BAB 3 🌻

10.5K 506 13
                                    

Yara meletakkan Firdaus di atas katil. Badannya terasa sengal kerana terlalu lama mendukung Firdaus.

Dia hanya sempat membeli dua helai baju sahaja untuk Firdaus. Dia tidak menyangka Firdaus akan terjaga di dalam kedai itu. Disebabkan itu, dia bergegas membayar baju itu dan beredar dengan segera.

Dia tidak suka dengan pandangan orang ke arahnya saat Firdaus menangis. Seolah-olah itu salahnya kerana membawa bayi kecil ke kedai itu.

Hatinya berasa terpujuk apabila melihat Firdaus yang sudah lena. Pipi gebu Firdaus dikucup lembut. Walau macam mana sekalipun dirinya penat dalam menjaga Firdaus, itulah satu-satunya hartanya.

Dia tidak sanggup berpisah dengan Firdaus. Biarlah orang mahu menuduhkan melahirkan anak luar nikah walaupun itu tidak benar. Dia hanya mahu hidup yang bahagia bersama anaknya itu.

Yara menyusun pakaian Firdaus yang baru sahaja dibelinya ke dalam rak baju. Dia juga tidak menyangka anaknya itu sudah semakin membesar.

Semuanya berlalu dengan pantas. Tetapi sehinggi kini, hatinya masih belum dapat menerima sebab bekas suaminya meninggalkan dirinya dahulu. Adakah dirinya tidak bernilai di mata lelaki itu? Di mana silapnya?

🌻

3 orang lelaki yang berdiri di hadapan meja Tengku Hayl hanya menunduk ke arah bawah. Mereka bertiga berasa takut untuk memandang Tengku Hayl saat itu.

"Amir. Dah jumpa belum?" Soalnya dengan nada dingin.

Amir yang berdiri di tengah lantas mengangkat wajahnya. Dia hanya menelan air liur apabila melihat jelingan Tengku Hayl ke arahnya.

"Masih belum Tuan" jawabnya perlahan.

"Aku ternampak dia dekat mall harini. Jadi cari dia dengan area Kampung Ibunda. Kalau kau orang bertiga masih tak jumpa dia, jangan ingat hidup kau orang akan senang" Tengku Hayl mendengus kasar. Kerja seperti itu pun lambat diselesaikan oleh mereka.

"Baik Tuan" jawab mereka bertiga.

"Keluar. Aku tak nak tengok muka kau orang"

Mereka lantas beredar dari bilik Tengku Hayl. Siapa je nak berlama-lama dengan Tengku Hayl. Seorang yang panas baran.

Ketukan di pintu membuatkan hati Tengku Hayl membara semula. Dia sudah maklumkan kepada setiausahanya untuk menghalang sesiapa sahaja daripada masuk ke biliknya.

Belum sempat dia menghalang, muncul Wilia dengan wajah ceria. Cara berjalan Wilia yang sedikit menggoda mendapat jelingan tajam daripada Tengku Hayl.

"Kau nak apa?" Soal Tengku Hayl dengan dingin.

"I bosan la Hayl. Jom teman I pergi shopping" ucap Wilia dan melingkarkan tangannya ke atas bahu Tengku Hayl.

"Aku sibuk sekarang. Kau pergi seorang"

"Ala Hayl. Luangkan lah masa sikit dengan I. Kita dah nak tunang kan" rengek Wilia.

"Sebelum aku maki kau, better kau keluar sekarang"

Wilia yang melihat jelingan mata Tengku Hayl lantas melepaskan tangannya daripada bahu Tengku Hayl. Dia juga berdebar apabila melihat wajah ketat itu.

"Ish. You ni. Tak romantik langsung. Dah la, I malas layan you" ucapnya dengan nada marah.

Wilia sempat memandang ke arah Tengku Hayl sebelum pergi. Dia berharap Tengku Hayl akan memujuknya tetapi tidak. Tengku Hayl masih fokus dengan file di hadapannya.

Wilia hanya menyumpah di dalam hati. Dia sudah berangan untuk berjalan bersama-sama dengan Tengku Hayl di mall pada hari itu.

Sakit hatinya apabila dilayan seperti itu oleh Tengku Hayl. Sejak mereka berkenalan, Tengku Hayl tidak pernah melayannya dengan lembut. Semuanya dingin.

