Yara yang baru tersedar daripada lenanya berasa resah apabila melihat Firdaus yang tiada di sisinya. Perasaan takut mula muncul. Dia lantas turun daripada katil dan berlari keluar.
Hatinya berasa lega apabila melihat Tengku Hatl yang sedang bermain dengan Firdaus. Dia risau jika berlaku sesuatu yang buruk kepada Firdaus.
Tengku Hayl yang sedang mengagah Firdaus dengan bola memandang ke arah Yara. Dia juga baru perasan Yara yang baru bangun.
"Mari sini Yara. Saya ada sesuatu untuk awak" ucap Tengku Hayl dan mengambil barang yang dibeli oleh Rania.
Yara berjalan ke arah sofa yang kosong. Pandangannya masih dihalakan ke arah Firdaus. Firdaus juga berjalan terkedek-kedek ke arahnya. Dia dapat melihat wajah seronok Firdaus apabila bermain bersama Tengku Hayl.
"Ini semua untuk awak. Segala barang peribadi ada dalam ni"
Tengku Hayl meletakkan plastik beg yang berisi pakaian itu di hadapan Yara. Dia juga duduk di sebelah Yara.
"Untuk saya?" Soal Yara tidak percaya.
"Aah. Barangan peribadi pun ada dalam ni. Don't worry, setiausaha saya yang belikan. Dan dia perempuan" Tengku Hayl cepat-cepat menjelaskan perkara itu. Tidak mahu Yara berfikiran negatif seperti semalam.
Yara membuka plastik itu dan mengeluarkan beberapa baju.
Terdapat banyak baju, kain dan seluar. Malah pakaian dalam juga. Beberapa pad juga disediakan di situ.
Yara mula berasa tidak sedap. Itu semua terlalu banyak untuknya. Bagaimana dia mahu membalas semua itu. Simpanannya juga semakin kurang.
"Ini. Ada juga beberapa tudung bawal dengan shawl" satu beg plastik dihulurkan kepada Yara.
Yara mengambil dengan berat hati. Dia memang inginkan semua itu tetapi bukan dengan cara seperti ini. Dia masih tidak dapat menerima Tengku Hayl. Jadi dia berasa kekok untuk menerima.
"Berapa semua ni Hayl?" Soalnya tiba-tiba.
Senyuman Tengku Hayl lantas mati apabila mendengar soalan Yara. Adakah dia melebih dalam membeli.
"Tak apa. Saya belanja semua ni"
"Tak boleh. Saya akan bayarkan semua ni. Lepas saya dapat kerja, saya akan bayar semuanya sekali. Dengan mainan Firdaus sekali. So please Hayl bagi tahu harga semua barang ni" ujar Yara dengan nada kendur. Dia berasa seperti menagih saat itu.
Hatinya juga berasa sebak. Dia seperti tidak dapat memberi keperluan kepada dirinya dan Firdaus. Dia tidak mahu bergantung kepada Tengku Hayl sahaja.
Tanpa Yara sedar, beberapa titisan air mata mula jatuh ke seluarnya. Hatinya betul-betul tersentuh dengan semua itu.
Tengku Hayl yang melihat perubahan Yara lantas menarik Yara ke dadanya. Belakang Yara diusap lembut.
"You are my wife. Segala yang saya ada adalah milik awak. Harta saya sama seperti harta awak. Keperluan awak juga adalah tanggungjawab saya. Awak dah berkorban terlalu banyak untuk besarkan Firdaus selama saya tiada. Jadi ini semua adalah hadiah buat awak. Jangan pernah rasa rendah diri dengan suami sendiri. Remember. Awak tanggungjawab saya Yara, walau macam mana pun, saya yang perlu cari rezeki untuk awak. Jadi jangan pernah rasa yang awak menumpang atau menagih dengan saya. Semuanya tak benar. Saya betul-betul ikhlas dengan semua yang saya beri pada awak. Don't be insecure. Okay"
Wajah Yara yang sedang menangis di pegang lembut oleh Tengku Hayl. Dia faham dengan perasaan Yara saat itu. Sukar untuk menerima dirinya yang dulunya hilang dan muncul kembali.
Seorang lelaki yang diharapkan menjadi peneman hilang dan membiarkan dirinya bersendirian. Tengku Hayl jelas dengan keadaan itu. Dia tahu bagaimana trauma yang dihadapi oleh Yara. Ditambah pula, Yara yang dibuang oleh ayahnya sendiri. Hatinya juga terasa nyerinya apabila membayangkan.
