Bella tersedar dari lenanya. Telefon dicari. Skrin telefonnya dibuka.
"Huh," Keluh Bella perlahan bila melihat jam pada telefonnya. Pukul 5.30 pagi. Dia kembali menarik selimut sehingga menutupi seluruh wajahnya. Rasa malas semakin meninggi. Jam loceng berbunyi lagi. Pukul 6.00 pagi."Ya Allah. Baru je rasa lelap. Ni dah pukul 6." Rungut Bella. Dia menguatkan tubuhnya untuk berdiri. Rasa letih belum reda lagi. Dia segera bersiap siap untuk pergi bekerja.
Setelah selesai mandi dan solat subuh, Bella lambat lambat menyarung pakaian pada tubuhnya. Sungguh begitu malas dan letih dia pagi itu. Jam di dinding di kerling. Pukul 7.30 pagi. Bella siap-siap memakai tudung yang sudah digosok. Setelah menilik tubuhnya dan memastikan semuanya sudah rapi, Bella berjalan keluar dari biliknya. Beg silang warna merah hati dicapai lalu meletakkan barang barang peribadi seperti kunci kereta, name card dan telefon. Langkah Bella menuju ke ruang tamu.
Bella duduk di ruang tamu sambil memakai stoking. Kemudian, langkahnya pula dituju ke dapur. Puan Sarah belum lagi kelihatan. Mungkin sudah keluar gamaknya kerana katanya ada mesyuarat penting. Gelas di rak dicapai. Air suam yang diambil dari penapis air Cuckoo, disisip perlahan lahan. Panas.
Dalam dia menyisip air minumnya dengan mata terpejam, telinganya dapat menangkap bunyi tapak kaki yang seperti menuju ke arahnya. Siapa lagi kalau bukan Syafiq. Hanya dia dan Syafiq saja ada dalam rumah ini. Mungkin mahu ambil minuman sekali. Bisik hati Bella, malas mahu berfikir panjang. Rasa penat bekerja dari semalam pun belum habis lagi.
"Allahuakbar!" Bella terjerit kecil. Bibir munggilnya terasa panas. Tertumpah sedikit air itu pada tudung Bella. Belum sempat air didalam gelasnya habis tiba tiba ada orang menyambar gelas di pergelangan tangannya. Bella menaikkan pandangannya. Memandang siapakah yang begitu kurang diajar merampas gelasnya.
Zzzz...
Mata bertentang. Lama. Macam ada panahan kilat ditengah tengah. La dia ni ke. Bella memandang wajah Syafiq dengan mata kuyup. Kuyup sebab tidak cukup tidur. Semalam dia terpaksa balik hampir pukul 11 malam. Bukan dia seorang sahaja yang balik lewat begitu, Ain dan Harith juga turut sama pulang lewat. Demi menjaga seorang pesakit kanser usus.
Syafiq masih lagi memandang mata Bella. Bella kalih pandang. Berdebar bila tengok mata si Syafiq tu.
"Kau kerja apa sebenarnya?" tanpa berbasa basi, Syafiq lancar bertanya. "Lama dah aku perhatikan kau. Selalu kau balik lewat. Keluar pagi balik petang. Keluar petang balik malam. Keluar malam balik pagi. Kau kerja apa?" Tinggi suara Syafiq bertanya. Gelas tadi diletak di atas meja. Bella tersentak.
Aih. Dulu masa kecik kecik masuk pertandingan berpantun dapat saguhati ke? Perli Bella. Mata kembali memandang mata Syafiq, lebih tepat batang hidung Syafiq. Tak kuat kalau nak tengok matanya lama-lama. Berdenyut nadi.
Sedap dia je rampas gelas aku. Ibu kau tak ajar jer sopan sikit dengan tetamu. Kan gelas banyak lagi kat situ, yang kau nak rampas gelas aku tu dah kenapa? Nasib sayang. Kalau kemaruk sangat nak minum air dari gelas aku. Kawin lah dulu. Bella mengalih pandangannya ke arah lain. Takut pula tengok lama lama muka dia.
"Asal kau tak jawab aku?" Dengus Syafiq bila soalannya dibiarkan sepi. "Ikut saya lah nak kerja apa pun. Kerja cleaner ker. Kerja bibik ker. Kerja jaga hati Kepten ke." Balas Bella memerli. Teringat dia semasa bermain kejar mengejar pada dua minggu lepas.
"Kau asal jawab macam tu?" Tangan Syafiq menyambar lengan Bella yang berlapik baju kurungnya. Bella mendengus. Kan kau dah tahu aku kerja cleaner kat market hari tu. Lagipun kau yang ikut aku, kan. Takkan dah lupa. Duga Bella.
Geram bila tangannya ditarik begitu sahaja. Genggaman tangan Syafiq cuba dileraikan. Lepas. Bella segera menuju ke ruang tamu. Malas melayan soalan tak seberapa cepumas dari Kapten Syafiq.
YOU ARE READING
Dia Imamku
RomancePerhubungan pada awalnya tidak disenangi oleh mereka berdua. Namun di kemudian hari, jika mereka tidak berjumpa, bagai hidup tidak lengkap. Bagai makan nasi tanpa ada lauk. Bella seorang wanita yang biasa sahaja. Berjumpa dengan lelaki yang menjen...