BAB 28 🌻

7K 330 15
                                    

"Yara jangan risau. Saya dah suruh Amir untuk jaga rumah ni. Jadi awak jangan takut" ucap Tengku Hayl sewaktu mereka bersarapan.

"Hmm"

Tengku Hayl mula berasa tidak sedap hati apabila melihat keadaan Yara. Dia tahu pasti Yara sedang memikirkan tentang apa yang akan berlaku nanti.

"Saya akan cuba untuk balik awal. Kalau ada yang ketuk pintu. Jangan buka. Walaupun orang tu Amir. Faham Yara?"

Tengku Hayl terpaksa pergi ke pejabatnya kerana mesyuarat penting pada pagi itu. Jika tiada mesyuarat itu, sudah tentu dia akan bekerja daripada rumah sahaja untuk menemani Yara.

"Hmm" Yara hanya mengangguk.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum" ucap Tengku Hayl dan mengucup pipi Yara sebelum pergi.

Yara melepaskan sebuah keluhan. Dia masih tidak senang dengan situasi itu. Tengku Hayl juga tidak mahu melepaskan dia pergi. Dirinya benar-benar tersepit.

Dia cuma mahu melindungi Firdaus. Tetapi dalam masa yang sama dia berasa kasihan jika dia memisahkan hubungan Firdaus dengan Tengku Hayl. Mereka berdua juga sudah terlalu rapat.

🌻

Zara terkejut apabila melihat Tengku Hayl muncul di ruangan pejabat itu. Jarang Tengku Hayl berkunjung ke pejabat mamaknya itu.

"Mama ada dekat dalam?" soal Tengku Hayl tanpa membuang masa.

"Ada Tengku. Tengku nak..."

Belum sempat Zara berkata, Tengku Hayl sudah masuk ke dalam bilik Tengku Helena. Zara hanya mampu berdoa supaya semuanya baik-baik sahaja. Tiada pertelingkahan yang akan terjadi. Itu doanya.

Tengku Helena yang sedang membelek sebuah fail terkejut apabila biliknya dirempuh oleh Tengku Hayl. Dia tidak sangka Tengku Hayl akan datang berjumpa dengan dirinya sendiri saat itu.

"Hayl buat apa dekat sini? Kenapa tak maklumkan pada mama dulu?" soalnya dan berdiri.

"Apa yang mama nak daripada Yara semalam?"

"Oh. Perempuan tu mengadu dekat Hayl ke? Dasar tak tahu malu"

"Mama. Yara tu isteri Hayl. Mama hina dia sama seperti mama hina Hayl"

"Mama cuma minta dia pergi daripada hidup Hayl. Tak susah kan? Mama tak restu hubungan kamu berdua. Mama tak rasa ianya salah. Mama masih ada hak pada Hayl" jelasnya dengan nada ditekan.

"Mama tak perlu minta daripada Yara sebab Hayl tak akan ceraikan atau lepaskan Yara pergi. Kalau Yara pergi sekalipun, Hayl akan cari dan bawa dia pulang pada Hayl. Mama tolonglah hentikan semua ni. Hayl tak boleh bahagia kalau orangnya bukan Yara. Dan jangan musnahkan hidup Wilia dengan semua perkara ni. Hayl tak boleh bahagiakan Wilia" luah Tengku Hayl.

"Hayl tak nak tengok mama bahagia ke? Mama Cuma nak kan menantu yang mama idamkan dan suka. Wilia tu dua kali ganda lebih baik daripada Yara. Sekali je mama minta daripada Hayl untuk dengar cakap mama"

"Dengar cakap mama? Menantu idaman? Hayl bukan nak derhaka pada mama, tapi sejak Hayl kecil mama dah kongkong hidup Hayl. Dengan siapa Hayl berkawan, apa yang Hayl makan dan dekat mana Hayl belajar. Tak boleh ke mama bagi peluang pada Hayl untuk pilih teman hidup yang Hayl sayang?" ucapnya dengan nada ditahan. Dia cuba untuk tidak menaikkan suara saat itu.

"Jadi Hayl nak salahkan mama ke? Mak mana dekat dunia ni yang tak sayang anak dia? Mama tahu yang Hayl boleh bahagia dengan Wilia" Tengku Helena masih berkeras dengan pilihannya.

"Tak mama. Hayl tak akan bahagia dengan pilihan mama. Hati Hayl dah ada dekat Yara. Susah untuk Hayl buka hati Hayl pada orang lain"

"Kalau Hayl masih berkeras dengan pilihan Hayl. Mama tak akan teragak-agak untuk hancurkan Yara. Kalau Hayl sayang pada perempuan tu. Lepaskan dia. Mama tak nak anggap dia sebagai menantu mama. Entah-entah anak dia tu bukan anak kamu. Tapi anak dengan lelaki lain" ugutnya kasar.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang