Yara terkejut dengan berita yang keluar di televisyen itu. Tengku Helena dituduh telah menggelapkan wang syarikat Tengku Hazwan dan juga melakukan sindiket haram di Thailand.
Seluruh akhbar penuh dengan wajah Tengku Helena.
Yara tidak sangka kepulangan Tengku Hazwan akan menyebabkan semua itu berlaku. Jelas terlihat bahawa Tengku Hazwan sudah sedia untuk menjatuh dan mendedahkan semua perbuatan jahat Tengku Helena.
Seperti mimpi buat Yara, apabila semua itu berlaku sewaktu Tengku Hayl koma. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana reaksi Tengku Hayl jika mengetahui mamanya dimasukkan ke dalam penjara.
Tengku Hayl juga sudah sebulan berada di hospital dan masih koma. Doktor juga telah membenarkan Tengku Hayl berada di wad biasa tetapi masih memerlukan bantuan alat pernafasan.
Tangan yang semakin kurus itu dipegang lembut oleh Yara. Tangan itu diangkat dan dikucup lama.
"Saya rindukan awak sangat-sangat, Hayl" ucapnya sambil meletakkan tangan Tengku Hayl di pipinya.
Wajah Tengku Hayl yang sentiasa lemah itu dipandang sayu. Dia mahu melihat wajah itu tersenyum kembali.
"Hayl. Bangunlah. Lama sangat awak tidur. Firdaus rindukan awak"
"Saya minta maaf sebab tak sempat nak luahkan rasa saya pada awak. Tapi saya nak awak tahu yang saya cukup sayangkan awak. Maafkan saya kerana berkeras untuk tak maafkan awak. Saya silap" luahnya dengan nada sebak.
Butir-butir air mata yang mengalir keluar dibiarkan sahaja. Dia mahu berbual dengan suaminya itu.
Terlalu banyak penyesalan di dalam diri Yara ketika itu. Dia berasa menyesal kerana tidak menerima Tengku Hayl dengan lebih awal.
"Hayl. I miss you. Saya rindukan awak sangat-sangat. Please bangun. Jangan tinggalkan saya dengan Firdaus lagi. Awak tidur terlalu lama" rayunya lagi.
Dia cukup berharap supaya Tengku Hayl sedar saat itu. Dia rindukan suara lelaki itu. Dia rindukan cara layanan Tengku Hayl. Dia rindukan segalanya tentang lelaki itu.
"Hayl. Kembali semua pada saya. Kita bina hidup yang betul-betul bahagia lepas ni. Firdaus, saya dan awak. Kita creates memori yang lebih indah dari ni. Saya yakin awak pun akan bahagia nanti. Saya tak akan lukakan hati awak lagi" ucap Yara dan meletakkan kepalanya di birai katil itu. Tangan Tengku Hayl masih dipegang erat.
"Hanya awak yang mampu jadi suami saya dan ayah kepada Firdaus. I love you, Hayl" ucapnya sebelum terlena di situ.
🌻
"Mama. Mama" jerit Firdaus dengan kuat. Tubuh Yara juga digoncang laju.
Yara yang berasa dirinya digoncang, membuka mata perlahan-lahan. Dia pelik apabila melihat Firdaus di sisinya.
"Firdaus?"
Yara memerhati sekeliling bilik. Kosong. Tiada pula Dato' Ismail dan Tengku Hazwan.
"Mama. Papa. Papa!!" Ucap Firdaus dan menunjukkan ke arah Tengku Hayl yang masih terbaring.
Yara lantas mengangkat Firdaus ke ribanya. Tangan Tengku Hayl terus dipegang oleh Firdaus.
"Papa. Papa kit?" Soalnya dan memandang ke arah Yara.
"Papa cuma tidur Firdaus. Nanti papa bangun" Dia tahu Firdaus pasti tidak akan faham dengan keadaan Tengku Hayl ketika itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]
RomanceDisebabkan pilihannya sendiri, dirinya dibuang oleh keluarganya. Kehidupannya lantas berubah sekelip mata. Hidup yang susah dan memenatkan menjadi sebuah perkara yang normal baginya. Baginya itulah hadiahnya kerana telah mengingkari perintah bapany...