BAB 12 🌻

11.2K 447 3
                                    

Yara memeluk tubuhnya kerana berasa sejuk. Dia juga mengigil kerana menahan sakit di bahagian dadanya. Selimut yang menutupi tubuhnya saat itu juga masih tidak mampu untuk menghilangkan rasa getarnya. Dia hanya berdoa supaya Tengku Hayl memandu dengan cepat ke rumah Puan Laila.

Tengku Hayl yang sedang memandu di sebelah juga berasa tidak tenang apabila melihat keadaan Yara. Seteruk itu sakit yang dihadapi oleh Yara ketika itu. Dia tidak tahu untuk berbuat apa saat itu. Memujuk juga tiada guna.

Dia tidak menyangka bahawa pertemuannya dengan Yara akan menjadi seperti itu. Itu bukan hajatnya pada awal. Dia mahukan perbincangan dan penjelasan kepada Yara tentang kehidupan mereka setahun yang lalu.

"Hayl, awak masuk jalan ini" tegur Yara apabila melihat Tengku Hayl termenung.

Tengku Hayl segera mengangguk dan memberi signal ke sebelah kiri. Jalan yang mereka lalui juga agak berlainan dengan jalan ke rumah Yara.

Yara lantas memberitahu Tengku Hayl supaya berhenti di sebuah rumah. Tengku Hayl hanya menuruti sahaja kehendak Yara. Dia juga mahu melihat bagaimana rupa paras Firdaus. Mungkin itu anaknya dengan Yara juga.

Tengku Hayl lantas keluar daripada kereta dan bergerak ke arah pintu Yara. Dia lantas membantu Yara berdiri.

Yara mula berasa tidak selesa dengan layanan itu. Dia tidak tahu apa motif sebenar Tengku Hayl saat itu. Perasaannya pada Tengku Hayl sudah semakin nipis. Sukar baginya untuk menerima Tengku Hayl semula.

Dari luar rumah, Yara berasa sebak apabila mendengar suara tangisan Firdaus. Tangisan yang cukup dirindukan olehnya.

Tengku Hayl yang mendengar suara itu juga terasa berbeza. Dia sedikit kecewa kerana mengetahui bahawa Yara sudah mempunyai seorang anak.

Yara lantas memberi salam. Pintu pagar yang dikunci menyekat dirinya untuk masuk ke dalam. Berkali-kali dia memberi salam supaya Nasrullah dan Puan Laila keluar.

Beberapa saat kemudian, muncul Nasrullah. Terbuntang mata Nasrullah apabila melihat Yara di luar rumahnya. Dia dengan segera membuka pintu pagar itu.

"Yara. Mana awak pergi? Seharian saya cari awak" ucapnya dengan laju.

Dia juga terkejut apabila melihat Yara yang menyelimutkan dirinya. Dari air muka Yara juga dia dapat mengesan bahawa Yara sedang menahan sakit.

"Maaf Nas. Nanti saya jelaskan. Saya nak jumpa dengan Firdaus"

"Baik Yara. Firdaus tidak henti menangis sejak dari petang lagi. Dia sedang tunggu awak"

Yara yang mendengar bicara Nasrullah segera masuk ke dalam rumah. Dia mahu berjumpa dengan anaknya itu.

Puan Laila yang terkejut melihat Yara lantas berdiri. Dia bersyukur yang teramat sangat saat itu apabila Yara kembali semula.

"Yara"

"Maafkan Yara sebab susahkan Ibu"

"Tak apa Yara. Firdaus masih sedih sebab kamu datang lambat"

Yara lantas mengambil Firdaus daripada Puan Laila. Dia berasa sedih apabila melihat wajah Firdaus yang sudah sembab kerana tidak berhenti menangis.

"Mama minta maaf ya sayang. Mama salah. Mama minta maaf sangat-sangat" ucapnya sambil mencium lembut ubun-ubun Firdaus.

"Yara. Firdaus masih tak makan. Ibu tak berani nak beri susu tin pada dia" jelas Puan Laila.

"Tak apa Ibu. Boleh Yara tumpang bilik sekejap?"

"Boleh. Boleh. Mari kita masuk ke bilik"

Yara lantas mengikuti langkah Puan Laila ke bilik. Dia mahu menyusukan Firdaus.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang