Part 30✔

701 24 0
                                    

Bella mengangkat baju di ampaian rumahnya. Sehelai demi sehelai pakaiannya dimasukkan ke dalam bakul miliknya. Setelah selesai mengangkat baju miliknya, dia bergegas masuk ke dalam rumah dan terus menuju masuk ke dalam biliknya.

Rutin hariannya sejak dua hari yang lalu dilakukan. Dimulakan dengan pakaian baju kurung, dilipat kemas dan dimasukkan ke dalam bagasi yang dibawa 4 tahun lepas.

Hari ini, bertarikhkan hari ini, Bella, Syaza dan Diana merupakan hari terakhir mereka di Kuala Lumpur. Hari ini juga, mereka bertiga ibarat bagai belut pulang ke selut. Masing-masing sibuk mengemas pakaian yang hendak dibawa balik.

Diana dan Syaza sudah terlebih awal mengemas baju mereka, buktinya sekarang mereka tengah seronok menonton televisyen. Bella pula hanya perlu simpan baju yang baru diangkat tadi. Selesai sahaja disimpan, maka siaplah kerjanya.

Bzz...

Bella mengambil telefonnya diatas meja sisi katil. Mesej dibuka.

Kepten❤️
Kau tgh drive ke?

Bella
Tak..

Bella meletakkan kembali telefonnya disisi. Jambangan bunga yang terletak diatas meja soleknya dipandang. Senyuman lebar tidak semena terukir. Tahu pula Izzat, jenis bunga kesukaannya.

Seketika, telefon Bella berbunyi. Bella angkat.

"Ye." Bella jawab sepatah.

"Waalaikumussalam." Balas Izzat. Dia duduk bersila kepala katilnya.

"Terkena aku." Jawab Bella kembali. Kedengaran Izzat ketawa di hujung talian. Bella mencebik.

"Nak ape?" Tanya Nabila dingin. Telefon dikepit antara bahu dan telinga kanan. Sedia untuk menyambung melipat kain bajunya.

"Uish. Jangan garang-garang sayang." Usik Izzat. Dia ketawa lagi. Bella menggeleng.

"Just nak cakap. Nanti kau balik naik kereta aku eh. Kita balik sesama." Izzat mengajak.

"Mana boleh. Saya bawa kereta lah datang sini. Kalau balik dengan Kepten, kereta saya nak tinggal mana?" Soal Bella tegas.

Tangannya memegang telefon. Kalau dia balik dengan Izzat, keretanya macam mana? Takkan nak tinggal kat sini kot. Rumah ni pun dia nak tinggal.

"Ye tak ye kan. Kereta kau nak tinggal mana kan." Izzat fikir sejenak. Nabila disana mengangguk.

"Tapi...."
Bella menunggu balasan Izzat.

"Kau balik je lah dengan aku. Kereta kau, kau parking kat garaj kereta aku kat Uni. Kat situ orang tak leh nak kacau dah. Kau letak kat situ lah." Izzat beri cadangan. Sebenarnya dia telefon Bella, supaya wanita itu balik bersamanya dalam satu kereta.

Bella berfikir. Kalau dia balik dengan Izzat, keretanya tinggal kat Uni. Nanti nak balik sini masa konvokesyen, dia nak naik apa? Kapal terbang?

"Time konvo kau, aku hantar kau. Nanti pun aku kena balik Uni jugak. Nak hantar surat resign aku. Kau balik dengan aku ehh. Please."

Pujuk Izzat di hujung talian. Dia nak balik dengan Bella. Dalam satu kereta.

Bella senyap. Tidak memberi respon. Tak pe ke kalau dia balik dengan Izzat. Nanti apa kata orang lain kalau dia balik dengan pensyarah sendiri. Bella buntu.

Dia ImamkuWhere stories live. Discover now