RAIHANA menyelongkar bilik tidur Zikri. Mencari bekalan yang dapat dia bawa untuk meredah hutan di luar sana. Beg sandang yang dijumpa terus dicapai tergesa-gesa. Beberapa bungkusan biskut dan roti disumbat ke dalam beg tersebut. Pisau yang diambil dari dapur turut dibawa sebagai senjata untuk dia berjaga-jaga.
Dua botol air mineral dijadikan bekalan minuman. Air mata Raihana bertali arus. Tangan kecilnya menggigil laju.
Tekadnya untuk melarikan diri semakin kukuh apabila dia terjumpa beberapa bungkusan dadah di dalam bilik gelap Zikri. Bilik yang menempatkan kepingan gambar serta barangan peribadi Raihana. Tekaan Raihana tepat. Zikri bukanlah sembarangan orang. Jejaka itu adalah ahli kongsi gelap serta pembunuh yang handal. Tidak mungkin dia akan kekal bersama dengan seseorang yang berbahaya seperti Zikri.
Pipinya dikesat kasar. Almari pakaian diselongkar. Hoodie hitam milik Zikri yang tergantung dicapai. Hoodie itu cukup labuh untuk Raihana yang tidak berseluar. Lalu, dress pada badannya digantikan dengan hoodie tersebut. Labuh hoodie itu menutup sehingga bawah lututnya. Warna hitam juga adalah pilihan sesuai bagi mengelakkan dia dapat dikesan jika berpakaian cerah.
Rambut disanggul kemas. Beg disandang pada bahu. Kaki halusnya laju menuruni anak tangga.
Kata laluan yang diberitahu oleh Zikri pagi tadi memudahkan rancangan Raihana. Pintu dapat dibuka. Senyuman lebarnya meniti.
Akhirnya! Dia bebas dari tawanan Zikri.
"Aku memang tak pernah cintakan kau, Zikri!"
Tanpa berfikir panjang, Raihana meredah ke dalam hutan yang mengelilingi tempat tinggal Zikri dengan harapan dia akan menemukan jalan keluar.
Susuk tubuhnya menghilang di sebalik rimbunan pokok yang hijau. Tanpa dia tahu, segala gerak gerinya dipantau oleh kamera kecil yang dipasang Zikri.
Di tempat yang berbeza, Zikri tersenyum melihat rakaman secara langsung itu dari telefonnya. Vape dibawa ke bibir. Tenang dan santai.
"Nice game, kitten."
Dari hari pertama Raihana dibawa ke rumahnya, segala gerak geri gadis itu dipantau rapi. Meskipun dia tidak berada bersama Raihana, gadis itu sentiasa di dalam renungan matanya.
Dari ruang tamu sehingga ke bilik mandi, semua kawasan itu dilengkapkan dengan kamera kecil yang tidak diketahui oleh Raihana. Malah, kamera itu juga berfungsi untuk merakam suara dan bunyi.
Jadi, permainan dan rancangan rapi Raihana sudah sedia diketahui sejak mula. Dilayan sahaja drama Raihana yang berpura-pura menerima cintanya. Sengaja hendak merancakkan lagi permainan.
Zikri tergelak kecil. "Pandai kau rembat hoodie aku, kitten. Tapi nampak seksi pada tubuh kau."
Kening tebalnya terangkat. Melihat Raihana yang sudah hilang di dalam hutan membuatkan senyum jahatnya tergaris.
Telefon disimpan di dalam kocek seluar. Anak-anak buah Tuan Zulkarnain yang sedang rancak bermain judi dihampiri.
"Aku gerak dulu."
"Jumpa awek ke, bro?" Tegur Kyle.
Zikri tergelak kecil. Ditepuk sekilas bahu tegap Kyle. "Lebih dari jumpa." Bisiknya nakal.
Mereka bersorak nakal. "Pegh, nak lepas gian la tu." Usik Apit.
"Nak aku bagi tips panas tak? Confirm rancak!" Sahut Kyle.
Zikri menggeleng. "Aku ada cara aku." Ujarnya lalu melangkah ke arah motor berkuasa tinggi miliknya.
Sarung tangan dipakai. Helmet disarung tenang seraya enjin dihidupkan.
YOU ARE READING
𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐁𝐚𝐲𝐮 𝐙𝐢𝐤𝐫𝐢
Romance"Meow~meow~" -𝐙𝐈𝐊𝐑𝐈 "Hishhh! Boleh tak jangan kacau saya lagi? Rimaslah! Lagi satu, saya ni bukan kucing! Tak payah nak meow meow dekat saya!" -𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 "Sorry la kitten, hmm? Punggung kau tu ha, geram aku tengok. Kiri, kanan, kiri, kanan...