BAB 23 🌻

7.7K 361 4
                                    

"Uwarghhh. Uhm. Ma. Ma"

Yara sudah gelisah apabila tangisan Firdaus tidak henti. Sejak dari pagi lagi, Firdaus asyik menangis kerana sakit perut. Minyak yang disapu di perut Firdaus juga seperti tidak berkesan.

"Syhh. Sabar ya sayang. Mama ada dengan sayang ni" pujuknya sambil membawa Firdaus berjalan di dalam rumah.

Hatinya resah saat itu. Ditambah pula Tengku Hayl yang sudah bergerak ke tempat kerjanya. Telefonnya juga sudah rosak. Bagaimana dia mahu memberi tahu Tengku Hayl tentang situasi itu.

Yara yang terbau sesuatu lantas memeriksa pampers Firdaus. Dia agak terkejut kerana terdapat darah di punggung Firdaus.

"Ya Allah"

Itu pertama kali Firdaus jadi seperti itu. Yara lantas memakai tudung dan mengambil dompetnya. Dia mahu ke hospital.

Dia risau jika berlaku sesuatu yang lebih buruk kepada Firdaus nanti. Tengku Hayl juga selalu pulang selepas maghrib. Tiada masa dia nak menunggu Tengku Hayl ketika itu.

Sewaktu Yara membuka pintu pagar itu, badannya tersentak apabila melihat dua orang lelaki di situ. Berdebar jantungnya apabila melihat mereka. Tubuh Firdaus lantas dipeluknya dengan erat.

"Puan nak pergi mana?" Soal Amir. Dia juga terkejut apabila melihat Yara keluar.

"Kamu berdua ni siapa? Jangan apa-apa kan saya" balas Yara dengan gelabah.

"Puan jangan risau. Kita orang berdua ditugaskan oleh Tengku Hayl untuk jaga Puan dengan anak puan" jelas Amir.

Dia juga pelik memandang wajah Yara yang seperti gelisah. Ada apa-apa yang sudah berlaku pada mereka ke.

"Boleh hantarkan saya ke hospital? Anak saya sakit" rayunya dengan mata yang berair. Dia masih mampu mendengar suara tangisan Firdaus walaupun perlahan.

"Okay. Okay. Saya akan hantarkan"

Amir lantas membuka pintu belakang keretanya. Selepas Yara masuk ke dalam, mereka lantas bergerak ke hospital.

"Fendi. Call Tuan dan maklumkan benda ni. Saya akan teman Puan dekat dalam" arah Amir.

Fendi lantas mengangguk dan menghubungi Tengku Hayl. Manakala Amir bergerak masuk ke dalam hospital bersama Yara.

Dia harus memantau keselamatan Yara ketika itu. Matanya juga melilau di kawasan hospital itu. Risau jika ada mata-mata yang memerhati dari jauh.

🌻

Wilia duduk di hadapan Tengku Hayl dengan wajah masam. Mujurlah pada hari itu Tengku Hayl berada di pejabat. Tidak susah-susah dia mencari Tengku Hayl atau menunggunya.

"Hayl. Kenapa you minta cuti last week? Call I pun you tak angkat" luahnya dengan nada kesal.

"Aku ada hal. Kau tak perlu masuk campur" balas Tengku Hayl. Dingin.

"Sikit-sikit ada hal. I ni bakal isteri you tau Hayl. Apa salahnya luangkan masa sikit dengan I" Wilia sengaja mahu memprovok Tengku Hayl.

"Sejak bila kita bercinta?"

"Sejak setahun yang lalu. You dah cakap dengan mama you yang you akan kahwin dengan I. So you kena tunaikan la janji you" ungkitnya.

"Aku dah cakap dekat mama yang aku tak nak kahwin dengan kau. Mustahil Dato' Yusri tak cakap dekat kau"

"Yes. Papa ada bagi tahu I. You ingat I nak terima? I dah cakap dengan semua kawan I yang you akan jadi suami I. Please Hayl. Kita teruskan majlis ni"

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang