BAB 37 🌻

7.9K 341 7
                                    

Yara berasa sebak apabila melihat keadaan Tengku Hayl yang terbaring lemah di atas katil bedah itu. Luluh hatinya apabila melihat beberapa kesan luka yang cukup besar di beberapa kawasan di tubuh Tengku Hayl.

"Kami akan lakukan pemindahan darah dengan segera. Nurse, tolong sediakan semua kelengkapan" arah Dr Imran.

Yara juga diminta untuk berbaring di sebuah katil yang telah ditolak masuk ke dalam.

"Puan kena selalu ramas tangan Puan ya untuk bagi darah mengalir dengan lancar" pesan jururawat itu.

Yara mengangguk laju. Dia berharap darahnya mampu membantu Tengku Hayl. Dia hanya mahu Tengku Hayl kembali sembuh. Air matanya juga mengalir saat melihat darahnya disalurkan ke tubuh Tengku Hayl.

'Hayl' panggilnya di dalam hati.

🌻

Tengku Helena yang menunggu di luar bilik bedah mula mengigit kukunya. Dia berasa gelisah ketika itu. Mustahil Yara dan Dato' Ismail tidak perasan dengan perbezaan darahnya dengan Tengku Hayl.

"Helena. Jangan fikir kau boleh lari. Ada banyak benda yang kau perlu settlekan" ucap Tengku Hazwan.

"Apa yang kau mengarut ni Hazwan. Aku tak buat apa-apa salah pun"

Dato' Ismail hanya memasang telinga. Dia tidak mahu masuk campur urusan Tengku Hazwan dan Tengku Helena. Biar mereka sendiri yang selesaikan.

"Hahahaha. Tak buat apa-apa salah? Kau ingat aku tak tahu yang kau kurung Hayl setahun yang lalu? Aku tak cakap lagi tentang penculikan cucu aku, Firdaus. Kau ingat aku tak tahu semua tu? Oh ye. Satu lagi, tentang perniagaan haram kau tu. Kau fikir aku tak pernah tahu?"

"Hayl anak aku dan aku layak untuk kawal hidup dia. Sedangkan kau, lari dari anak kau sendiri" belanya lagi.

Walaupun dalam hatinya, dia berasa berdebar ketika Tengku Hazwan membahas tentang perniagaannya. Dia risau jika semua itu kantoi.

"Sejak bila Hayl tu anak kau? Kau lupa yang kau tu cuma mak tiri dia?"

Kata-kata Tengku Hazwan ketika itu mengejutkan Dato' Ismail.

Mak tiri?

Dia tidak pernah tahu tentang perkara itu. Dia fikirkan Tengku Hayl adalah anak kandung kepada Tengku Helena. Dia juga tidak pernah menjangka bahawa Tengku Hazwan pernah berkahwin sebelum ni.

"Mak tiri sekalipun masih sama seperti mak kandung. Aku yang jaga dia dari kecil"

"Jaga? Kau gila ke? Kau kawal anak aku punya pergerakan, minat dan semuanya sejak dia kecil. Yang jaga dia dari kecil cuma pembantu yang aku tugaskan je. Dia nak berjumpa dengan aku pun dia takut sebab kau ugut dia. Itu ke definisi mak kandung?"

Bahang pertelingkahan mereka juga semakin hebat. Dato' Ismail risau jika mereka berdua bertumbuk dan bertampar di situ.

"Aku buat semua tu sebab aku sayang dia. Kau tak perlu masuk campur urusan aku. Hayl tu hak aku" balas Tengku Helena.

Dia tidak mahu melepaskan Tengku Hayl pergi. Hanya dengan Tengku Hayl sahaja dia dapat merebut syarikat Tengku Hazwan. Dia yakin jika Tengku Hayl tidak tahu tentang kebenaran itu, dirinya tetap akan dihormati seperti mak kandung.

"Setahun yang lalu, kita berdua dah bercerai. Aku harap kau refresh semula otak kau tentang hal ini. Kau takde kaitan dengan Hayl dah. Aku tak izinkan kau ganggu kehidupan Hayl lagi. Tapi kau masih tak boleh terima kan? Walau macam mana kau putar belit situasi sekarang, hanya aku yang berhak dalam hidup Hayl sebab aku ayah kandung dia. Lagipun dia dah besar, boleh fikir mana baik dan buruk. Tak perlu kawal hidup dia"

Itulah hakikat yang sebenar. Disebabkan dirinya yang berpisah dengan Tengku Helena, dia dengan senang hati merestukan hubungan Tengku Hayl dan Yara. Dia mahu anaknya itu mencari kebahagiaannya sendiri dan bahagia bersama orang yang dia sayang.

