Part 36✔

16 0 0
                                    

"Ha Fiq. Nak bincang apa dengan abang?" terkejut Syafiq, bila bahunya disentuh secara tiba tiba.

"Duduk dulu bang." Adam mengambil tempat di hadapan adik iparnya. Tubuhnya diselesakan. Dari gaya Syafiq mesejnya tadi, dia rasakan ada hal yang mustahak. Ajak jumpa pun hantar mesej, walaupun tinggal serumah.

"Macam ni bang." Syafiq menegakkan tubuhnya. "Fiq nak mintak pendapat abang as a lawyer,"

Permulaan ayat Syafiq tadi sudahpun membuat Adam menjongket kening. Pendapatnya as a lawyer? Bunyi macam serius. Adam mengangguk, menyuruh Syafiq menyambung lagi.

"Kalau ada someone yang stalk kita bertahun tahun, banyak kali bagi bunga tanpa card wishes, intip rumah kita sampai orang tu sanggup panjan pagar rumah. Kita boleh ambil tindakan apa je kalau dengan jenayah macam tu? Fiq tanya abang ni, sebab Fiq tak tahu salah hukum law ni. Tu Fiq tanya abang." Tanya Syafiq terus terang. Dia sudah tidak tahan lagi dengan perangai kawan Bella itu. Sangat menyakitkan hatinya.

Sebaik sahaja mendengar luahan hati Syafiq, terus Adam mengerut dahi. Siapa yang kena stalk ni? Mamanya ke? Atau abahnya? "Kau ke kena stalk?" terkeluar juga soalan itu dari Adam. Lain orang yang dia fikir, lain orang dia sebut.

"Bukan Fiq, bang." Sangkal Syafiq. Nak bagi tahu ke tak yang Bella kena stalk masa study dulu? Tak yah kot. Bella pun larang aku cakap benda ni kat family dia.

"Mmm..." Adam menyandar kembali sambil tangannya disilang ke dada. "Kalau jenayah macam tu, sampai sanggup nak pecah rumah orang, agak berat jugaklah hukuman tu. Kau boleh buat saman kat dia. Cerita se detail nya dekat polis. Stalker tu buat apa, sampai ada orang cedera ke tak. Ada kerosakan harta benda ke. Kau cerita je semua. Nanti polis keluarkan waran lah untuk tangkap dia." Jelas Adam panjang lebar dengan penuh berilmu. Dalam otaknya ligat berfikir hukuman yang bakal ditimpa kalau penjenayah itu benar benar bersalah.

Syafiq angguk perlahan. Memahami setiap butir bicara Adam sebentar tadi. "Minimun penjara berapa lama?"

"Depends on Judge. Kalau memang terbukti bersalah, lawyer dia tak boleh nak sangkal any tuduhan atas anak guamnya, bolehlah masuk penjara. Abang rasa minimum penjara 5 years to 10 years maybe. Kena lihat juga kesalahan dia. Abang rasa tak lebih lah sampai 10 tahun penjara."

5 tahun ke 10 tahun? Agak lama juga tu. Syafiq memandang langit gelap disebelahnya. Fikirannya masih bercelaru. Mahu ambil tindakan atau tidak atas Ikmal. Baginya, penjara 5 tahun itu tidak berbaloi dengan trauma Bella dan kawannya lalui. Pejam celik dah selesai 5 tahun dalam penjara. Rasanya tak sempat nak insaf apa pun. Tapi kalau difikirkan balik, buatnya Ikmal tu satu satunya anak lelaki yang keluarganya ada. Anak tunggal pula tu, siapa yang nak tanggung Ibu bapa Ikmal kalau penjara sampai 10 tahun? Tak ke nanya. Kalau Ikmal masuk penjara, confirm kad doctor lelaki itu kena lucut. Kad bank pun, mesti kena block.

Syafiq bersandar kembali bersama keluhan berat. Dia tak tahu nak buat apa sekarang ini. Dia nak orang yang aniayai isterinya terima hukuman, tapi dalam masa yang sama dia kesian dengan Ikmal. Ya Allah. Bantulah aku.

Adam merenung wajah Syafiq yang mendiam agak lama setelah dia menjelaskan hukuman dari segi undang undang. Syafiq bagaikan merahsiakan sesuatu daripadanya. Dia dapat rasa sesuatu yang besar, tetapi dia tidak tahu orang yang Syafiq maksudkan itu siapa. Ahli keluarganya atau orang luar.

"Fiq nak saman siapa? Macam serius je abang tengok muka kau tu," tanya Adam ingin tahu. Dari gaya suami adiknya bertanya, macam kes serius. Adiknya ini tak nak bagitahu apa apa ke?

"Eh tak adalah bang." Laju Syafiq menggeleng. Dia tak tahu nak jawab apa dengan Adam.

*****

Syafiq melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya setelah berbual lama dengan Adam di laman rumah tadi. Sebaik saja dia melangkah masuk, pandangannya sudah gelap gelita. Dah tidur ke? Soal Syafiq sendiri namun kakinya tetap melangkah masuk ke dalam dengan berhati hati.

Dia ImamkuWhere stories live. Discover now