TEMPIKAN Rayden bergema. Menghamburkan api kemarahannya kepada lima pengawal peribadi yang ditugaskan untuk mengawal mansion pada hari kejadian Raihana dikhabarkan hilang.
"Mustahil tak ada sorang pun yang nampak ke mana anak aku pergi!"
Ketua pengawal di situ mengangkat wajah memberanikan diri untuk bersuara.
"Tak ada, tuan. Kami tak nampak ke mana Cik Raihana pergi selepas tuan halau dia. Dan kami langsung tak dengar sebarang bunyi kenderaan yang mungkin telah membawa Cik Raihana pergi." Jelas lelaki bernama Zack itu.
"Bodoh semua! Kerja mudah pun tak boleh nak buat! Sekarang, aku nak semua sambung cari anak aku semula!"
Arahan itu dituruti. Mereka menunduk hormat dan berlalu ke kenderaan masing-masing bagi menjejak lokasi keberadaan anak bongsu majikan mereka itu. Sudah di merata tempat mereka berusaha, namun hasilnya masih tidak berbaloi. Jejak Raihana hilang tanpa dapat dikesan.
Adakah gadis remaja itu hilang membawa diri ataupun menjadi tawanan seseorang langsung tidak dapat diteka oleh mereka yang mencarinya. Menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk.
Helaan nafas Rayden dilepas panjang. Sakit kepalanya memikirkan cara untuk mencari satu-satunya anak gadisnya itu.
Sesal di lubuk hati juga masih tidak dapat dinafikan.
Sesalan yang sedang berkunjung diragut dengan kehadiran Riyyadh yang menyapa.
Bibir tua Rayden melakarkan senyuman tipis buat anak sulungnya itu.
Kerusi batu di hadapan Rayden menjadi tempat Riyyadh berlabuh. Kotak rokok yang dibawa kini diletakkan di tengah meja. Sebatang bahan tembakau itu dicucuh dan dikepit pada bibir.
Dan sebatang lagi disua kepada Rayden. Mereka senyap menikmati bahan tembakau yang menjadi penawar di kala fikiran disalut dengan seribu satu kekusutan.
"Bila due Aisya?" Sepi dipecahkan. Iris hazel Rayden merenung tenang ke dalam iris coklat Riyyadh.
Sedikit sebanyak hati tuanya bangga melihat anak yang sudah membesar di hadapannya ini. Menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa dan suami yang baik. Anak yang dahulunya ditatang di dalam kendongan, membesar menjadi seorang lelaki dewasa yang kini sudah matang dengan liku kehidupan di dunia.
Kisah hitam yang berlalu, dijadikan pengajaran untuk mendidik Riyyadh menjadi seorang manusia dan anak yang berbakti kepada orang tua.
Soalannya tadi berjawab. "Minggu depan. Itu yang Iyad ambik cuti awal."
Rayden mengangguk. "Lelaki?"
Giliran Riyyadh pula mengangguk bersama senyuman lebar di bibir. Jantina anak ketiganya ini disahkan lelaki dan sihat di dalam rahim ibunya.
"Lepasni, bagi cucu perempuan pulak. Kesian Arwa asyik main patung Barbie seorang. Nak diajak Arjuna, budak kecik tu minat dengan robot. Kalau Hana ada, pasti dah melayan telatah anak-anak buah dia tu."
Tawa kecil Riyyadh meletus. Asap dihembus ke atas. "Don't worrylah, Daddy. Lepas habis pantang nanti, Iyad gasak Aisya sungguh-sungguh. Biar dapat anak perempuan lagi."
"Kau memang gila. Bini baru habis pantang, kau dah gasak macam tak ada hari esok."
Kening Riyyadh diangkat tinggi. "Nak buat macam mana. Ikut perangai Daddylah." Usik Riyyadh seraya bersiul nakal.
Rayden hanya tersenyum kecil. Masih menghisap rokok di tangan. Hening menjelma.
Riak serius yang terpampang mendorong Riyyadh untuk menenangkan perasaan gundah yang sedang bersarang di dalam hati Daddynya.
YOU ARE READING
𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐁𝐚𝐲𝐮 𝐙𝐢𝐤𝐫𝐢
Romance"Meow~meow~" -𝐙𝐈𝐊𝐑𝐈 "Hishhh! Boleh tak jangan kacau saya lagi? Rimaslah! Lagi satu, saya ni bukan kucing! Tak payah nak meow meow dekat saya!" -𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 "Sorry la kitten, hmm? Punggung kau tu ha, geram aku tengok. Kiri, kanan, kiri, kanan...