Tengku Hayl berjalan menuruni tangga dengan laju. Dia sudah lambat untuk temu janji dengan seseorang.
Dia berasa muak kerana perlu berpura-pura dihadapan Encik Kamal sebentar tadi. Baginya majlis pertunangan bersama Wilia adalah suatu perkara yang paling tidak logik.
Dia masih suami orang. Isterinya masih bernyawa. Tidak mungkin dia akan bernikah dengan orang lain.
"Lambat sampai Hayl?" Soal Fattah dengan wajah tegang.
"Maaf bro. Ada hal tadi"
"Tak pe lah. Apa benda kau nak aku buat sekarang?"
"Ni. Cari dekat mana ayah aku sekarang" sebuah file diletakkan di hadapan Tengku Hayl.
Fattah menilik beberapa keping gambar di dalam file itu. Semuanya berkaitan dengan Tengku Hazwan iaitu bapa kepada Tengku Hayl.
"Ni semua siapa yang ambil?"
"Aku punya penyiasat dulu. Tapi sekarang dia pun hilang. Aku syak kehilangan ayah aku sekarang ni berkait dengan kehilangan dia" jelas Tengku Hayl.
"Faham. Kes berat ni. Kenapa kau tak bawa ke polis?"
"Bahaya. Sebilangan polis adalah orang rapat mama aku. Aku syak kehilangan ayah aku ni juga berkait dengan mama aku sendiri"
"Tengku Helena.? Aku akan cuba selidik benda ni. Nampaknya nyawa aku pun macam terancam sekarang" ucap Fattah sambil melirikkan matanya ke arah seorang lelaki yang duduk di hujung kedai itu.
Tengku Hayl yang perasan dengan lirikan mata Fattah juga menjeling ke arah lelaki itu. Nampaknya ada yang lebih laju dalam membuat kerja. Dia harus lebih berhati-hati selepas ini.
"Apa-apa hal. Aku inform kau. Aku gerak dulu"
Tengku Hayl hanya mengangguk dan memandang Fattah yang bergerak keluar daripada kedai.
Dia perlu mencari ayahnya dengan segera. Kehilangan ayahnya setahun yang lalu menyebabkan dirinya terpisah dengan isterinya sendiri. Dia tahu itu adalah umpan oleh mamanya untuk memaksanya kembali.
Dia memerlukan ayahnya untuk membetulkan semuanya semula. Hanya ayahnya sahaja yang boleh mengawal keluarganya saat itu. Mamanya juga sudah semakin berkuasa dalam mengarah mereka semua.
🌻
Yara memaksa dirinya untuk tersenyum sewaktu berada di rumah Puan Laila. Firdaus yang baru sahaja bangun daripada tidur tersenyum-senyum melihat mamanya di sebelah.
Yara memegang lembut jari-jemari yang halus dan kecil itu. Lembut dan mampu menghilangkan kegusaran di hatinya saat itu. Rasa sebak mula menerpa dirinya. Mampu kah dia memberi kebahagiaan kepada Firdaus sebagai ibu tunggal.
"Yara dah sampai?" Tegur Puan Laila.
"Ya ibu. Maaf sebab lambat"
"Tak apa Yara. Ibu pun seronok main dengan Firdaus ni"
Yara tersenyum apabila melihat reaksi Puan Laila yang lembut dan ceria. Di tahu Puan Laila ikhlas dalam menjaga Firdaus tetapi hatinya berasa bersalah kerana terlalu bergantung kepada Puan Laila.
"Yara. Kenapa muka Yara macam pucat?" Soalnya apabila melihat wajah lesu Yara.
"Oh. Yara pening kepala sikit. Ibu jangan risau. Tak teruk pun"
"Yeke. Kejap ya. Ibu ambil panadol dekat ibu"
Yara tidak sempat menghalang Puan Laila. Puan Laila sudah bergerak ke dapur.
KAMU SEDANG MEMBACA
TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]
RomanceDisebabkan pilihannya sendiri, dirinya dibuang oleh keluarganya. Kehidupannya lantas berubah sekelip mata. Hidup yang susah dan memenatkan menjadi sebuah perkara yang normal baginya. Baginya itulah hadiahnya kerana telah mengingkari perintah bapany...