Part 27✔

515 20 0
                                    

"Kepada semua perserta perkhemahan. Sila berkumpul di parking lot depan bangunan utama dengan kadar segera."

Mendengar sahaja pengumuman itu, semua peserta bergegas menuju ke tempat yang dimaklumkan.

"Semua dah ada?" Sir Afham berdiri di tengah-tengah pelajar. Semua sedang duduk dalam barisan yang teratur.

"Lepas ni saya nak kamu masukkan barang-barang kamu ke dalam bas. Yang ada mabuk bas tu, bawa naik ubat siap-siap. Perjalanan kita ni jauh. Faham semua?"

"Okay semua boleh bangun dan letak barang masing-masing. Lelaki bas yang warna merah. Perempuan bas warna biru. Okay bergerak sekarang."

Selesai saja Sir Afham memberi arahan, semua pelajar bergegas memasukkan beg ke dalam perut bas. Selesai sahaja memasukkannya, mereka semua bergegas menaiki bas.

Syaza dan Diana naik terlebih dahulu setelah memasuki beg ke dalam perut bas. Bella masih dibawah kerana dia ingin mengambil sesuatu.

"Nabila Aida."

Nabila bangun lalu menoleh ke belakang. Nasib tak terhantuk kat pintu perut bas.

"Yes Miss. Anything can I help you?" Aneh. Tadi rasanya Miss Zeera dah naik bas. Buat apa turun balik?

Satu bungkusan plastik putih jernih dihulur kepada Nabila. Dia hanya melihat tanpa menyambutnya. Miss Zeera menghulur sekali lagi dengan lebih dekat. Kali ini Bella menyambut plastik itu.

"Untuk apa ni Miss?" Nabila angkat plastik tadi separas bahunya dengan muka pelik. Rasanya tadi dia tidak minta sebarang ubat dengan ahli medic.

"Untuk awak lah. Saya tahu awak tak sihat. Tu saya bagi ubat ni. Nanti makan eh." Senyuman diukir seraya tangan menepuk bahu kanan Bella. Bella sekadar mengangguk dan tersenyum.

"Thanks Miss." Ucap Bella mesra lalu menunduk tanda hormat.

Setelah semua pelajar menaiki bas, bas mula bertolak ke tempat yang dituju. Sepanjang perjalanan, Alhamdulillah, tiada yang muntah lagi. Semua pun masih dalam keadaan yang baik kecuali...

"Bella. Nak air tak? Pucat ni." Syaza membuka penutup botol minuman Bella. Bibir pucatnya disentuh dengan jari telunjuk. Masih rasa sentuhannya. Maknanya okey lagi. Huluran Syaza disambut.

"Thanks." Air diteguk dengan perlahan.

"Aku okay. Biasa lah. Aku jarang sikit nak naik bas ni dalam condition aku kurang sihat ni but don't worry okay. Ubat, aku dah makan tadi." Jelas Nabila setelah menghulur kembali botol air tadi.

"Okay kau rest. Nanti dah sampai aku kejut kau." Jari membentuk 'ok'. Bella sekadar mengangguk. Dia membetulkan kedudukannya mengikut keselesaannya.

"Dah tahu tak sihat. Ikut pergi camping ni buat apa? Kan dah menyusahkan orang lain." Aireen melaung dengan perlahan. Takut Miss Zeera dan Madam Wafie dengar.

Syaza bangun dari tempat duduknya. Niat untuk menyerang Aireen di kerusi belakang terbantut taktala Nabila menarik lengannya.

"Tak yah layan dia tu. Buat pening kepala kau je. Baik kau layan je drama korea kau. Nanti-nanti dia senyap juga." Bella menarik lengan Syaza sehingga dia terduduk. 

Betul kata Bella. Buat pening kepala dan sakit tekak je layan Aireen tu.

****

Akhirnya dua buah bas dan sebuah kereta yang memuatkan seramai 40 peserta perkhemahan dan 7 orang pensyarah yang mengiringi rombongan ini telah sampai di destinasi yang dituju. Hampir 3 jam perjalanan ke sini, banyak ragam pelajar. Ada yang nak muntahlah. Nak buang airlah. Macam-macam.

Dia ImamkuWhere stories live. Discover now