Para peserta yang selesai menghadapi cabaran yang diadakan, mereka berkumpul di tapak utama sementara menunggu peserta yang belum tiba lagi. Kebanyakan para pelajar duduk bersila, ditemani segelas ais ditangan dan berbual kosong dengan yang lain. Menghilangkan penat bertarung dalam permainan tadi.
Afham berjalan kehulu-kehilir. Jam di pergelangan tangan kanannya dikerling setiap minit. Hatinya mula gusar.
Kemana dia menghilang?
"Macam mana? Jumpa tak? Lambat sangat dah ni." Zeera mula menyoal. Tak pernah pernah macam ni.
Lagi pula Izzat seorang askar, takkan boleh sesat pula. Takkan tak tahu cari jalan keluar?
"Aku risau lah weh. Tak nak pergi cari ke?" Ainul mula mendekat dengan mereka. Hatinya juga resah bila dapat tahu kawannya belum tiba lagi.
"Kita kena tunggu. Cari dekat dekat ni tak apa. Selagi pihak penyelamat tak bagi arahan, kita tak boleh pergi cari lebih jauh." Jelas Afham lalu mengeluh kecil.
Manalah kau pergi ni Izzat?
****
"Aireen."
Aireen berpaling ke belakang. Ditatap wajah Izzat yang sedikit risau.
"Kenapa saya rasa yang kita ni jauh dari yang lain? Awak ni biar betul, pandu arah ni. Rasanya semalam, saya dengan Sir Afham tak ada pula lalu kat kawasan ni." Izzat mula menyoal. Hutan yang agak tebal disekelilingnya diperhati. Terasa janggal.
"Alah. Betul lah ni." Aireen berpaling ke hadapan kembali. Bibir bawah digigit. Dia pun tak pasti yang jalan yang dia dengan Izzat lalui ni betul atau tidak. Dia pun tak pernah nak masuk hutan bagai ni.
Selangkah demi selangkah, Aireen maju ke hadapan dengan langkah yang teragak-agak. Dia juga tidak pasti dengan hala tuju yang dibawanya ini betul atau salah.
"Huh!"
Izzat dibelakang sudah mengeluh.
Saja mengeluh kuat, biar si Aireen ni tahu yang dia tengah geram. Dah tak tahu arah, jangan buat tahu pulak. Sibuk je nak berjalan kat depan, walaupun tak tahu jalan.
Bila Izzat lintas sikit je, Aireen suruh ke belakang. Geram Izzat dibuatnya.
"Awak jalan belakang saya! Dah tak tahu jalan, jangan nak pandai-pandai lead orang lain!"
Lengan Aireen yang berlapik t-shirt merah ditarik kuat ke belakang. Sekarang Izzat pula yang mengetuai jalan langkah mereka berdua.
Izzat dan Aireen berpatah balik, berjalan mengikut laluan yang mereka lalu tadi. Yang pentingnya, kena cari papan tanda masa mereka bertukar pasangan tadi. Itu matlamatnya.
"Sir saya penat lah. Lambat lagi ke nak sampai." Adu Aireen tiba tiba. Izzat buat tidak tahu.
Balasan. Nak sangat pandu arah orang sampai diri sendiri hilang arah.
Langkah tetap diteruskan tanpa menghiraukan orang dibelakang. Kadang-kadang dijeling juga, takut hilang. Satu kerja pula nak cari dia kalau hilang.
Izzat mengesat peluh yang menitis di dahinya. Penat. Itu dalam fikirannya.
Hari pula semakin senja. Bila-bila masa saja matahari akan sembunyi.
Jalan yang sedang dilaluinya pun, dia juga tidak tahu menuju ke arah mana.
Kakinya juga lenguh. Seperti meminta untuk berehat seketika.
Sesekali tangannya naik memicit kepala. Pening. Pening bukan sakit kepala. Pening sebab orang belakang ni bising. Dari tadi lagi bising.
YOU ARE READING
Dia Imamku
RomancePerhubungan pada awalnya tidak disenangi oleh mereka berdua. Namun di kemudian hari, jika mereka tidak berjumpa, bagai hidup tidak lengkap. Bagai makan nasi tanpa ada lauk. Bella seorang wanita yang biasa sahaja. Berjumpa dengan lelaki yang menjen...