"Hayl! Hayl!"
Panggil Tengku Hazwan apabila melihat Tengku Hayl tidak membalas soalannya. Dia juga perasan dari riak wajah Tengku Hayl yang asyik termenung.
"Woi Hayl. Ayah kau panggil tu" tegur Fattah dan menepuk bahu Tengku Hayl.
"Huh? Apa dia papa?" Kalut Tengku Hayl apabila tersedar mereka berdua berada di hadapannya.
"Kamu ni kenapa Hayl? Asyik termenung je papa tengok"
"Aah. Kau gaduh dengan Yara ke" duga Fattah. Takde perkara lain kalau Tengku Hayl muram. Pasti ianya berkait dengan Yara.
Keluhan Tengku Hayl membuatkan Tengku Hazwan dan Fattah memandang satu sama lain. Nampaknya betul tekaan Fattah itu.
"Hayl ada buat apa-apa salah ke dengan Yara?"
"Hayl ternaik suara dekat dia semalam. Hayl cuma tak nak dia bantu Hayl naik atas je. Hayl rasa malu kalau Yara bantu Hayl. Seolah-olah Hayl ni lemah" luahnya dan menunduk ke bawah.
"Laa. Apa salahnya si Yara tu tolong kau. Mesti la dia risau kalau kau naik atas seorang diri. Kalau tiba-tiba kau jatuh ke belakang tengah-tengah tangga tu macam mana? Dah jadi masalah lain" balas Fattah.
Tengku Hayl terdiam saat mendengar kata-kata Fattah. Ada betulnya juga di situ. Cuma ego lelakinya tidak mahu kalah.
"Kamu dah minta maaf dengan Yara?" Soal Tengku Hazwan pula.
"Dah papa. Tapi Yara macam tak nak maafkan Hayl. Sekarang pun, Yara pergi rumah ayah dia dengan Firdaus. Macam mana kalau Yara tinggalkan Hayl nanti, papa. Hayl tak boleh terima"
"Wow. Krisis betul ni. Jauh kau fikir" celah Fattah. Dia tidak sangka Tengku Hayl boleh terfikir semua itu.
"Papa tak rasa Yara akan tinggalkan kamu. Dia dah jagakan kamu dekat hospital waktu kamu koma. Dalam masa yang sama dia terpaksa jaga Firdaus juga. Papa tak pernah tengok dia mengeluh buat semua benda tu. Jadi Hayl kenalah hargai pertolongan Yara tu. Susah nak dapat perempuan yang betul-betul ikhlas dengan kita ni"
"Mungkin Yara juga macam Hayl. Risau sesuatu yang buruk akan berlaku pada Hayl. Kamu perlu berbincang dengan Yara. Luahkan apa yang kamu rasa. Papa tak rasa yang Yara tak boleh terima semua itu. Itu bukan sikap Yara. Talk to each others. Settlekan masalah ni baik-baik. Kalau kamu menolak pertolongan Yara, nanti Yara akan berasa tak berguna ada dekat dengan kamu" ucap Tengku Hazwan panjang lebar.
"Betul cakap Tengku. Kalau kau tak settlekan cepat, nanti sampai Firdaus besar, Yara tak layan kau. Bahaya bahaya" tambah Fattah. Dia sengaja mahu menyakitkan hati Tengku Hayl.
"Ish kau ni kan. Lama-lama nanti ada lebam mata tu kang" Geram hatinya apabila mendengar ayat Fattah.
"Hayl pun jangan la ego sangat. Tanpa Yara kamu tak selamat dari pembedahan tu" ucap Tengku Hazwan tiba-tiba.
"Huh? Apa maksud papa?" Tengku Hayl mula berasa pelik dengan ayat Tengku Hazwan.
Fattah juga memandang ke arah Tengku Hazwan. Dia juga tidak tahu yang Yara mendermakan darah untuk Tengku Hayl.
"Sebenarnya Hayl. Kamu kehilangan banyak darah waktu kemalangan dulu. Jadi doktor memerlukan darah yang cukup untuk bantu kamu. Dan darah Yara sahaja yang sesuai dengan kamu. Berkat dia lah kamu selamat. Kalau Yara tak nak bagi darah dia ke kamu. Mungkin kamu tak akan selamat" jelas Tengku Hazwan.
Tengku Hayl lantas terkedu. Dia tidak menyangka dirinya selamat kerana berkat pertolongan Yara juga. Berganda perasaan bersalah dalam dirinya ketika itu. Dia tidak sangka terlalu banyak Yara berkorban untuknya.
KAMU SEDANG MEMBACA
TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]
RomanceDisebabkan pilihannya sendiri, dirinya dibuang oleh keluarganya. Kehidupannya lantas berubah sekelip mata. Hidup yang susah dan memenatkan menjadi sebuah perkara yang normal baginya. Baginya itulah hadiahnya kerana telah mengingkari perintah bapany...