Part 26✔

537 23 1
                                    

"Bella. Jom lunch." Ain menonjol kepalanya di pintu. Bella masih duduk di meja kerjanya sambil menghadap telefon.

"Kau ni. Aku chat, tak reply. Tapi tengah main phone," Ain bercekak pinggang di hadapan Bella. Wajah gusar Bella dipandang.

"Kau ada chat eh? Sorry ah. Aku tak perasan." Bella menyimpan telefonnya dalam beg. Tali beg itu dipaut di bahunya. "Jom lunch. Aku lapar gila ni." Bella terus menarik lengan Ain.

Belum mereka berdua keluar dari bilik, Ain bersuara. "Kau okay tak? Muka macam serabut je. Ada masalah dengan study kau ke?" Ain menghadapkan tubuh Bella ke arah dirinya.

Awal pagi ini lagi Ain perasan yang kelakuan Bella sedikit lain. Macam ada sesuatu yang berlaku.

"Tak adalah. Aku.."

"Aku tak bercakap dengan Syafiq beberapa hari ni." Senyuman pahit diukir untuk sahabatnya.

"Kenapa? Dia ada masalah apa dengan kau?"

Bella kemam bibirnya sebelum dia menjongketkan bahunya.

"Lah kau. Dah kenapa pula? Bukan elok je selama ni? Kau pergi balik Uni pun dengan dia, kan. Dah kenapa tak bertegur pula?"
Ain terus melangkah bersama Bella menuju ke ruang parking. Tiba tiba tak bercakap dah kenapa pula.

"Entah aku. Dia macam.. dingin dengan aku. Tiba-tiba. Memang, kalau aku ada kelas ke apa, dia volunteer nak hantar aku. Tapi kalau dalam kereta, dia senyap je. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Dia asyik tunjuk muka straight dia tu, takutlah aku nak tegur dia."

Ain mengangguk sendiri. Dah kenapa pula Syafiq tiba-tiba berubah dingin. Dulu, kalau tidak bertentang mata dengan Bella seharian, mahu naik gila dia. Rindu lah. Sunyi lah kalau tak ada wanita itu di depan matanya.

Sekarang ni dingin pula.

"Ain. Bella."

Kedua dua wanita itu separuh menoleh. Memandang ke arah belakang mereka yang ada Ikmal yang sedang mengejar langkah mereka berdua.

"Nak lunch ke? Nak join." Pinta Ikmal bila dia sampai di sisi dua wanita itu.

Serentak mereka mengangguk. Apa salahnya.

*****

"Ikmal. Comot tu," tangan Bella serta merta menghulur tisu kepada Ikmal.

"Macam budak budak." Sampuk Ain.

Ikmal segera mengelap dagunya comot.
Segan dengan rakan sekerjanya yang melihat dia makan comot seperti budak kecil.

"Makan jangan gelojoh boleh? Ada masa lagi nak balik hospital. Sempatlah balik kalau kunyah 40 kali pun makanan tu."

Perlahan kedua wanita didepan Ikmal menggeleng. Dari cara makan tu, macam orang nak tinggalkan dia kat kedai pula.

"Tak yah kesahkan pasal aku lah. Korang makan je. Sibuk nak tengok aku makan." Ujar Ikmal menyorok malunya. Dari awal pagi lagi dia tidak menjamah makanan, itulah sebabnya dia makan agak laju. Lapar sangat.

Selesai sahaja makan tengah hari, mereka bertiga berjalan menuju ke seberang memandangkan kereta mereka berada di situ.

"Korang tunggu sini, aku bawa kereta sampai sini." Arah Ikmal bila dia sudah mendahului langkah daripada Ain dan Bella.

"Okay. Untung ada orang volunteer nak bawak kereta aku," usik Bella seraya dia menghulur kunci kereta miliknya kepada Ikmal.

Perlahan Ikmal berjalan mengundur ke belakang.
"Tunggu sini ya," senyuman manis sempat dia beri.

Lengan Ikmal ditarik kembali sebelum lelaki itu sempat keluar dari kawasan petak parking.

"IKMAL!!"

Lantas lengan Ikmal ditarik kuat oleh Bella menghampiri dirinya.

Dia ImamkuWhere stories live. Discover now