Bella menggeliat kecil. Bantal yang menjadi pelapik kepalanya dipeluk. Pagi ni rasa sejuk semacam. Semalam rasanya tidak hujan. Tapi kenapa pagi ini sejuk yang lain macam. Bella mengeratkan pelukannya.
"Bella. Bangun. Aku tahu kau tak tidur."
Kedengaran suara sumbang menusuk telinga. Bella tidak endah akan suara sumbang itu. Malah dia menekup telinganya dengan tapak tangan.
"Bella!"
Suara naik tahap 2. Amaran sudah berbunyi. Peperangan bakal meletus dalam biliknya. Sebelum biliknya menjadi tempat pelupusan sampah yang bakal Syafiq buang, segera dia bangun dari baringnya.
"Ya Allah. Kepten nak apa? Suka sangat lah ganggu orang nak tidur. Nak lelap sikit pun tak boleh. Ada ke saya kacau tidur Kepten pagi-pagi buta macam ni?"
Sepasang matanya menikam mata Syafiq. Sampai nak tembus ditenungnya. Syafiq mengeluh kecil. Orang kejut cara elok kan. Bukannya main sergah macam tu jer. Ni benci ni. Mimik muka menyampah ditunjukkan oleh Syafiq.
"Hari ni aku kena cuci aku luka ni. So, aku fikir aku nak tolong hantar kau pergi kerja. Boleh lah guna parking kau." Pinta Syafiq lembut. Hari ini appointment dengan doktor untuk mencuci lukanya. Walaupun dah semakin membaik tetapi sisa baki nanah yang masih ada ditepi-tepi luka itu masih perlu lagi dicuci.
Bella pandang Syafiq atas dan bawah. Dia kata apa? Dia nak guna parking doktor aku? Untuk kesenangan dia? What?
"Tapi saya tak kerja hari ni. Kepten hantar Ibu lah pergi kerja. Walaupun laluan bertentangan."
Sebenarnya dia malas nak hantar Syafiq pergi hospital walaupun dia dah ada sendiri tempat parkir kereta. Masa cuti yang ada perlu diisi dengan baik sekali seperti tidur sampai tengah hari.
"Tempat kerja ibu kan bersetentang dengan hospital kau. Kesian kat aku kena patah balik. Lagipun semalam Ibu kata dia pergi kerja tengah hari sikit. Aku punya appointment 9 pagi. Tolong lah teman aku, even kau tak kerja pun."
Mendayu Syafiq meminta tolong. Sudah lama rasanya tidak memandu kereta pergi keluar. Selalunya kawan laut akan datang ambil dia di rumah.
Bella senyap. Memikirkan ada betul juga kata-kata Syafiq tadi. Tapi bila difikirkan balik, dia malas untuk bersiap. Kalau keluar macam ni tak boleh ke? Dengan baju tidur, muka tak cuci, rambut kusut masai. Tak ape ke? Agak-agaklah jatuh tak reputasi sebagai seorang doktor.
"Tak apa. Hari ni aku drive kereta aku. Kita tak payah naik kereta besi kau yang erm.." perli Syafiq dengan selamba. Sudah lama rasanya dia tidak merasa berlumba di jalan raya. Sejak kemalangan hari itu, dia jarang keluar. Kalau keluar pun, kawannya akan datang ambil. Jadinya kereta Audi R8 miliknya tersidai dibawah bumbung hanya menjadi pameran untuk sesiapa yang berkenan dengan keretanya.
Dia.. dia hina kereta aku? Dia nak kata kereta aku apa? Kereta buruk? Besi buruk? Eee!!! Dia ni nak minta tolong aku, tapi hina hina kereta aku.
"Hoi! Boleh tak teman aku?" Soal Syafiq lagi bila Bella diam seribu dan hanya memandang ke arahnya.
"Yelah. Saya ikut Kepten pergi hospital. Pukul berapa appointment tu?"
Syafiq tersenyum. Gadis itu sudi menolong dirinya yang serba kurang ini. Mata Syafiq melilau memerhati setiap ruang bilik Bella.
"Pukul 9. Kita gerak awal sikit ehh." Ujar Syafiq sambil tersenyum.
Murah pula senyuman dia pagi ini. Manis pula tu. Semalam makan gula sampai 3 kilo ke. Boleh kencing manis aku tengok senyuman kau ni. Bisik hati Bella.
Comforter diangkat menutup mulut yang kononnya menguap. Padahal menutup mulutnya yang sedang tersenyum.
"Ye lah. Kepten keluar dulu." Bella ketawa. Bukan niat nak menghalau tau. "Bagi saya tidur kejap ke. 30 minit saja." Pinta Bella. Meminta belas kasihan daripada jejaka dihadapannya. Syafiq mengangguk perlahan. Membenarkan Bella untuk lelap sebentar. Dia pun rasa bersalah juga sebab asyik sangat dia menganggu tidur bella pada waktu pagi. Tapi, itu memang hobinya.
YOU ARE READING
Dia Imamku
RomancePerhubungan pada awalnya tidak disenangi oleh mereka berdua. Namun di kemudian hari, jika mereka tidak berjumpa, bagai hidup tidak lengkap. Bagai makan nasi tanpa ada lauk. Bella seorang wanita yang biasa sahaja. Berjumpa dengan lelaki yang menjen...