BAB 26 🌻

7.2K 351 6
                                    

Tengku Helena duduk di atas sofa sambil menyilangkan kakinya. Kawasan dalam rumah itu diperhatikan sekali lalu. Itulah pertama kali dia menjejakkan kaki ke dalam rumah anaknya sendiri.

Yara masih berdiri berhampiran pintu itu. Dia masih terkejut dengan kehadiran Tengku Helena di situ.

"Kau memang lumpuh ke? Tak boleh datang sini?" Tengking Tengku Helena.

Yara menarik nafas terlebih dahulu dan berjalan ke arah ruang tamu. Dia perlu kuat apabila menghadapi Tengku Helena. Mujurlah Firdaus sudah ditidurkan di bilik Tengku Hayl.

"Kau buat apa dekat rumah anak aku? Menumpang?" Sindirnya.

"Saya hanya kembali ke sisi suami saya sahaja"

"Suami? Kau lupa yang dia dah ceraikan kau?"

"Tak. Hayl tak pernah ungkap lafaz cerai depan saya. Dan surat yang saya terima juga bukan daripada dia" balas Yara dengan dingin.

"Makin berani ya kau. Kau sedar tak aku masih mak dia" Sakit hatinya apabila melihat wajah Yara yang tiada reaksi.

"Ya. Saya sedar Tengku masih mak dia. Dan saya harap Tengku boleh respect hidup anak Tengku selepas ini"

"Dasar wanita sun*al. Tak tahu malu kau kan. Disebabkan kau, hubungan aku dengan Hayl dah retak"

Tengku Helena menarik kasar tudung Yara sehingga tertanggal. Yata juga tidak sempat menghalangnya kerana terkejut. Rambut Yara yang terlepas itu ditarik tegang oleh Tengku Helena. Ternaik wajah Yara untuk melihat Tengku Helena.

"Aku bagi warning dekat kau. Minta cerai daripada Hayl. Aku tahu kau dengan Hayl ada anak. Entah-entah itu anak dengan lelaki lain. Jangan sampai aku rampas anak kau dan bunuh dia" ucap Tengku Helena dengan nada yang ditekan.

Yara terkedu saat Firdaus terkait dengan hal itu. Dia menyangka Tengku Helena tidak mengetahui kewujudan Firdaus. Satu perasaan takut mula menerpa dirinya. Dia tidak mahu Tengku Helena mengapa-apakan Firdaus. Jantungnya itu.

"Kau faham tak apa yang aku cakap. Buat masa sekarang aku bagi amaran dekat kau. Keluar dari rumah ni sebelum aku ambil anak kau. Aku tak hadap anak kau sebagai cucu aku"

Tengku Helena lantas menolak kepala Yara sehingga membuatkan Yara tersembam di atas lantai.

"Dari dulu kau tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku. Kalau Hayl tak nak kahwin dengan Wilia. Aku sendiri yang akan bunuh kau dengan anak kau. Jangan cabar aku" ucapnya dan berlalu pergi.

Selepas Tengku Helena keluar. Barulah air matanya tumpah.

Yara bangun perlahan-lahan dan membetulkan rambutnya. Dahinya yang tersembam di atas lantai sebentar tadi diusap lembut. Dia berharap tiada lebam di dahinya.

Dia tahu itu kesannya jika dia masih bersama dengan Tengku Hayl. Walau bagaimanapun, hatinya berbelah bagi. Dia masih sayangkan Tengku Hayl tetapi dalam masa yang sama menolak Tengku Hayl datang kepadanya.

Bunyi tangisan Firdaus di atas menyedarkan Yara. Dia segera mengunci pintu rumah dan berlari naik ke atas.

"Ma. Ma" jerit Firdaus yang sudah turun daripada katil.

Yara lantas memeluk Firdaus dengan erat. Dia masih berdebar selepas situasi tadi berlaku.

Dia tidak mahu membahayakan keselamatan Firdaus. Firdaus sahaja hartanya. Yara buntu saat itu. Perlukah dia pergi daripada hidup Tengku Hayl ataupun bertahan.

🌻

"Aw" rintih Yara selepas Tengku Hayl mengucup dahinya.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang