BAB 33 🌻

7.3K 320 24
                                    

Tengku Hayl melangkah masuk ke dalam rumah Tengku Helena. Sudah setahun dia tidak menjejakkan kaki ke rumah itu. Kali terakhir di ke situ adalah sewaktu dia pulang dari Amerika.

Pandangan kosong dilemparkan ke arah Tengku Helena yang sedang duduk berehat di ruangan rehat rumah itu. Senyuman Tengku Helena saat itu juga menyakitkan hati Tengku Hayl.

"Akhirnya anak mama kembali juga pada mama. Welcome back sayang" ucap Tengku Helena dan bergerak ke arah Tengku Hayl.

Tangan Tengku Helena yang ingin memeluk Tengku Hayl ditepis perlahan oleh Tengku Hayl. Tengku Helena hanya mendengus perlahan dengan perbuatan Tengku Hayl.

"Jadi sekarang Hayl memang dah berpisah kan dengan perempuan tu?" tanya semula. Dia mahu jawapan yang yakin.

"Hayl dah ada dekat sini. Apa yang mama nak Hayl buat sekarang?" soal Tengku Hayl kembali. Nada suaranya juga kedengaran dingin.

Tengku Helena berpaling ke arah lain. Dia sedar Tengku Hayl cuba mengelak daripada menjawab tentang hubungannya dengan Yara.

"Tugas Hayl senang je. Pegang tangan Tok Kadi dan lafazkan ijab kabul dengan Wilia. Dan majlis pernikahan kamu adalah esok. Pagi Jumaat. No excuse" ucap Tengku Helena dengan senyuman sumbing.

"Tak terlalu awal ke mama? Cincin, baju, persiapan majlis semua tu masih tak siap kan?"

"Apa pula tak siap. Mama dengan Wilia dah siapkan semuanya semalam. Tinggal Hayl je untuk sarungkan cincin ke jari manis Wilia"

Satu keluhan terlepas dari mulut Tengku Hayl. Mamanya benar-benar tidak mahu melengahkan masa lagi. Semuanya disiapkan dengan laju kerana tidak mahu dirinya berdalih lagi.

"Baik mama. Hayl akan turutkan" jawabnya lemah.

"Tapi Hayl ada satu soalan untuk mama" sambungnya lagi.

"Apa dia?"

"Firdaus baik-baik sahaja kan? Mama tak cederakan dia kan?" Dia masih risau jika mamaknya tidak menetapi janji mereka.

"Tak habis-habis dengan budak tu. Mama dah hantar dia balik ke perempuan tu. Hayl tak payah nak ambil tahu lagi hal dia orang. Mereka dah takde hubungan dengan Hayl"

"Walau macam mana sekalipun, Firdaus masih darah daging Hayl. Hayl masih perlu beri nafkah pada mereka. Hayl penat. Hayl nak rehat dulu" ucapnya dan berlalu naik ke biliknya.

Tengku Helena mengetap bibirnya kerana berasa geram. Tengku Hayl masih lagi mahu bertemu dengan mereka. Sepatutnya dia membuang Firdaus ke luar negeri. Biar tidak ketemu. Sumpahnya di dalam hati.

🌻

Wilia yang sedang cuba baju nikahnya berasa bahagia. Itulah keinginannya sejak dari dulu. Berkahwin dengan lelaki yang dicintainya.

Segalanya sudah disiapkan oleh Tengku Helena. Rancangannya juga berjaya. Dia tidak sangka Tengku Helena akan termakan dengan ideanya itu. Walau macam mana sekalipun, bukan dirinya yang akan dipersalahkan kelak.

Asalkan dirinya dapat bersama dengan Tengku Hayl. Senang hatinya ketika itu.

Zura yang sedang duduk di belakang Wilia hanya menggelengkan kepala. Dia juga sudah membantu gadis itu tentang majlis tersebut.

"Kau yakin ke dengan semua ni?" Soalnya. Dia sebenarnya tidak bersetuju dengan semua itu.

"Of course yakin. Aku akan kahwin dengan orang yang aku suka. Siapa je yang tak kan happy" balasnya dan mengayakan tiara di atas kepalanya.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang