"FIQ! CEPAT SIKIT. KITA DAH LAMBAT NI!!" Laung Iman kuat dari bawah. Sudah dekat sejam Syafiq tidak turun lagi dari biliknya.
Syafiq sudah putus asa. Kain di pinggangnya tidak lagi kemas. Syafiq keluar dari biliknya.
"Kak! Kain ni tak nak jadi pula." Rungut Syafiq geram. Sejam dia cuba betulkan kainnya itu.
"Dah turun! Bawa pin turun sekali." Arah Iman sekali. Dengan pantas, Syafiq turun dari tingkat atas dengan pin di tangannya.
"Ish! Tu pun tak pandai." Perli Iman. Tangannya ligat mengemaskan kain di pinggang Syafiq. "Manalah Fiq pandai bab macam ni. First time ni Fiq pakai ni." Balas Syafiq tidak mahu mengalah.
"Dah siap." Pin terakhir disemat pada belakang kain. "Dah turun cepat. Semua dah tunggu. Ibu pun dah start membebel." Arah Iman. Puan Sarah sudah membebel dari tadi sebab tunggu Syafiq yang tidak turun dari tadi.
Syafiq hanya buat tanda 'ok'. Langkah besar diambil menuju ke luar.
"Lambat betul anak bertuah ni. Geram je Ibu nak cubit-cubit." Puan Sarah mencubit kedua-dua pipi Syafiq kerana terlalu geram. Syafiq gelak mengejek.
"Relax Bu. Fiq nervous ni." Gelak Syafiq lagi sambil tangannya menepuk dada. Berdebar.
*****
Othman, Sarah, Izzat, Iman dan dua orang anaknya mula melangkah masuk ke dalam masjid. Keluarga terdekat Othman dan Sarah yang juga turut dijemput hadir, melangkah masuk ke dalam masjid. Syafiq orang terakhir naik ke atas masjid. Hatinya berdebar. Dadanya bagai nak pecah sebab denyutan jantungnya terlalu kuat.
"Sabar wahai jantung. Jangan kuat sangat. Sakit aku." Pujuk Syafiq menggosok-gosok dadanya. Syafiq berjalan sekitar masjid. Hampir dua pusingan Syafiq sudah selesai. Akhirnya Syafiq buat keputusan untuk naik ke atas masjid. Langkah kanan diambil dan kalimah bismillah diucap perlahan.
"Assalamualaikum." Salam diberi kepada para tetamu Allah. Senyuman lebar mekar dibibir walaupun dalam dada sudah berombak. Tangannya juga mula menunjukkan getaran. Setiap tetamu yang hadir, Syafiq lihat dan senyum.
Langkah diteruskan menuju ke tempat utama. Tempat yang sepatutnya dia berada. Syafiq duduk di atas bantal bulat besar. Disebelahnya ada Papanya, Izzat, Harith, serta kawan-kawannya dari TLDM dan juga kawan pensyarah.
Syafiq mengepal kedua tangannya. Debaran di dadanya belum berakhir.
Ya Allah. Hilangkanlah debaran dalam dadaku ini. Doa Syafiq dalam hati.Syafiq terkejut bila ada orang memegang bahunya. Datuk Othman.
"Fiq. Kalau rasa resah. Pergi solat sunat dulu. Doa biar semua berjalan dengan lancar. Sempat lagi ni," Syafiq hanya mengangguk dengan kata-kata papanya. Syafiq bangun dari duduknya. Dia berjalan melepasi tempat duduk tetamu. Tanpa menoleh, dia terus menuju ke tempat mengambil air wuduk.
Bukan niat sombong, tapi dia terlalu berdebar untuk menoleh. Setelah selesai, Syafiq segera menunaikan solat sunat. Setelah memberi salam, Syafiq berdoa dan kemudian terus duduk semula tempat tadi.
"Lega?" Syafiq mengangguk. "Thanks Pa."
"Semua dah sedia? Pengantin lelaki?" Tok kadi bertanya Syafiq. Syafiq mengangguk perlahan. Tangannya sempat dia genggam untuk menghilangkan debaran. Tangan kanan dihulur dan Syafiq menyambutnya.
Bismillahirrahmanirrahim.
"Izzat Syafiq bin Othman..."
"Saya.." Getaran tangannya cuba dikawal walaupun separuh kakinya sudah mahu meloncat.
"Aku nikahkan dikau dengan Nabila Aida binti Haris dengan mas kahwin RM 10,000 dan senaskah Al-Quran dibayar tunai."
"Aku terima nikahnya Nabila Aida binti Haris dengan mas kahwin RM 10,000 dan senaskah Al-Quran dibayar tunai."
YOU ARE READING
Dia Imamku
RomancePerhubungan pada awalnya tidak disenangi oleh mereka berdua. Namun di kemudian hari, jika mereka tidak berjumpa, bagai hidup tidak lengkap. Bagai makan nasi tanpa ada lauk. Bella seorang wanita yang biasa sahaja. Berjumpa dengan lelaki yang menjen...