SEPI menjelma lagi. Kali ini, sepi itu membawa duka yang tersurat dengan kekecewaan. Mendendangkan tangisan Raihana yang sayup-sayup kedengaran.
Pancuran air mengalir membasahi tubuh. Buat kesekian kali, hati kecilnya dihancurkan satu demi satu oleh mereka yang disayangi.
Dihalau dari rumah sendiri hanya kerana mempertahankan kekasih yang kini berlaku curang bersama sahabat baiknya sendiri. Bahkan, kesuciannya turut dinoda oleh jejaka yang bergelar sahabat abangnya.
Apa lagi yang Raihana punya? Tiada apa melainkan air mata yang tidak akan putus mengalir.
Hampir kewarasannya hilang diragut dengan semua kekecewaan itu. Dadanya sakit. Jiwanya kelam dan musnah.
"Kenapa awak buat saya macam ni, Fathi? Saya ikhlas cintakan awak, kenapa awak curang? Kenapa awak dan Hani buat saya macam ni?"
Dada ditepuk kuat. Melepaskan esakan yang begitu sakit untuk dilepas. "Aku benci kau! Aku benci semua! Semua orang jahat! Aku benci! Aku benci!"
Rambut ditarik kasar. Lantai ditepuk kuat. Malah, lengan dan kaki turut dicakar sehingga tergaris luka yang dalam dan menyakitkan.
Sahabat baik yang dipercayai kini menjadi musuh di dalam selimut.
Mengapa dia tidak sedar selama ini? Pandangan Hani kepada Fathi. Pandangan yang cemburu apabila mereka berkumpul bersama. Bahkan, dalam setiap hal, Fathi juga akan tetap melibatkan Hani dengan alasan Hani adalah kawan baik Raihana.
Tetapi semua itu tidak pernah disedari. Kerana dia terlalu menyayangi mereka berdua.
"Kau dan Hani penipu! Kau berdua jahat! Aku benci!"
Tangan menekup wajah. Menzahirkan tangisan yang sangat sakit dan pedih. Tiada yang tersisa pada dirinya melainkan satu pilihan. Iaitu, mati.
Tab mandi direnung dengan mata yang merah. Segala kesakitan pada tubuhnya dilupakan. Kerana rasa sakit pada hati lebih terasa. Pilihan diputuskan. Mati adalah jalan yang terbaik dari dia terus hidup bersama hati dan jiwa yang sudah berkecai.
Tanpa berlengah, Raihana bangun dengan air mata yang bertali arus. Air diisi hingga penuh dan melimpah. Ditatap dengan mata yang tersirat tekad.
"Mummy dan Daddy dah buang adik. Fathi dan Hana tikam belakang adik. Zikri pun dah noda tubuh adik. Jadi, apa yang adik boleh buat melainkan mati?"
Esakan kasarnya bergema di ruangan mandi itu. Tiada yang lebih dinantikan olehnya melainkan ini.
"Maafkan adik, Mummy...Daddy..."
Kakinya melangkah perlahan-lahan. Ini adalah pilihannya.
🚭🚭🚭
ZIKRI menolak perlahan badan Eva yang sedang bersandar pada dadanya. Jantung yang berdetak laju membuatkan hatinya dihurung perasaan yang aneh.
Hanya nama Raihana yang melintas. Tetapi, Zikri masih terjerat di sini. Memegang permintaan Tuan Zulkarnain untuk menjaga Eva sepanjang hari.
Perasaan cemas yang melanda disimpan baik. Telefon diambil untuk memeriksa rakaman CCTV di rumah. Namun, dihalang oleh Eva yang sedang mencerlung garang dengan kening yang berkerut.
"Ada Eva bagi kebenaran untuk abang tengok telefon ke?" Eva berpeluk tubuh dengan perasaan yang tidak puas hati.
Keluhan disimpan. "Abang nak tengok kalau ada mesej penting yang masuk."
YOU ARE READING
𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐁𝐚𝐲𝐮 𝐙𝐢𝐤𝐫𝐢
Romance"Meow~meow~" -𝐙𝐈𝐊𝐑𝐈 "Hishhh! Boleh tak jangan kacau saya lagi? Rimaslah! Lagi satu, saya ni bukan kucing! Tak payah nak meow meow dekat saya!" -𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 "Sorry la kitten, hmm? Punggung kau tu ha, geram aku tengok. Kiri, kanan, kiri, kanan...