Yara membersihkan lampin Firdaus. Keadaan Firdaus juga kembali pulih. Lega di hati hanya dia yang dapat dirasakan.
"Anak mama dah wangi dan bersih" ucap Yara dan mengucup lembut kedua-dua belah pipi Firdaus.
"Pa. Pa" ucap Firdaus tiba-tiba.
Yara tersentak. Tiba-tiba Firdaus mahukan Tengku Hayl di situ.
"Papa takde sayang. Papa busy" dalihnya.
Firdaus yang mendengar ayat Yara lantas berair mata. Mulutnya juga dijuihkan ke hadapan. Sedih.
"Pa.Pa. Pa. Pa" ulang Firdaus dengan esakan yang agak kuat.
Yara lantas mendukung Firdaus untuk redakan kesedihan Firdaus. Dia juga berasa sedih apabila melihat Firdaus yang rindukan Tengku Hayl.
"Syhhh sayang. Nanti papa balik ya. Papa busy kerja la sayang" pujuknya dengan lembut.
Firdaus masih lagi menangis. Dia mahukan Tengku Hayl di situ. Sudah 2 hari Firdaus tidak bertemu dengan Tengku Hayl. Dia cukup rindukan kehangatan Tengku Hayl.
Yara mula berasa susah hati. Dia tidak sangka hubungan Tengku Hayl dan Firdaus seerat itu. Selalunya setiap kali Firdaus bangun, pasti Tengku Hayl akan membawanya berjalan-jalan sambil bercerita.
Hatinya pula berasa sebak apabila mengingatkan semua itu. Dia juga faham dengan perasaan Firdaus ketika itu. Tetapi semua itu juga untuk kesejahteraan mereka berdua.
🌻
Tengku Hayl duduk di atas sejadah buat seketika selepas dia selesai menunaikan solat subuh. Hatinya terasa berat pagi itu.
Dia tidak sanggup untuk bernikah bersama Wilia. Itu bukan pilihannya. Semuanya bukan kehendaknya. Perasaan tertekan sentiasa ada dalam dirinya. Bila dirinya boleh bahagia seperti orang lain?
"Hayl. Buat apa lagi tu? Mama nak bagi baju melayu dekat kamu ni" ketukan pintu di luar biliknya menyentak Tengku Hayl.
Dia segera menyimpan sejadahnya dan berlalu ke arah pintu. Pintu dibuka dan dia melihat Tengku Helena berdiri bersama sepasang baju melayu berwarna putih.
"Hayl baru bangun ke?" Soal Tengku Helena. Sedikit dingin.
"Hayl baru selesai solat subuh" balasnya dan mengambil baju melayu itu.
"Siap awal sikit. Jam 9.00 pagi kamu kena ada dekat masjid. Mama tak nak Hayl lewat sebab lepas majlis akad nikah tu, terus ke majlis persandingan. Faham"
"Sanding? Kenapa mama tak cakap semalam?"
Dia tidak menjangka majlis persandingan akan dibuat pada hari yang sama.
"Sekali la. Majlis nikah dengan sanding. Wilia nak buat yang grand dekat dewan hotel. Apa salahnya"
"Ingat ya Hayl. Jangan lewat" ujar Tengku Helena dengan mata yang mencerlung.
Tengku Hayl hanya mengangguk perlahan. Pintu biliknya ditutup semula. Satu keluhan lahir dari mulutnya.
Berat hatinya saat itu. Baju melayu yang dipegang juga dipandang sepi. Tiada langsung rasa di situ.
Satu notifikasi dari telefon bimbitnya mengalihkan pandangan Tengku Hayl.
Air matanya lantas tumpah saat membaca sebaris ayat yang dihantar oleh Yara. Terduduk Tengku Hayl di atas lantai biliknya sambil memegang dadanya.
KAMU SEDANG MEMBACA
TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]
RomanceDisebabkan pilihannya sendiri, dirinya dibuang oleh keluarganya. Kehidupannya lantas berubah sekelip mata. Hidup yang susah dan memenatkan menjadi sebuah perkara yang normal baginya. Baginya itulah hadiahnya kerana telah mengingkari perintah bapany...