BAB 8 🌻

9.8K 426 3
                                    

Puan Laila memandang pelik ke arah Yara yang asyik termenung. Firdaus yang sedang meniti di kerusi rumahnya juga tidak dipandang oleh Yara. Nampak jelas di wajah Yara bahawa dirinya sedang tertekan.

"Yara okay?" Tegurnya dan duduk bersimpuh di sebelah Yara.

Yara yang melihat Puan Laila duduk di sebelahnya hanya melemparkan senyuman tipis. Dia tidak tahu perlukah dia memberitahu Puan Laila tentang dirinya yang sudah dibuang kerja. Dia tidak mahu menyusahkan keluarga Puan Laila lagi.

"Yara okay Ibu" jawabnya dengan senyuman terpaksa.

"Kalau Yara ada masalah. Cerita je dekat Ibu. Ibu kan dah anggap Yara macam anak Ibu. Tiada apa yang perlu dimalukan dengan Ibu"

"Terima kasih Ibu. Yara cuma penat je dua tiga hari ni" dalihnya.

"Kalau itu yang Yara cakap, ibu percayakan sahaja. Tapi ingat Yara. Ada masalah cerita. Jangan dipendam. Tak elok" pesan Puan Laila lagi.

"Baik Ibu"

Yara berasa sedikit lega apabila masih ada yang sudi membantu dirinya. Jika Puan Laila tiada di situ. Sudah pasti dirinya akan bersendirian dengan Firdaus. Entah di mana mereka berdua akan tinggal.

"Eh Yara. Tengok Firdaus" ucap Puan Laila dengan nada terkejut.

Yara lantas melihat Firdaus yang mula meniti ke arahnya tanpa memegang apa-apa.

"Ya Allah. Firdaus dah boleh berjalan" sambung Puan Laila dengan nada gembira.

Yara terdiam saat Firdaus memeluknya. Tanpa dia sedar, air matanya mengalir perlahan di pipi. Satu perasaan sebak mula muncul di hatinya.

Puan Laila hanya tersenyum di sebelah. Dia tahu isi hati Yara yang terharu dengan perkembangan Firdaus. Seorang ibu pasti akan gembira jika anak mereka berjaya melakukan sesuatu yang baru.

Yara memeluk Firdaus dengan penuh kasih sayang. Air matanya juga tidak berhenti mengalir. Bagaimana dia mahu membahagiakan Firdaus selepas ini. Itulah yang sering difikirkannya.

"Aaaa. Maa" ucap Firdaus dan memandang mata Yara.

"Anak mama dah nak bercakap ya"

Yara tersenyum melihat Firdaus yang merenungnya lama.

Air mata dikesat lembut dan dia memaksa dirinya untuk tersenyum. Walau bagaimanapun hidupnya saat itu, Firdauslah penawarnya. Dia tetap perlu membahagiakan Firdaus. Hanya mereka berdua sahaja saat itu.

🌻

Yara masih berada di rumah Puan Laila pada petang itu. Disebabkan hujan lebat, Puan Laila memintanya untuk tunggu dahulu.

Yara hanya ikutkan sahaja. Dia juga bosan jika duduk bersama dengan Firdaus sahaja di rumah. Ditambah pula dengan guruh dan kilat yang sambung-menyambung. Bertambah takut dirinya.

"Ibu rasa Nas baru balik tu" ucap Puan Laila dan berdiri menuju ke arah pintu.

Yara hanya memandang sahaja. Dia bukan siapa-siapa untuk menjemput Nasrullah pulang.

"Eh. Yara ada dekat sini lagi" ucap Nasrullah sewaktu masuk ke dalam rumah.

"Aah. Ibu suruh dia tunggu sekejap. Hujan lebat ni dengan guruh, ibu risau nak biar dia dengan Firdaus dekat rumah dia orang"

"Ouhh....Nah Ibu, Nas ada belikan pisang goreng dengan keropok. Tapi sejuk sikit la sebab Nas beli tengah hari tadi" sebuah plastik dihulurkan kepada Puan Laila.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang