Syafiq mencabut rumput dilaman rumahnya. Lengan kanannya berlabuh di atas lutut kanannya. Satu rumpun kecil dicabut lalu dibaling ke tempat yang dia kumpul rumput yang telah dicabutnya.
"Huh..."
Syafiq mengeluh kecil. Bukan penat tapi serabut. Sekarang dia tidak dapat berfikir dengan waras. Bukan nak jadi gila. Cuma fikiran dia tak tenteram. Dia tak sanggup nak hadap situasi ni. Situasi ini buat dia rasa terhimpit. Terasa terbatas nak buat sesuatu. Erm.
*****
Bella mengemas beg bagasinya. Pakaiannya yang dibawa awal 6 bulan lepas dilipat kemas lalu ditempatkan di satu sudut di atas katil. Nak kumpul dulu sebelum masuk ke dalam beg. Satu penyangkut ditarik Nabila dari almari pakaiannya. Dia senyum tengok baju itu. Pasti dia akan rindu baju ni.
Baju kurung moden berwarna ungu violet. Satu satunya baju yang dia ada. Satu satunya baju yang sedondon dengan Syafiq.
Kenanganya bersama Syafiq di mall hari itu kembali menyergah ke dalam ingatan. Air mata tiba tiba gugur. Dia pasti rindu saat gembira dia dengan Syafiq. Pasti dan yakin teramat.
Perbuatan mengemas baju terhenti tiba tiba. Mata naik pandang segenap ruang bilik itu. Air mata mula turun kembali dengan perlahan. Bella keluh kecil. Pasti rindu bilik ni.
Walaupun ini bukan bilik mutlaknya, tapi sejak tinggal disini 6 bulan lalu bilik ini sudah sebati dengan dirinya. Bilik ini lah yang menjadi saksi tangisnya. Menjadi saksi tawanya bersama Syafiq. Menjadi saksi luahan cintanya terhadap Syafiq dan luahan cinta Syafiq terhadap dirinya. Dia pasti rindu semua ni.
Rindu yang tersangat sangat rindu.
*****
Syafiq segera berlalu memasuki rumah. Sebaik sahaja masuk rumah Syafiq nampak abang longnya, Izzat Zaqwan dan Papanya, Datuk Othman sedang rancak berbual di ruang tamu. Puan Sarah dan kakak iparnya, Iman sedang makan puding di meja makan. Meriah rumahnya sekarang tapi hatinya tak semeriah seperti keadaan sekarang ni.
Hatinya kucar kacir. Sedih. Marah. Geram. Serabut. Bercampur menjadi satu.
Syafiq berlalu menuju ke arah tangga. Dia masuk melalui pintu sliding yang berada di belakang ruang tamu tetapi bersetentang dengan meja makan. Syafiq segera mengorak laju langkahnya. Tak nak ibunya mahupun kak Iman menegurnya. Dia tiada mood sekarang.
"Fiq."
Kan dah kata. Syafiq berhenti dari mendaki tangga. Dia berpaling ke arah ibunya dan Kak Iman berbual. Aik? Tak berpaling pun diorang ni? Siapa yang panggil?
"Fiq. Buat apa situ, meh lah sini." Panggil Izzat. Ouh. Rupanya abangnya yang panggil. Tapi macam mana si Izzat ni nampak dia. Syafiq pandang kanannya. Pantulan cermin besar yang mampu memantulkan segenap ruang tamu dan sebahagian ruang makan. Syafiq mengeluh kecil.
Siapa pulak yang letak cermin besar gajah kat situ.
Othman memandang anak terunanya. Faham sangat isi hati sang anak. Mesti sedih kan.
"Sini lah jap. Along nak usik usik adik along sorang ni." Zaqwan tak putus putus memanggil adiknya. Tahu sangat adiknya sedang bersedih.
Dari riak wajah Syafiq pun dah dapat tahu dia tengah tak ada mood nak melayan orang.
"Nanti nanti lah Long. Fiq tak de mood lah. Fiq naik dulu. Sorry Long. Sorry Pa." Pamit Syafiq lalu dia segera berlalu ke atas. Dari bawah Zaqwan dan Othman menghantar pemergian Syafiq ke tingkat atas.
Puan Sarah dan Iman hanya pandang dari jauh. Tak mahu campur tangan. Tadi pun dah perasan perubahan drastik Syafiq itu.
Syafiq berjalan menuju ke biliknya. Tombol pintu dipegang namun matanya memandang pintu bilik Bella yang terletak disebelah biliknya. Syafiq tidak jadi masuk biliknya. Dia melangkah ke arah bilik Bella. Tombol pintu dipegang. Niat nak pulas tapi tak jadi. Takut.
YOU ARE READING
Dia Imamku
RomancePerhubungan pada awalnya tidak disenangi oleh mereka berdua. Namun di kemudian hari, jika mereka tidak berjumpa, bagai hidup tidak lengkap. Bagai makan nasi tanpa ada lauk. Bella seorang wanita yang biasa sahaja. Berjumpa dengan lelaki yang menjen...