Part 17✔

500 24 0
                                    

Syafiq duduk di birai katilnya. Mata berkedip kedip memandang pintu bilik yang sengaja tidak ditutup rapat.

Mana dia ni?

Syafiq kembali melihat ke hadapannya, melihat pantulan wajahnya. Dikerling pintu bilik silih berganti.
Mungkin ada tanda Nabila ingin masuk menjenguk dirinya.

"Mana dia ni? Janji pukul berapa. Ni dah pukul berapa,"
Syafiq bangun dan berjalan keluar dari biliknya.
Lantai bawah dituju, dan dapur terus diterjahnya.

"Fiq," tegur puan Sarah yang berada di kaunter dapur.

"Siap siap nak pergi mana?" Puan Sarah melihat kelakuan anaknya yang sedang mengambil air dalam peti sejuk.

"Anak ibu tu lah. Ajak Fiq keluar hari ni. Alih alih dia pula lupa," Syafiq meneguk perlahan air sejuk.

Puan Sarah mengangguk. Tapi,

"Ibu rasa, Bella tak ada kat rumah sekarang ni,"

Kata kata puan Sarah membuatkan Syafiq tersedak.

"Tak ada? Pergi mana?"

"Subuh lagi dia keluar. Kat ada emergency kat hospital. Dia tak bagitahu Fiq ke?" Tanya puan Sarah.
Takkan tak diberitahu anaknya.
Awal subuh lagi Nabila sudah minta izin dengannya untuk keluar ke hospital.

Syafiq berdecit geram.
Kenapa tak cakap awal awal kalau tak jadi pergi.
Kan menyusahkan aku.

Gelas ditangannya diputar putar.

Puan Sarah membuka mulut bila melihat Syafiq menunjukkan muka geram.

"Dia tak ingat lah tu. Tak sempat nak mesej. Lagipun, pagi dia kata ada emergency. Mana tak kalut dia," pujuk puan Sarah lagi.

"Dah lah. Alang alang Fiq tak ada kerja ni, jom teman Ibu pergi butik," ajak Puan Sarah. Senyuman diukir untuk anaknya. Rasanya sudah lama anaknya itu tidak menjejak kaki ke butiknya.

"Tak nak lah," tolak Syafiq laju.
"Nanti kena bahan dengan kawan ibu. 'Anak aunty single lagi. Tak nak jadi menantu aunty ke?' Tak nak lah. Hantar ibu pergi butik tak apa. Kalau stay situ, I'm sorry. I is tak nak," Syafiq menolak keras.

Cukup lah dia dan Nabila jadi bahan ibunya di rumah.
Dia sudah tidak sanggup mendengar pujuk rayuan kawan puan Sarah yang tidak putus memujuknya untuk menjadi menantu.
Cara melamar, macam Syafiq kenal sangat dengan anaknya.

Puan Sarah ketawa halus.

*****

"Aduh. Penatnya," keluh Ain yang keluar bersama Nabila dari pintu ICU.

"Kau ada plan tak hari ni? Aku nak ajak kau teman aku beli barang kahwin aku," Ain berjalan seiring dengan Nabila menuju ke ruang bilik mereka.

"Plan? Rasanya tak ada kot. Ada lagi ke barang tak cukup?" Tanya Nabila sambil tangannya menghentikan langkah Ain yang semakin maju.
Water dispenser didekati.

"Dah cukup. Tapi aku nak beli something untuk Harith. Aku tak tahu nak beli jam ke, kasut ke, wallet ke, aku tak tahu," kata Ain lalu dia juga meneguk air dari water dispenser itu.

"Beli jam. Kau nak beli kasut untuk dia pun, kita ni pakai slippers je," selipar yang dipakai mereka ditunjuk. Sempat pakai kasut, waktu datang kerja sahaja. Sewaktu kerja, memang selesa pakai selipar atau kasut yang ringan.

"Kau jadi kan bawa Syafiq datang wedding aku?" Tanya Ain lalu dia menarik Nabila untuk duduk.

"Jadi lah. Takkan tak jadi," mereka berdua duduk dengan selesa. Membetulkan urat saraf yang kejung.

Dia ImamkuWhere stories live. Discover now