BAB 6 🌻

10.1K 444 3
                                    

Wilia memasang wajah yang ceria saat masuk ke dalam restoran mewah itu. Dia teruja apabila Tengku Helena mengajaknya untuk dinner bersama.

Dia yakin pasti Tengku Helena mahu membicarakan tentang majlis pertunangannya dengan Tengku Hayl.

Dia sudah tidak sabar untuk menyediakan persiapan bagi majlis pertunangan mereka. Dia tidak kisah jika Tengku Hayl tidak berminat untuk bersama-sama menyiapkan majlis itu kerana di hujungnya dia tetap akan bertunang dengan Tengku Hayl.

"Sorry Aunty. Jalan sesak tadi" ucap Wilia dan menyalam tangan Tengku Helena.

"Duduklah Wilia. Aunty dah tempah makanan kita"

Wilia lantas duduk di hadapan Tengku Helena. Dia juga berasa agak berdebar apabila melihat wajah Tengku Helena yang agak ketat. Dia ada buat salah ke? Fikirnya.

Selepas pelayan meletakkan makanan mereka, barulah Tengku Helena memulakan perbualan mereka.

"Hayl nak putuskan pertunangan dengan kamu" ucapnya dengan nada serius.

Mulut Wilia terbuka sedikit kerana tidak percaya. Tidak mungkin Tengku Hayl akan menghentikan majlis pertunangan itu. Dia tidak percaya.

"Why Aunty? Wilia ada buat salah ke?" Soalnya cuak.

"Aunty pun tak tahu. Semalam dia call Aunty dan cakap yang dia tak nak bertunang dengan kamu"

"Tapi Hayl dah janji nak tunang dengan Wilia kan Aunty" desaknya lagi. Dia sukar untuk mempercayakan perkara itu.

"Kamu jangan risau, Aunty tak akan hentikan majlis pertunangan kamu berdua. Aunty sudah berjanji dengan ayah kamu untuk jadikan kamu sebagai menantu Aunty"

"Baik Aunty. Nanti Wilia cuba pujuk Hayl semula. Mungkin dia tak bersedia lagi" ucapnya.

Tengku Helena hanya mendiamkan diri. Wilia masih belum mengetahui bahawa Tengku Hayl pernah berkahwin tahun lalu.

Dia mahu Wilia menjadi menantunya supaya nama syarikatnya melonjak naik. Hanya dengan bantuan daripada ayah Wilia sahaja dia dapat mengembangkan lagi legasinya.

Perasaan Wilia mula tidak senang. Dia gelisah memikirkan sebab Tengku Hayl tidak mahu bertunang dengannya.

Dirinya cukup cantik dan popular. Tidak mungkin Tengku Hayl tidak jatuh hati padanya. Dia sudah menetapkan bahawa bakal suaminya hanyalah Tengku Hayl sahaja. Dia tidak mahu orang lain.

🌻

Tengku Hayl merenung lama gambar yang diberikan oleh Amir sebentar tadi.

Dia yakin itu Yara. Tetapi dia tidak menyangka Yara akan bekerja sebagai cleaner di salah sebuah syarikat yang bekerjasama dengannya.

Tengku Hayl meraup wajahnya perlahan. Perasaan bersalah mula menerpa dirinya. Dia sudah memusnahkan kehidupan seseorang yang cukup dicintainya dahulu.

Satu keluhan berat dilepaskan olehnya. Dia sudah berjanji dengan Yara untuk memberi kebahagiaan yang sebenar padanya. Tetapi suatu perkara berlaku dan angan-angan itu musnah.

Tanpa membuang masa, Tengku Hayl lantas bergerak ke tempat kerja Yara. Dia cukup rindukan gadis itu. Dia mahu meminta maaf kerana meninggalkan gadis itu.

🌻

Tengku Hayl menilik bilik stor di bahagian lobi syarikat itu.

Kosong.

Tiada sesiapa di situ. Perasaannya mula berasa tidak enak. Tidak mungkin anak buahnya silap. Gambar itu jelas menunjukkan Yara yang sedang mengemop lantai.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang