut itu kedengaran jua.
Fathi senyum manis. Kening diangkat sebelah. Sambil itu, bungkusan coklat itu juga dibawa ke belakang badan.
"Awak..."
Fathi menggeleng. "Janji dengan saya dulu yang awak kena berhenti menangis. Boleh?"
Laju permintaan itu dibalas dengan anggukan.
"Good girl." Lalu, bungkusan Cadbury itu dikoyak oleh Fathi dan kepingan coklatnya dihulurkan kepada Raihana.
Huluran itu disambut teruja. Pujukan Fathi berjaya meredakan amarah yang mengundang di hati Raihana.
"Kalau ada masalah, share dengan saya. Jangan pendam sendiri. Nanti awak sakit."
"Maaf tadi saya tak sengaja termarah awak."
Fathi bergerak merapatkan kedudukan mereka. Ditiup perlahan sisa air mata pada wajah sang kekasih hati. Raihana sekadar memejamkan mata menerima perbuatan Fathi.
"Saya tak simpan dalam hati pun. Cuma saya risau. Awak tak pernah jadi macam tadi. Awak ada apa-apa nak cerita dekat saya ke?"
Raihana ukir senyuman palsu. Sekadar untuk menenangkan kerisauan yang bertandang di hati pemuda sebelahnya ini.
YOU ARE READING
𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐁𝐚𝐲𝐮 𝐙𝐢𝐤𝐫𝐢
Romance"Meow~meow~" -𝐙𝐈𝐊𝐑𝐈 "Hishhh! Boleh tak jangan kacau saya lagi? Rimaslah! Lagi satu, saya ni bukan kucing! Tak payah nak meow meow dekat saya!" -𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 "Sorry la kitten, hmm? Punggung kau tu ha, geram aku tengok. Kiri, kanan, kiri, kanan...