Pen yang telah digunakan disimpan di dalam mug berwarna putih. Cenderamata daripada pihak hospital sempena sambutan pengarah baru dua tahun lepas. Bella sedang mengemas meja kerjanya. Kertas kertas putih bersaiz A4 yang berselerakan, disusun kemas lalu diletakkan di satu sudut depan meja.
''Weh jom lunch.'' Ujar Ain setelah menolak pintu bilik pejabat Bella. Senyuman diukir sebelum melangkah memasuki ruang kerja Bella.
''Jom lah. Harith pun join sekali.'' Ain mengajak Bella sekali lagi. Kerusi di hadapan Bella ditarik lalu diduduki oleh Ain.
''Kalau ada orang nak belanja aku, aku on jer.'' Kata Bella lalu menyilang tangannya di atas meja. Ain mencebik.
''Eleh. Kau lah yang patut belanja aku. Gaji kau besar lagi kot daripada aku.'' Omel Ain tidak puas hati.
''Yelah yelah. Jom. Aku belanja kau. Dengan Harith sekali aku belanja.'' Kata Bella mengejek. Beg silang yang berada dibawah meja dicapai lalu diletakkan di atas meja.
Bzzz...bzzzz....
Getaran telefon itu menandakan ada panggilan masuk. Bella mencapai telefonnya yang berada di timbunan kertas yang disusun cantik dan kemas. Tertera nama IBU di kaca skrin telefonnya. Butang warna hijau diseret ke kanan.
''Assalamualaikum Ibu.'' Sapa Bella awal. Aneh bila Puan Sarah menelefonnya pada waktu lunch. ''Waalaikumussalam. Bella. Bella dah pergi lunch?'' Tanya Puan Sarah sebaik menjawab salam Bella. ''Bella baru je nak keluar pergi lunch.'' Ujar Bella mengalih telefon bimbitnya ke telinga kiri.
''Kenapa Bu?'' Soal Bella. Tubuhnya disandarkan pada kerusi. Ain yang berdiri di hadapannya, tidak dihiraukan.
''Tak macam ni. Kalau boleh Ibu nak minta tolong Bella,'' Seleroh Puan Sarah di hujung talian. ''Tolong apa bu?'' Potong Bella laju.
Bunyi macam mustahak. Tapi tak dengar macam mustahak sangat.
"Kalau tak menyusahkan Bella, Ibu nak minta tolong Bella masak ataupun belikan makanan tengah hari untuk Syafiq, boleh? Sebab Ibu tak sempat balik masak lunch hari ni. Ibu ada meeting. Lagipun kereta Syafiq tak ada. Hari tu dia balik dengan kawan dia,'' Puan Sarah meminta tolong. Alasan juga diselit supaya Bella boleh menolongnya.
Bella terdiam. Wuisshh! Masak? Untuk Syafiq? Kepten yang bengis tu? Mengigau ke?
''Bella? Boleh tak? Sebab Syafiq tu, kalau tak ada makanan kat rumah, memang dia tak makan,'' Ujar Puan Sarah bila Bella diam begitu lama.
''Boleh jer bu. Nanti Bella masak. Ibu jangan risau lah. Dia ada kat rumah ke sekarang ni?'' Kata Bella sambil tersenyum. Senyuman nakal.
''Ada je kat rumah tu. Terima kasih Bella sudi nak tolong. Terima kasih sangat. Bella belikan makanan untuk dia pun tak apa. Tak perlu masak," Ujar Puan Sarah gembira.
''Tak ada apalah Bu. Setakat masak je okey lah.'' Kata Bella. Acah kau Bella. Masak untuk family sendiri pun tak pernah, ada hati nak masak untuk orang lain.
''Okey lah ibu kena masuk bilik meeting ni. Jumpa kamu malam nanti. Assalamualaikum.'' Ujar puan Sarah laju. ''Okey Bu. Waalaikumussalam.'' Ucap Bella lalu mematikan talian tadi.
Bella meletakkan telefon bimbitnya ke dalam beg silangnya. Zip beg itu ditarik menutupi ruang yang terbuka. Muka Ain yang menaruh harapan untuk lunch bersama dipandang manis.
''Siapa call? Kau jadi tak nak lunch sekali?'' Soal Ain bertubi-tubi. Bella tersenyum. Ain mencebik. ''Ibu yang call. Dia minta tolong aku masakkan makanan tengah hari untuk Kapten aku.'' Ujar Bella teruja sambil tersenyum lebar.
Ain mencebik. Mentang mentang dah ada orang yang tersayang terus lupa akan dirinya.
Uhkk! Uhkk! Merajuk lah macam ni.
YOU ARE READING
Dia Imamku
RomancePerhubungan pada awalnya tidak disenangi oleh mereka berdua. Namun di kemudian hari, jika mereka tidak berjumpa, bagai hidup tidak lengkap. Bagai makan nasi tanpa ada lauk. Bella seorang wanita yang biasa sahaja. Berjumpa dengan lelaki yang menjen...