Part 14✔

498 22 0
                                    

Bella duduk bersila di atas pankin sambil ditemani dengan komputer riba. Kerja yang tertangguh selama tiga hari ini, dibawa ke kampung. Kalau tak bawa balik, sah memang tak siap nanti.
Syafiq dengan hati yang riang, membawa dua gelas ditangannya dan dibawa menuju ke pankin.

Gelas diletakkan dengan berhati-hati di sebelah longgokan fail-fail kerja Bella. Bella tidak menoleh malah semakin fokus akan kerja yang dilakukan sejak tadi lagi.
Syafiq mendengus sedikit. Tidak berpuas hati bila Bella tidak melayan dia. Takkan dia tak tahu yang dirinya wujud di sini.
Syafiq mendapat akal. Kalau dia tidak mendapat perhatian Bella, dia boleh buat Bella perasan akan kehadiran dia kan.

"Ish. Kepten!" Marah Bella, kerjanya terbantut dek Syafiq menarik sambungan wayar mouse.

"Kau ni, khusyuk sangat la buat kerja ni." Rungut Syafiq. Fail-fail yang berselerak ditolak sedikit. Bella perhatikan sahaja. Ada yang nak kena ni.

"Sampaikan aku yang handsome ni plus pulak orang yang kau sayang, kau tak nak layan pun kan." Rungut Syafiq sambil meraup dagunya. Rambutnya yang agak lebat di selak-selak, bagi tunjuk mukanya yang agak kacak.

"Hmm... angkat bakul sendirilah laki ni." Perli Bella sambil menggelang. Geram pula dengan Syafiq ni.

Hari tu baik, tolong cari ubat lah apa ni. Hari ni, sibuk nak mengacau orang.
Melihat saja wajah Syafiq itu muram, Bella mengalih komputer ribanya ke tepi. Dia juga perlu mengalah.

"Ala.. suami saya ni. Merajuk eh? Nanti bini awak ni beli candy ye. Tak nak lah merajuk macam ni. Dahlah tak comel." Pujuk Bella dengan suara comel.

Nak tergelak juga bila teringat pasal Syafiq mengaku Bella sebagai bininya dihadapan Syakir hari itu.

Syafiq tarik senyum lebar.
"Kau memang nak jadi bini aku kan? Saja kau je tak nak mengaku." Syafiq menyoal dengan soalan maut. Kepala Nabila berlapikkan tudung sarung disentuh. Mahu melihat reaksi wanita di hadapannya itu.

"Kalau boleh, mestilah nak." Ucap Nabila perlahan sebelum dia melarikan kepalanya yang disentuh. Kalau Syafiq dengar ni sah kena cop gatal.

"Hah? Kau kata apa? Aku kurang lah." Syafiq buat gaya korek telinga. Bella kata apa?
Belum sempat Nabila membuka mulut, ada suara sumbang mencelah.

"Haih. Galak orang di depan tu. Slow lah sikit. Ingat! Sini kampung bukan KL, tak boleh sesuka hati nak bergaul bebas macam tu. Kalau nak, kahwin terus. Nak nenek panggil tok kadi ke?" Tegur Nek Mah dari atas rumah. Tangan naik mengemaskan kain langsir yang tersedia sudah kemas.

Syafiq mengeluh kecil. "Nek, kitorang duduk kat Ipoh lah. Bukan kat KL. So, tak apalah kan nak manja manja sikit," Syafiq mengenakan neneknya kembali. Bella menampar paha Syafiq. Suka sangat ni sakat nenek sendiri. Syafiq tergelak sendiri.

"Nek, Bella ni, orang punya lah. Fiq kalau nak buat bini, kena cari calon lain Nek." Sambung Syafiq lagi dengan muka selambanya. Air dalam gelas diteguk perlahan. 

Aku ni, kaulah punya. Bella menggeleng. Ada-ada saja Syafiq ni.

*****

Nabila dan Syafiq menaiki kereta menyusuri jalan kampung yang sempit dengan perlahan. Disebabkan Syafiq tiba-tiba teringin sangat mahu makan burger di warung Pak Hamid, Bella terpaksa menemaninya pergi. Disuruh pergi sendiri, tak nak. Siap suruh guna kereta dia lagi, lagi lah dia tak nak. Nak juga suruh Bella pergi, katanya tak ada teman nanti kalau pergi seorang diri.
Tak ada benda nak menyakat.

Sampai sahaja di warung, Syafiq memakirkan kereta milik Bella di sebuah padang yang agak jauh dari warung Pak Hamid itu.

"Kau nak tunggu aku kat sini, atau nak ikut aku?" Tanya Syafiq sambil menanggalkan tali pinggang keledar. Enjin kereta dimatikan.

Dia ImamkuWhere stories live. Discover now