Wilia masih bertahan walaupun Tengku Hayl melayannya seperti itu. Dia sudah jatuh cinta kepada lelaki itu sejak pertemuan kali pertama mereka di Amerika Syarikat setahun yang lalu.

Dia juga sudah berjanji pada dirinya untuk memiliki Tengku Hayl. Baginya hanya Tengku Hayl yang layak untuk menjadi suaminya. Dia tidak kisah jika sikap Tengku Hayl sentiasa dingin kepadanya, asalkan Tengku Hayl menjadi tunangnya kelak.

🌻

Yara berdiri di hujung tangga itu sambil memegang kepalanya. Dia berasa pelik kerana sejak daripada pagi lagi, kepalanya sudah berat.

Badannya juga agak letih kerana asyik berjaga dalam menjaga Firdaus. Penat. Itulah yang sering dirasakan olehnya.

Yara memilih untuk kembali ke arah stor kerana rasa berdenyut yang semakin kuat. Saat dia berjalan keluar daripada pintu bahagian tangga itu, tubuhnya terlanggar sedikit bahu seseorang.

"Maafkan saya" ucapnya sambil menunduk.

"Ish" balas lelaki itu dan terus masuk ke dalam lif.

Yara malas hendak memikirkan tentang perkara itu dan dia lantas berjalan ke arah stor. Dia perlu merehatkan kepalanya buat seketika.

Tengku Hayl menepuk bahunya yang terlanggar seorang wanita di bawah tadi. Ikutkan hati dia mahu memarahi wanita itu kerana terlanggar bahunya, tetapi dia juga sudah lewat untuk berjumpa dengan seseorang.

🌻

"Yara okay?" Soal Aunty Asma apabila tiba di stor itu.

"Yara okay Aunty. Nak rehat kejap" jawabnya perlahan.

"Pucat sangat ni muka awak. Awak rehat je la harini. Biar aunty ambil tugas awak"

"Tak pe aunty. Kepala Yara lega sikit ni" ucap Yara dan berdiri.

"Betul ke. Banyak lagi ke tempat yang Yara kena bersihkan?"

"Ada satu tempat je la lagi Aunty. Dekat tingkat 6"

"Ouh. Elok-elok ya. Kalau kamu betul-betul penat. Call aunty tau. Aunty ada je dekat stor ni"

"Baik Aunty"

Yara memegang penyodok dan penyapu lalu keluar dari bilik stor. Dia mahu menyiapkan kerjanya dengan segera. Dapatlah dia merehatkan badan di rumah nanti.

Selesai menyapu di area itu, telinga terdengar satu suara daripada salah satu bilik di tingkat itu.

Suara orang yang sedang rancak berbual menarik perhatiannya. Dia merasakan seperti pernah mendengar suara itu. Lama dia berdiri di situ.

"Baguslah Hayl. Uncle harap kamu dengan Wilia akan bahagia. Nanti dah ada tarikh, bagi tahu Uncle ya"

Satu suara yang menghampiri pintu bilik itu mengejutkan Yara. Dia segera membuka langkah dan masuk ke dalam bilik stor yang agak kecil di aras itu.

Jantungnya berdegup laju apabila mendengar nama Hayl disebut. Adakah orang yang sama? Dia berasa tertanya-tanya dengan pemilik nama itu.

"Terima kasih Uncle. Insya Allah, kalau dah ada tarikh. Saya bagi tahu Uncle" ucap Tengku Hayl.

"Tahniah ya"

Selepas bersalaman dengan lelaki itu, Tengku Hayl lantas beredar pergi dari aras itu.

Yara yang berada di dalam bilik stor itu terkedu. Suara itulah yang dirinduinya selama setahun. Dan pertama kali dia mendengar suara itu adalah berkaitan dengan perkahwinan Tengku Hayl.

"Awak dah bahagia" ucapnya perlahan dengan aliran air mata di pipi.

Yara menangis semahu-mahunya di situ. Hatinya terluka dengan khabar itu. Dia mengharapkan lelaki itu kembali kepadanya tetapi lelaki itu sudah bahagia.

Adakah semua yang berlaku sebelum ini hanya mimpi padanya?

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang