Setelah menilik beberapa kali dihadapan cermin dan memastikan dirinya sudah kemas dan rapi, Bella mencapai beg silangnya diatas katil. Di kerling juga kertas yang diberi oleh Syafiq pada 3 hari yang lalu. Kertas memo berwarna putih yang tertulis ayat terima kasih kerana memasakkan untuknya asam pedas. Bella tersenyum sendiri. Gedik!
Langkahnya diayun menuju ke tingkat bawah setelah menutup pintu serapat rapatnya. Matanya terpacak pada susuk tubuh Syafiq yang ligat menekan punat telefon Iphone. Bella meletakkan beg silangnya di sebelah kerusi meja makan yang didudukinya. Name card milik Bella diletak diatas meja makan. Dipandang wajah Syafiq untuk menghadiahkan sebuah senyuman, tetapi hanya tinggal harapan. Mahu saja memberi harapan tinggi, sudah ada orang yang meruntuhkan.
Sedih bin sadis.
Langkah Bella pula diayun menuju ke ruang dapur. Mencari kelibat Puan Sarah dan segelas air suam. Syafiq hanya memerhati kelakuan Bella dari belakang. Pantas Syafiq menggeleng perlahan kepalanya.
Bella kembali ke ruang makan bersama dengan Puan Sarah disisinya. Kelihatan puan Sarah sedang menatang semangkuk mee goreng yang besar. Mangkuk itu diletakkan betul betul di tengah meja.
"Ibu. Bella pergi kerja dulu ehh. Dah lambat ni" Ujar Bella sambil menyilang begnya pada bahu kiri.
"Tak makan dulu?"
"Tak ibu, tak sempat," tangan gebu Puan Sarah dikucup lembut.
"Yelah hati hati drive." Pesan Puan Sarah sambil menepuk bahu Bella. Bella menangguk mengingati pesanan Datin Sarah lalu berlalu meninggalkan mereka berdua di situ. Sempat juga mengintai wajah Syafiq tapi hampa. Langsung Syafiq tidak memandangnya. Sedih!
Kasut dicapai dipintu hadapan lalu disahut pada kaki kanan terlebih dahulu.
Sekali lagi Syafiq hanya memandang Bella dari belakang. Entah mengapa hari ini hatinya kuat menyuruhnya supaya tak bercakap dengan Bella. Hatinya dibelenggu dengan rasa marah dengan tiba-tiba. Untuk melepaskan rasa marahnya sebab itu dia asyik menilik telefonnya walhal telefon itu tidak dihidupkan. Dengan kata lain menilik skrin gelap di telefonnya.
Syafiq mengeluh. Pandangan dialih ke mangkuk mee goreng yang telah dimasak oleh ibunya. Sedap nampak. Matanya menangkap satu benda yang akan membongkarkan segalanya yang bermain di fikiran sejak awal mereka bertemu. Name card?
Ingin saja Syafiq mencapai name card itu pantas satu tangan kecil mencapai terlebih dahulu menyebabkan Syafiq tersentak. Pandangan matanya diangkat. Melihat gerangan yang tiba-tiba menghalang pergerakannya.
Bella!
Nama itu tersangkut pada kerongkong. Senyuman lebar dan manis dilemparkan ke arah Syafiq yang sedang memandang ke arahnya. Syafiq tidak membalas. Tubuhnya kembali menyandar pada kerusi. Tanpa berlengah Bella segera meninggalkan ruang yang agak panas baginya. Walhal semalam baru hujan. Tapi pagi ini menyebabkan perasaannya sangat sensitif. Asyik mahu nangis.
"Huh nasib baik sempat ambil. Kalau tak bocor lah rahsia aku." Bella memanjat syukur kerana rahsia yang disimpannya selama ini tidak terbongkar. Bukan tak nak bagitahu tapi bila tiba masanya baru semuanya akan terbongkar dengan cara baik. Bella menghidupkan enjin keretanya lalu kereta mewah miliknya laju meluncur keluar dari Taman Cahaya.
****
Jalan yang sesak akibat kemalangan jalan raya menyebabkan kereta yang dipandu untuk menuju ke tempat kerja masing masing bergerak lambat. Slow cam siput. Siput pun laju lagi. Bella mengetuk stereng keretanya berkali-kali. Mengikut rentak lagu yang diputarkan di corong radio. Lagu K-pop yang berjudul Ddu Du Ddu, dipopularkan oleh kumpulan Blackpink. Terkumat kamit bibir Bella menyanyi bahagian yang dia tahu. Sesekali Dj itu ketawa terbahak-bahak bersama dengan tetamu jemputannya setelah tamat tempoh lagu itu diputarkan.
YOU ARE READING
Dia Imamku
RomansaPerhubungan pada awalnya tidak disenangi oleh mereka berdua. Namun di kemudian hari, jika mereka tidak berjumpa, bagai hidup tidak lengkap. Bagai makan nasi tanpa ada lauk. Bella seorang wanita yang biasa sahaja. Berjumpa dengan lelaki yang menjen...