"Bella!"
Diana menampak ke arah bilik gadis itu. Dilihat katil masih lagi berselerakan.
Tak bangun solat subuh ke dia ni?
"Bella bangun laa.. dah pukul 8 ni. Kau tak ada class ke?" Bahu gadis itu digoncang sedikit.
Terpisat pisat Nabila membuka matanya. Tangannya menahan daripada cahaya matahari menyinari matanya. Huh?
"Kau tak ada class ke pagi ni?"
"Aku tak ada class pagi ni. Nanti pukul 11 lebih pula ada class dengan Sir Izzat tu. Lagipun aku rasa cam tak sihat lah." Adu Bella seraya menarik selimut melepasi paras bahunya. Tangan Diana automatik naik menyentuh dahi Bella.
"Kau dah makan ubat tak ni?" Birai katil Bella diduduki. "Dah. Nanti okey lah ni." Jawab Bella yang sedia menutup mata.
"Okey lah aku gerak dulu. Pape roger aku tau. Kalau tak larat sangat tak yah masuk lah class Sir Izzat tu." Ujar Diana lalu berlalu keluar dari bilik Bella. Dah lewat nak masuk class.
*****
Tercungap cungap Bella berlari mendapatkan dewan kuliahnya. Tiba di tingkat dua dia mengatur nafasnya dengan betul.
"Mati lah aku. Mesti Sir marah." Bella berjalan cepat menuju ke dewan. Pintu dewan diketuk tiga kali sebelum menolak masuk. Kelihatan semua pelajar sedang tekun mencatat. Sir Izzat didepan pula tengah khusyuk menulis nota nota penting.
"Assalamualaikum." Ucap Bella lalu berjalan menuju ke tangga yang berdekatan. Diana kelihatan dari jauh hanya memerhati kesian. Sakit sakit pun datang kelas juga.
"Stop there!" Laung Sir Izzat yang tak seberapa kuat. Langkah Nabila automatik berhenti mengejut. Matilah aku.
"Come here." Panggilnya tanpa nada. Bella mendekati pentas dengan langkah yang ketar ketar. Demam tak kebas lagi dah nak kena marah.
"Asal lewat? Saya baru start mengajar 2 minggu, awak dah berani nak ponteng kelas saya?" Muka yang agak bengis dipaparkan. Eleh ingat aku takut.
"Saya tertidur Sir. Baru nak kebas demam." Bella bagi alasan yang dia rasa sangat kukuh. Tak kukuh ke kalau cakap demam. Rasanya Sir ni ada sifat kemanusiaan kot.
"Demam. Kenapa tak inform dulu?" Soal Sir Izzat tanpa riak. Suara naik seoktaf. Bella sudah kecut perut. Dua kali. Dua kali kena tengking. Tapi kali ini perasaannya lain. Kena tengking depan orang ramai. Dalam kelas dia sendiri.
Diana sudah terbangun dari duduknya.Pelajar yang lain juga terkejut di tempat duduk mereka.
"Haish! Sir ni tak paham ke. Orang cakap demam, demam lah." Gerutu Diana perlahan. Nak pergi dekat? Jangan harap lah. Tak berani. Dengar suara Sir Izzar tu pun rasa nak sembunyi muka sendiri.
"Saya nak awak keluar dari class saya."
"Tapi Sir...."
"NOW!!!" Jari merunding ke arah pintu dewan kuliah itu.
Nabila terkedu di tempat dia berdiri. Dia tengking aku ke?
Otaknya seperti memaksa dia untuk menangis. Kenapa dengan dia ni? Kenapa dia tak faham? Ke dia memang dalam mood nak marah orang? Kalau ye, kenapa aku yang kena?
"Tak faham bahasa Melayu ke?" Mata helangnya menikam sepasang mata wanita itu.
Dengan berani Nabila memandang wajah pensyarahnya itu dengan matanya yang bertakung. Matanya seperti memberi isyarat untuk lelaki itu memberi sedikit belah kesian kepada dirinya.
Izzat tidak memberi respon selain memandang ke arah Bella dengan wajah bengis.
Melihat Izzat tidak berbicara, dia terus menunduk sedikit sebelum berlalu keluar dari dewan tanpa berlengah. Melihat Nabila berjalan keluar dari dewan, Diana kembali duduk dikerusinya. Tak sangka.
YOU ARE READING
Dia Imamku
RomancePerhubungan pada awalnya tidak disenangi oleh mereka berdua. Namun di kemudian hari, jika mereka tidak berjumpa, bagai hidup tidak lengkap. Bagai makan nasi tanpa ada lauk. Bella seorang wanita yang biasa sahaja. Berjumpa dengan lelaki yang menjen...