MATA bundar Raihana menjeling tajam kepada Zikri yang sedang tersenyum gatal ke arahnya.
Terasa ingin disimbah sahaja wajah tampan itu dengan jus epal di hadapannya ketika ini.
Ditahan sahaja tangannya kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan.
Sudahlah Rafael juga tiada. Pergi ke tandas macam pergi cuci tandas. Lama!
Zikri pula masih gian mahu mengusik buah hati dambaannya itu.
Lagi Raihana menjeling, lagi galak dia memikat.
Raihana mendengus geram. Tidak selesa dengan perilaku Zikri.
Telapak tangan kecilnya memukul permukaan meja dengan daya yang sederhana kuat.
"Awak nak apa?!" Tanya Raihana dengan begitu garang.
Panahan yang gerun turut disertakan bersama. Menggelegak darah gadis muda itu di saat Zikri hanya tenang bersandar sambil memeluk tubuh dan tanpa segan silu, jejaka itu masih sempat memberikan satu kenyitan mata yang menggoda kepada Raihana.
Mengecil kelopak mata Raihana menatap penuh amarah pada jejaka itu.
Zikri kemudiannya tertawa kecil lalu mula mengeluarkan kata-katanya.
"Nak kau." Ringkas dan tidak berkias.
Mata Raihana membuntang luas. Naik turun dada gadis itu menahan gelora amarah.
"Tapi saya tak nak awak. Sampai bila-bila pun saya tak nak awak! Baik awak berhenti ganggu saya atau saya bagitahu dekat angah!" Tekan Raihana.
Namun, Zikri tidak peduli. Sebaliknya dia masih lagi boleh tersenyum.
"Wuuu takutnya." Ejeknya dengan nada yang sinis.
Ringan sahaja tangan Raihana mahu mencurah wajah jejaka itu dengan air minumannya.
"Kenapa? Tengah fikir nak curah air dekat muka aku? Hmm?"
Tekaan Zikri memeranjatkan Raihana.
"Macam mana awak tahu?" Terpancul keluar soalan itu dari mulutnya.
"Mestilah aku tahu. Seluruh jiwa kau termasuk tubuh kau semuanya milik aku. Jadi apa yang ada dalam fikiran kau, mudah sahaja untuk aku baca."
Raihana mengancing kuat barisan giginya.
Terus laju tangan gadis itu menarik gelas minumannya lalu hendak dicurah ke arah Zikri.
Malangnya, setiap gerak geri Raihana cekap ditebak oleh jejaka itu.
Pergelangan tangan Raihana disambar dan ditahan kuat.
"Sakitlah!" Bentak Raihana. Berkerut wajah cantik itu menahan rasa sakit yang menjalar.
Gelas tersebut dengan mudah diambil oleh Zikri lalu diletakkan jauh dari Raihana.
"Try me, kitten. Kalau kau curah air dekat aku, jangan hairan bila benih aku akan bercambah dalam rahim kau nanti. Jangan buat masalah dengan aku, kitten. Bila-bila masa saja, aku boleh rogol kau. Jadi, kalau tak nak aku tebuk dara kau tu, jaga bahasa dan perilaku. Mark my words, kitten."
Ugut Zikri dan tidak semena-mena, satu tamparan yang kuat singgah pada wajah tampannya.
Terteleng kepala jejaka itu ke sisi.
"Jaga mulut awak! Saya ni bukan perempuan murahan yang awak boleh suka suka cakap macam tu!" Tengking Raihana seraya menarik kuat pergelangan tangannya sehingga terlepas.
Berlinang air mata gadis itu. Maruahnya seakan dipijak dengan mudah oleh Zikri.
Berombak dadanya. Begitu marah dan terkilan dengan kata kata kotor Zikri itu tadi.
YOU ARE READING
𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐁𝐚𝐲𝐮 𝐙𝐢𝐤𝐫𝐢
Romance"Meow~meow~" -𝐙𝐈𝐊𝐑𝐈 "Hishhh! Boleh tak jangan kacau saya lagi? Rimaslah! Lagi satu, saya ni bukan kucing! Tak payah nak meow meow dekat saya!" -𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 "Sorry la kitten, hmm? Punggung kau tu ha, geram aku tengok. Kiri, kanan, kiri, kanan...