Yara menangis semahu-mahu saat itu. Air mata yang mengalir juga semakin deras dengan sentuhan tangan Tengku Hayl di pipinya.
Setiap butir kata yang keluar dari mulut Tengku Hayl cukup menyentuh tangkai hatinya. Dia benar-benar tersentuh dengan ayat tersebut. Benar-benar memberi kesan kepadanya.
Dia cuma mahukan kebahagian yang sebenar untuk anaknya itu. Dia tidak mahu kehidupan Firdaus menjadi susah dan sukar disebabkan oleh pilihan hidupnya.
"Syhh. Jangan nangis dah. Firdaus dah kaku tengok mama dia menangis. Saya janji akan bahagiakan awak dan Firdaus. Saya tak akan tinggalkan awak lagi. Maafkan saya sebab bagi awak trauma yang cukup dalam. Yara. Look at me"
"Maaf Hayl. Saya masih susah nak terima awak semula. Maafkan saya. Hati saya masih sakit dengan semua itu" balas Yara dengan esakan kecil.
"It's okay. Saya tetap akan cuba bahagiakan awak sehingga awak lupa apa itu keperitan yang ditanggung sebelum ni. Dan saya tetap akan ucap perkataan maaf berulang kali sehingga muncul keikhlasan dalam hati awak untuk maafkan saya" luah Tengku Hayl dengan sebuah senyuman ikhlas.
Yara hanya mengangguk perlahan. Dia juga akan cuba untuk ikhlaskan semua itu walaupun terasa perit. Dia masih mahu melihat keikhlasan Tengku Hayl.
Mereka baru sahaja bertemu dan ianya agak sukar untuk memupuk kepercayaan dalam diri Yara. Semuanya perlu memakan masa. Setahun yang dihadapi olehnya tidak sama dengan seminggu pertemuan mereka itu.
Terlalu awal untuk semua itu.
Firdaus berjalan terkedek-kedek ke arah Yara. Dipeluk lembut kaki Yara sambil merebahkan pipi kanannya ke atas lutut Yara. Caranya seperti memujuk mamanya yang sedang menangis.
"Maafkan mama ya sayang sebab buat Firdaus risau" ucap Yara sambil mengelus rambut Firdaus yang agak lebat itu.
"Yara. Apa nama penuh Firdaus? Atau sekadar Firdaus sahaja?" Soal Tengku Hayl. Dia juga perlu tahu tentang nama anaknya itu.
"Firdaus Zikri. Firdaus yang membawa maksud nama syurga Allah dan Zikri yang membawa maksud kenangan" jawabnya dengan lembut.
Terukir senyuman di bibir Yara saat mengucapkannya. Dia betul-betul teliti dalam memilih nama Firdaus. Biarlah nama itu dapat memberi kesenangan kepada yang mengucapkannya dan juga kepada pemiliknya.
Tengku Hayl yang mendengar nama penuh Firdaus berasa tersentuh dan sebak. Anak itu adalah anaknya dan cukup hebat di mata mereka berdua. Seorang anak yang tidak memberi masalah kepada mereka berdua. Cukup menyenangkan para hati yang berjumpa.
"Malam ni Firdaus tidur dengan papa ya" ucap Tengku Hayl selepas meletakkan Firdaus di ribanya.
Tersenyum-senyum Firdaus kerana suka dikucup oleh Tengku Hayl. Tengku Hayl juga geram dengan pipi gebu milik Firdaus itu.
"Boleh kan mama" ucap Tengku Hayl sambil memandang ke arah Yara.
Yara hanya mengangguk perlahan. Biarlah hari itu Tengku Hayl tidur bersama Firdaus. Walau macam mana dia halang, pertalian darah mereka berdua tetap kuat. Tengku Hayl juga pasti mahu meluangkan masa dengan anaknya itu.
Dia juga dapat melihat cara layanan Tengku Hayl yang cukup lembut kepada Firdaus. Firdaus juga terlihat senang dengan kehadiran Tengku Hayl. Mungkin dia tahu itu ayah kandungnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]
RomantikDisebabkan pilihannya sendiri, dirinya dibuang oleh keluarganya. Kehidupannya lantas berubah sekelip mata. Hidup yang susah dan memenatkan menjadi sebuah perkara yang normal baginya. Baginya itulah hadiahnya kerana telah mengingkari perintah bapany...