BAB 42 🌻

8.4K 349 3
                                    

"Jadi siapa ibu kandung Hayl yang sebenarnya?"

Persoalan yang cukup terasa asing baginya. Selama ini dia menganggap Tengku Helena sebagai ibunya. Tetapi takdir sebenar tidak seperti itu.

"Nama ibu kamu yang sebenarnya adalah Sharifah Aliya. Dia adalah isteri pertama Papa dan juga perempuan yang sudah melahirkan kamu. Tapi, ibu kamu dah meninggal dunia sewaktu melahirkan kamu. Disebabkan itu, atuk kamu minta papa kahwin dengan mama kamu sekarang untuk jagakan kamu. Tapi sayangnya, Tengku Helena tidak mahu menjaga kamu dan hanya menggunakan kamu sahaja untuk kepentingan dirinya"

"Papa terpaksa gunakan pembantu yang lain untuk jaga makan pakai kamu. Bila kamu dah bersekolah, Tengku Helena cuba untuk ambil kamu semula dan mengawal hidup kamu. Papa minta maaf sebab Papa kurang luangkan masa dengan kamu dahulu" jelas Tengku Hazwan dengan nada bersalah.

"Kenapa mama nak gunakan Hayl? Apa yang mama akan dapat kalau gunakan Hayl?" Nada suaranya dikawal sehabis mungkin.

"Harta syarikat. Dia tahu hanya Hayl sahaja yang akan dapat syarikat Papa nanti. Disebabkan itu, dia cuba untuk pujuk Hayl supaya sentiasa dengar cakap dia. Dia akan cuba sehabis mungkin untuk dapatkan juga harta syarikat itu walaupun sedikit"

Tengku Hayl termenung buat seketika. Memori dirinya ketika kecil berputar kembali.

Sejak dia kecil, mamanya hanya akan mendesaknya supaya taat dengan segala perintah. Apabila dia ingkar, mamanya akan mengugut untuk membuangnya dari rumah dan menganggap dirinya sebagai anak yang derhaka.

Dia tidak sangka wanita yang dianggap sebagai ibu kandungnya itu, bukanlah ibunya yang sebenar. Sejak kecil juga, dia sering berfikir atas sebab apa ibunya suka mendesak atau memaksanya seolah-olah dia hanya orang suruhan. Rupanya, ada rahsia yang tersembunyi.

"Sekarang mama ada dekat mana?"

"Dia dah dimasukkan ke dalam penjara"

Tengku Hayl termangu seketika. Yara memegang erat tangan Tengku Hayl supaya memberi sedikit kekuatan. Jelas di wajah Tengku Hayl yang dia sedang terkejut.

"Atas alasan apa?"

"Tengku Helena dah gelapkan duit syarikat Papa dan dia dah jalankan sindiket haram di Thailand. Dia juga nak besarkan aktiviti itu lagi dengan satu projek bersama Dato' Yusri. Tapi dengan syarat, kamu menjadi menantu kepada Dato' Yusri"

Satu keluhan lahir dari mulut Tengku Hayl. Dia tidak sangka segalanya sudah dirancang kemas oleh Tengku Helena. Barulah dia faham, kenapa Tengku Helena benar-benar mahukan dirinya untuk berkahwin dengan Wilia. Semuanya demi kepentingan diri Tengku Helena sendiri.

"It's okay Hayl. Segalanya sudah baik-baik sahaja" ucap Yara perlahan.

Dia perasan wajah Tengku Hayl yang sudah pucat. Sukar untuk menerima segala yang dah berlaku.

"Jadi sekarang, Yusri berkait dengan aktiviti Helena juga ke?" Soal Dato' Ismail. Lama dia memikir sebentar tadi.

"Tiada dokumen yang menunjukkan mereka berdua bekerjasama. Mungkin Yusri mahu selesaikan perkahwinan Hayl dulu"

Dato' Ismail mengangguk faham. Teruk jika Dato' Yusri berkait dengan masalah itu. Tambah-tambah gelaran mereka akan ditarik. Ditambah pula dirinya juga yang mempunyai kaitan keluarga dengan mereka.

"Maafkan Papa, Hayl. Papa rasa semuanya salah Papa sebab tak jelaskan dengan lebih awal"

"Hayl tak tahu nak respond apa Papa. Hayl nak rehat kejap" pintanya dan memejamkan mata.

Yara hanya menggelengkan kepala ke arah Tengku Hazwan. Tengku Hazwan hanya mengeluh perlahan dan berlalu keluar bersama Dato' Ismail. Dia tahu ianya salah dirinya kerana terlambat.

Yara membetulkan selimut Tengku Hayl dan mendukung Firdaus yang sudah lena ke arah sofa. Dia membaringkan Firdaus di situ buat sementera.