Tapi silapnya juga, kerana terlepas pandang berkaitan Tengku Helena. Dia juga terlupa untuk memaklumkan penceraiannya bersama Tengku Helena kepada Tengku Hayl berikutan Tengku Hayl yang lari ke sempadan Thailand untuk bernikah.

Di atas kesilapannya itu, Tengku Helena masih mendesak dan memaksa anaknya itu untuk mendengar cakap Tengku Helena. Malah keselamatannya juga terancam apabila Tengku Helena mahu membunuhnya. Disebabkan itu dia lari ke Thailand untuk mencari segala bukti tentang perniagaan haram yang dijalankan oleh Tengku Helena.

Saat itu, semua bukti yang diinginkan olehnya sudah diperoleh. Di Thailand juga dia terserempak dengan rakan Tengku Hayl yang sedang mencarinya iaitu Fattah.

Fattah telah menjelaskan segalanya kepada Tengku Hazwan. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk pulang semula ke Malaysia. Tetapi sayangnya, pertemuannya dengan Tengku Hayl adalah di tempat kemalangan.

Sekarang dia mahu membetulkan segalanya. Laporan yang diperolehnya daripada Zara juga sudah lengkap. Zara juga sudah ditugaskan olehnya untuk memantau gerak-geri Tengku Helena. Dia risau perempuan itu mempunyai rancangan lain lagi.

Tambahan pula, Tengku Helena memaksa Tengku Hayl untuk berkahwin dengan pilihannya semata-mata untuk mendapat manfaat daripada Dato' Yusri. Bertambah marah dirinya apabila kebahagiaan anaknya itu dipermainkan.

"Tak. Aku tak akan biarkan Hayl pergi dari hidup aku. Dia masih sayangkan aku. Dia masih anggap aku sebagai mak dia"

Tengku Helena tetap mahu mempertahankan dirinya.

Tak mungkin. Tak mungkin. Tak mungkin.

Dia tidak akan membiarkan harta yang berharga itu terlepas daripada tangannya. Susah dirinya nanti.

"Aku tak kisah dengan angan-angan kau Helena. Sebab aku sendiri yang akan campak kau ke dalam penjara. Jangan ingat kes antara kita berdua je. Kes kau dengan Ismail juga masih ada"

Dato' Ismail yang mendengar namanya disebut juga menganggukkan kepala. Dia berasa cukup marah apabila Tengku Helena cuba mencederakan anak dan cucunya.

"Dengan Ismail? Apa kaitan dia dengan aku!"

"Kaitan kau dengan aku adalah nasib anak dengan cucu aku. Kau lupa yang kau dah cederakan Yara dan kau dah akibatkan cucu aku masuk ICU" balas Dato' Ismail. Sedikit lantang.

"What? Aku tak pernah buat benda tu. Kau ada bukti?"

"Tak payah nak menafikan semua benda ni Helena, anak buah kau ada dalam tangan aku sekarang. Jangan fikir kau boleh lari"

Tengku Helena tersentak apabila mendapat tahu bahawa Zaidi dan Hamid sudah ditangkap oleh Dato' Ismail. Barulah dia faham kenapa mereka berdua tiada berkomunikasi dengannya selama dua hari itu.

"Mustahil. Sebab anak buah aku masih ada dengan aku. Kau ingat aku akan percaya semua tu"

Tengku Helena masih cuba untuk membela dirinya. Dia tidak boleh kalah di situ. Air mukanya harus dijaga.

"Whatever la Helena. Aku cuma nak bagi amaran dekat kau, kalau kau cuba untuk ganggu hidup Hayl dengan Yara lagi, aku tak akan teragak-agak untuk masuk campur. Dan ingat, apa yang kau buat selama ni, aku akan balas semua" ujar Tengku Hazwan dengan nada serius. Matanya juga mencerlung tajam ke arah Tengku Helena.

"Kita tengok nanti Hazwan. Siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah" balas Tengku Helena dan beredar daripada situ.

Dia tetap akan kembali ke situ untuk memantau Tengku Hayl. Dia perlu menghasut Tengku Hayl supaya kembali kepadanya. Itu sahaja harta yang paling disayanginya ketika itu.

Dato' Ismail dan Tengku Hazwan hanya menggelengkan kepala. Mereka tahu pasti Tengku Helena sedang merancang sesuatu.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang