Harith menyandar selasa di sofa dalam bilik rawatan. Disebalik langsir di hadapannya, ada Bella yang sedang merawat luka dilutut.
"Kau tak nak buat report ke?" tanya Harith disebalik langsir. Berdasarkan apa yang Bella ceritakan, tindakan Ikmal itu sudah melampau. Mengendap orang selama bertahun tahun.
"Biarlah dia. Skk.." Bella menahan sakit bila nurse menyapu ubat pada lukanya. "Lagipun aku kesian dengan dia. Dia kan doctor paling disegani kat sini. Taknak lah orang fikir buruk pasalnya sebab benda tu." Ujar Bella lagi. Lututnya yang luka dibalut kemas. Setelah itu dia duduk di atas katil dengan selesa.
"Terima kasih nurse," ucap Bella setelah jururawat itu menyelak langsir ke tepi. Terpacul wajah Harith yang seindah alam itu.
"Kau kesian? Habis tu, kau tak kesian kat diri sendiri?" tangan disilang didada. Tak faham betul dengan perangai kawanya yang satu ini. Benda ni melibatkan nyawa tahu tak.
"Buat ke dia serang kau masa kat rumah macam mana?" Harith bersuara kembali setelah Bella berdiam agak lama. "Syafiq kan ada kat rumah. Dia lah protect aku." Bella menarikan kakinya dengan perlahan. Apa guna ada Syafiq dirumah kalau dia tidak digunakan.
"Kalau dia serang kau kat sini?"
"Kau ada kan untuk protect aku." Laju Bella menjawab. Ada kawan lelaki, kena manfaatkan sehabis boleh. Harith menggeleng laju.
"Tak nak aku."
"Baik aku protect Ain daripada kesah pasal kau." Tolak Harith laju. Dah kahwin kan, suruh suami sendirilah. Sibuk nak minta tolong suami orang.
Bella mencebik geram. Nak sebut jugak pasal bini dia tu. Dia lupa ke, persahabatan mereka lagi lama dari umur perkahwinan Harith dan Ain. Harith bangun dan mendekati Bella dikatil. Dicekak pinggang kanannya.
"Dah bagi tahu Syafiq tak pasal ni?" soalan yang keluar dari mulut Harith membuatkan mata Bella membesar.
"Kau jangan bagitahu dia eh! Biar aku je bagi tahu." Bella memberi amaran. Tak nak Syafiq tahu hal ini daripada mulut orang lain. Teruk nanti dia kena bebel.
*****
Syafiq menyandar pada bonet depan kereta. Dengan kaca mata hitam dimatanya dan tubuhnya segak walaupun hanya memakai tshirt putih berkolar pada badan. Anak matanya tidak lepas dari memandang ke arah pintu utama bangunan hospital tempat isterinya bekerja. Lengannya yang sasa dilipat didada sambil menunggu ketibaan si isteri dengan sabar.
Bella yang baru menjejak lantai lobi hospital, menarik senyum lebar dibibirnya. Dari jauh dia sudah menangkap tubuh Syafiq yang sedang berdiri dibawah cahaya petang bersama kereta Audinya. Tersenyum malu dia sehingga dia tiba di tempat Syafiq.
Setelah dia melihat langkah Bella yang sedang menghampirinya, terus dia berlalu ke tempat sebelah pemandu. Pintu kereta dibuka dari luar. "Aww. So sweet." Bella mahu melompat.
Tersentuh hatinya bila Syafiq memperlakukan dirinya sebegini. Lain macamlah lepas kahwin ni.
"Dipersilakan My Queen," dia menunduk sedikit seraya tangannya mempersilakan ratu hatinya masuk ke dalam kereta kudanya.
"Thank you Your Highness." Dengan cepat cepat Bella meloloskan dirinya ke dalam. Teruja bila Syafiq layan dirinya sebegini.
"Pakai seatbelt ye sayang. Nak bawak kereta laju ni. Rindu isteri." Usik Syafiq sebelum dia sendiri membantu Bella untuk menyambungkan seatbelt pada badan.
"malam ni bukan malam Jumaat ye."
Jawapan daripada Bella membuatkan Syafiq tergelak kecil. Hari hari lain memang tak boleh ke? Nak hari Jumaat jugak?
YOU ARE READING
Dia Imamku
RomancePerhubungan pada awalnya tidak disenangi oleh mereka berdua. Namun di kemudian hari, jika mereka tidak berjumpa, bagai hidup tidak lengkap. Bagai makan nasi tanpa ada lauk. Bella seorang wanita yang biasa sahaja. Berjumpa dengan lelaki yang menjen...