Lama dia merenung Tengku Hayl yang berpura-pura tidur. Perasaannya juga berasa sedih atas apa yang menimpa diri Tengku Hayl. Lelaki yang selalu berpura-pura kuat di hadapannya.

Dia tidak dapat membayangkan bagaimana nasib Tengku Hayl sejak dari dulu. Ditambah pula, Tengku Hayl yang pernah dikurung oleh Tengku Helena selama beberapa bulan selepas berkahwin dengannya.

"Hayl. I'm here" bisik Yara di telinga Tengku Hayl.

Yara dapat melihat air mata Tengku Hayl yang mengalir keluar walaupun mata Tengku Hayl terpejam. Sebak hatinya melihat keadaan Tengku Hayl.

Yara hanya merebahkan kepalanya ke dada Tengku Hayl dan memeluknya. Dia dapat merasakan kesedihan Tengku Hayl ketika itu.

🌻

Keadaan tubuh Tengku Hayl juga semakin membaik. Apa yang membuatkan Yara bertambah risau adalah keadaan mental Tengku Hayl ketika itu.

Tengku Hayl seolah-olah tidak dapat menerima semua yang berlaku. Dia masih sukar untuk menerima kenyataan tentang Tengku Helena. Jiwanya tidak tenang apabila mengingatkan segala perbuatan Tengku Helena.

"Hayl. Nak epal?" Soal Yara sambil merenung ke arah Tengku Hayl.

Tengku Hayl hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum tipis. Dia masih tidak berselera untuk makan.

Firdaus yang sedang bermain di atas katilnya juga dipandang sepi. Seolah-olah tidak ceria baginya.

Yara meletakkan epal di atas pinggan dan duduk di sebelah Tengku Hayl. Dia harus mengembalikan semula semangat Tengku Hayl. Dia risau jika perkara itu menjejaskan kesihatan Tengku Hayl.

Pipi Tengku Hayl dipegang lembut dan Yara menggerakkan kepala Tengku Hayl untuk mengadapnya.

"Pandang saya, Hayl" anak mata Tengku Hayl dicari oleh Yara.

Lama mereka berdua bertentang mata. Dan akhirnya air mata Tengku Hayl mengalir juga. Dia kalah dengan pandangan Yara kepadanya saat itu. Dia berasa cukup sedih dengan semua yang berlaku.

"Lepaskan semuanya. Saya ada dengan awak. Saya akan sentiasa comfort awak. Ingat tak, awak pernah cakap, anggap diri awak sebagai keluarga saya. Dan yes. Saya sedang memujuk hati seorang lelaki yang halal buat saya iaitu suami saya supaya sentiasa kuat. Jangan pendam seorang diri, Hayl" pujuknya dengan lembut.

Bertambah deras air mata Tengku Hayl yang mengalir keluar. Dia tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan perasaannya saat itu. Dia berasa sedih dan kadang terasa kosong. Seolah-olah dunia terbelah dua bagi dirinya.

Firdaus yang melihat Tengku Hayl menangis segera melepaskan mainannya dan duduk di hadapan Tengku Hayl. Yara tersenyum melihat reaksi Firdaus. Sentiasa peka dengan situasi yang berlaku.

"No. No. Papa. No ngis" rengeknya sambil mengelap air mata di pipi Tengku Hayl.

Firdaus juga berasa risau apabila melihat Tengku Hayl yang menghamburkan tangisannya. Yara menepuk lembut bahu Tengku Hayl supaya lebih kuat dan bersemangat.

"Jangan risau Hayl. Saya dan Firdaus adalah keluarga awak sekarang. Kita cuba untuk capai kebahagiaan yang kita impikan sama-sama ya"

"Terima kasih Yara sebab sudi terima saya semula. Saya minta maaf sebab pernah tinggalkan awak dahulu. Papa minta maaf ya Firdaus sebab buat Firdaus risau"

Dahi Firdaus dikucup lama. Barulah muncul senyuman di bibir Firdaus ketika itu.

"Kita fokus pada masa depan, Hayl. Masa lalu kita adalah pengajaran buat diri kita sendiri. Kita perbaiki sama-sama dan cuba untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat Firdaus" ucapnya dengan sebuah senyuman ikhlas.

"Terima kasih Yara. Terima kasih untuk semuanya"

Tengku Hayl lantas menarik Yara dan Firdaus ke dalam pelukannya. Itulah hartanya dunia akhirat. Itulah amanah yang diberi oleh Allah untuk dijaga oleh dirinya buat selamanya.

Dia berharap perjalan kisah hidup mereka selepas ini seindah di taman syurga. Secerah langit di waktu siang dan secantik bintang di waktu malam.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang