HUJUNG jari Raihana menyentuh kening lebat Zikri dan bergerak mengikut corak bentuknya. Tebal dan lebat. Menyempurnakan sepasang mata redup Zikri yang mampu menggoyah naluri. Tipulah jika nalurinya tidak berkocak dengan renungan Zikri meskipun bibir berkali-kali menidakkan. Jika mereka bertentang mata, hati perempuannya tidak betah dan dadanya sering berdebar tidak menentu.
Perlahan-lahan, jari runcing itu menyentuh hidung mancung Zikri yang elok terletak. Diketuk perlahan sehingga beberapa garisan panjang terbentuk pada dahi bersih Zikri.
"Hmm..." Terdengar rengekan manja Zikri sebelum lenanya kembali dijemput.
Raihana tersenyum seketika. Lalu, jarinya bergerak mengusap permukaan bibir Zikri.
Sentuhan Raihana lembut dan ringan. Tidak lepas raut tampan itu menjadi santapan matanya. Dia akui, rupa Zikri sememangnya tidak tertanding. Tetapi, hatinya masih sukar untuk menelan perbuatan Zikri kepadanya.
Keluhan disimpan. Matanya lari dari terus merenung Zikri. Namun, jari yang digenggam membuatkan dagunya terangkat hingga mata kuyu Zikri bertemu dengan matanya.
"Kacau aku tidur ya?" Pinggul Raihana ditarik mendekat. Sehingga dada mereka saling bersentuhan.
"Saya minta maaf..." Terkebil-kebil mata bundar Raihana. Bibir bawahnya digigit saat tangan kasar Zikri mengusap pinggulnya.
"Kenapa minta maaf?" Soal Zikri seraya bangun dan bersandar pada kepala katil.
Tangan diselit pada celah ketiak Raihana lalu dengan sekali angkat, tubuh langsing itu didudukkan di atas perutnya yang berotot itu. Kaki Raihana dibawa memeluk pinggangnya sementara kedudukan gadis itu diselesakan.
"Selesa?" Tanya Zikri dengan kepala yang sedikit mendongak kerana kedudukan Raihana yang sedikit tinggi darinya.
Tersenyum dia melihat gadis itu mengangguk malu. Mata nakalnya melirik pada kulit putih gebu itu. Gaun merah yang separas paha dan bertali halus itu menaikkan seri kulit Raihana. Membuatkan Zikri memuji di dalam hati.
"Tak jawab lagi soalan aku. Kenapa minta maaf?" Sesekali tangannya nakal meramas isi punggung Raihana hingga gadis itu tersentak.
"Saya minta maaf sebab kacau awak tidur." Tangan kecil Raihana menahan pada dada Zikri yang tidak berbaju.
"Tak kacau pun. Aku memang nak bangun dah tadi." Ujar Zikri perlahan.
Raihana mengangguk sebelum menjatuhkan pandangan pada dada Zikri. Segan untuk menatap mata itu kerana jantungnya kian berdetak laju.
"Kitten..." Suara garau yang berbisik lembut itu menerjah ke sanubari.
"Pandang aku, please." Dagu Raihana dipagut lembut. Akhirnya, mata mereka kembali bertemu.
"Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau..."
Raihana menggeleng. Tangan yang menahan dada Zikri dibawa mengusap pipi jejaka itu.
"Salah saya sebab cabar awak. Saya hina awak, tapi masa tu saya sebenarnya takut. Saya tak nak tinggal sini, saya nak balik. Saya rindu keluarga saya, Zikri."
"Tapi aku tak boleh lepaskan kau. Aku cintakan kau, kitten." Suara Zikri separuh merayu.
Ada air mata yang mengalir menuruni wajah bersih Raihana. Ditemukan dahi mereka. Desah nafas yang saling berlanggar terasa hangat menampar wajah.
"Bila saya kenangkan semula, Daddy dah halau saya. Mummy dah kecewa dengan saya. Malah, Fathi dan Hani pun dah tikam belakang saya. Jadi, saya dah tak ada pilihan lain. Daddy halau saya, suruh saya tinggalkan rumah. Mungkin selama ni Daddy tak pernah pun cari saya, kan?"
YOU ARE READING
𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐁𝐚𝐲𝐮 𝐙𝐢𝐤𝐫𝐢
Romance"Meow~meow~" -𝐙𝐈𝐊𝐑𝐈 "Hishhh! Boleh tak jangan kacau saya lagi? Rimaslah! Lagi satu, saya ni bukan kucing! Tak payah nak meow meow dekat saya!" -𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 "Sorry la kitten, hmm? Punggung kau tu ha, geram aku tengok. Kiri, kanan, kiri, kanan...