BAB 1 🌻

13.5K 573 17
                                    

Yara terduduk di atas tanah sambil mengendong anaknya. Air matanya juga tidak henti-henti mengalir sejak berada di situ. Guruh yang berbunyi kuat juga merisaukan Yara. Jelas kelihatan hujan akan turun sebentar lagi.

"Aku tak de anak macam kau. Kau abaikan aku saat kau nak kan lelaki tu kan. Sekarang mana dia pergi. Berambus dari rumah aku sekarang juga" Tengking Dato' Ismail. Dadanya juga turun naik kerana menahan marah.

"Papa. Please. Maafkan Yara. Yara dengan dia dah cerai"

Yara sudah bersujud di kaki Dato' Ismail. Itu sahaja cara dia dapat memujuk ayahnya.

"Dah dibuang baru kau reti nak balik rumah. Aku tak terima. Jangan kau jejak dekat rumah aku lagi!"

"Papa. Papa. Please, kasihankan anak Yara" ucapnya dengan air mata yang tidak henti mengalir.

"Itu pilihan kau. Pandai-pandai la kau hidup. Keluar. Guard. Heret di keluar dari sini" arah Dato' Ismail. Dua orang guard lelaki segera menarik Yara keluar dari perkarangan rumah itu.

"Papa!! Papa!!" Jerit Yara sekuat hati. Pintu pagar rumah itu juga telah ditutup oleh guard tersebut.

"Uwekks. Uwekss"

"Syhhh. Mama minta maaf sayang. Mama tak marahkan Firdaus" pujuknya sambil menepuk perlahan buntut Firdaus.

Yara memandang rumahnya buat kali terakhir. Dia tidak akan diterima di situ lagi. Semuanya dah berakhir. Papanya juga sudah menghalaunya keluar.

🌻

Nasrullah memandu kereta dengan berhati-hati kerana hujan yang semakin lebat. Jarak penglihatannya juga semakin terjejas.

Dia membuat keputusan untuk bergerak ke bahagian bahu jalan. Kepalanya juga berasa pening kerana memakai cermin mata terlalu lama.

Nasrullah mengurut dahinya dahulu. Dia memberhentikan keretanya di tepi bus stop. Sedang dia merehatkan mindanya, matanya tertancap ke arah sebuah kelibat yang sedang duduk di bus stop tersebut.

Nasrullah berasa kasihan kerana orang tersebut terkena tempias air daripada kereta yang lalu. Disebabkan hatinya yang mudah kasihan, Nasrullah memilih untuk turun daripada kereta.

Dia terkejut apabila melihat seorang wanita bersama seorang bayi berada di bus stop tersebut.

"Awak tak apa-apa?" Soalnya dengan nada risau.

"Err. Saya baik-baik sahaja" balas Yara.

Dia risau kerana lelaki itu muncul secara tiba-tiba. Bagaimana jika lelaki itu mempunyai niat jahat kepadanya.

"Jangan risau. Saya bukan orang jahat, saya cikgu dekat sekolah berhampiran. Kalau awak tak keberatan, saya boleh hantarkan awak balik. Kasihan anak awak kesejukan"

"Jangan risaukan saya. Saya baik-baik sahaja"

Yara memeluk erat Firdaus ke dadanya. Dia berasa takut.

"Kejap"

Nasrullah mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon seseorang. Tidak lama itu, dia membuka speaker telefon tersebut. Yara memandang pelik dengan tindakan Nasrullah.

"Assalamualaikum Ibu, boleh ke kalau Nasrul tumpangkan seseorang ke rumah kita? Nasrul kasihan tengok dia kesejukan dengan anak dia"

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang