BAB 35 🌻

7.9K 375 9
                                    

Wilia sudah berasa tidak selesa apabila perlu duduk bersimpuh di dalam masjid. Sudah sejam mereka menunggu ketibaan Tengku Hayl tetapi masih tiada.

Wilia mula cemas kerana berfikiran bahawa Tengku Hayl sudah melarikan diri kerana tidak mahu berkahwin dengannya. Geram dan marah. Itulah yang dirasanya saat itu.

Mamanya di sebelah juga sudah membebel panjang kerana menunggu lama. Mengipas-ngipas mamanya menggunakan sebuah kertas kerana berasa panas.

Wilia tidak suka dengan cara mamanya itu, seolah-olah majlis itu menyusahkan baginya. Dato' Yusri juga mula bertanya kepada Tengku Helena.

"Mana Hayl ni Helena? Lewat sangat ni" soalnya sambil mengerling ke arah jam.

"Saya dah cuba call dia. Tapi tetap tak berangkat"

Tengku Helena mula membebel ke arah telefonnya. Hatinya juga berasa panas kerana Tengku Hayl yang tidak kunjung tiba. Ditambah pula anak buahnya, Zaidi dan Hamid yang melarikan diri daripadanya.

Mentang-mentang upah mereka sudah diperoleh, terus mereka berdua melarikan diri. Geram di dalam dirinya usah dikata.

"Maaf Dato'. Dah lambat sangat ni. Saya ada tugas dekat masjid lain pula kejap lagi" ucap Tok Kadi. Kebas kakinya menunggu kehadiran Tengku Hayl.

"Boleh tak sekejap je lagi Tok. Mungkin dia tersekat dalam jalan raya" balas Tengku Helena.

Tidak mungkin dia akan membatalkan majlis itu. Sudah berbulan dia merancangnya dan harini adalah kelangsungannya. Tetapi ianya berubah kerana Tengku Hayl yang tidak muncul.

"Baiklah. Saya akan tunggu sampai jam 10.15. Kalau dia tak datang juga, kita terpaksa tunda ke hari lain" jelas Tok Kadi.

"Baik Tok. Saya faham"

Tengku Helena mengigit bibirnya kerana berasa geram. Sudah berpuluh kali dia menghubungi Tengku Hayl tetapi semuanya tidak berjawab. Sakit hatinya apabila Tengku Hayl memalukan dirinya di situ.

Wilia yang melihat wajah gelisah Tengku Helena mula berasa panas punggung. Tidak mungkin majlis pernikahan itu dibatalkan. Dia tidak mahu menanggung malu di situ.

Tengku Helena bergerak ke arah Wilia untuk memberitahu bahawa mereka terpaksa menunda majlis itu.

"Aunty. Hayl mana?" Soal Wilia dengan riak wajah cemas.

"Maaf Wilia. Aunty tak dapat hubungi Hayl sekarang. Dan Tok Kadi terpaksa pergi sebab dia ada kerja lain"

"So Aunty nak batalkan pernikahan ni?" Nada suara Wilia mula meninggi.

"Bukan batalkan. Kita cuma tunda sahaja"

"Sampai hati Hayl buat Wilia macam ni" ucapnya dengan nada sebak.

"Anak awak ni memang suka menjatuhkan air muka orang ke?" Bidas Datin Sarah.

"Maafkan saya Datin. Saya silap dalam hal ni"

Tengku Helena hanya mampu menundukkan kepalanya kerana berasa malu. Dia juga tidak menyangka perkara itu akan menjadi seperti itu.

Beberapa tetamu juga mula beredar selepas Dato' Yusri menyampaikan bahawa majlis itu ditunda. Pelbagai kata-kata ejekan dan bisikan daripada mereka semua.

Wilia hanya mampu menahan malu. Air matanya juga tidak henti mengalir.

Telefon Tengku Helena yang berbunyi memecahkan suasana di situ. Wilia juga berharap bahawa itu adalah Tengku Hayl.

"Siapa ni?"

"Maaf Puan. Ada seseorang minta saya maklumkan pada Puan yang anak Puan iaitu Tengku Hayl Ameer terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sekarang dia berada di ruangan ICU di Hospital Kuala Lumpur. Kalau boleh, datang sekarang ya" jelas Nurse tersebut.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang